Welcome
|
Ingin mendapatkan berita mengenai buku terbaru di dalam pasaran? Tidak mahu terlepas buku-buku terbaru kesukaan Anda? Ingin menjadi pembaca pertama buku-buku terbaru terbitan penerbit-penerbit tersohor negara? Langganilah Buletin Online e-Kedai.net. Pihak e-Kedai.net akan mengemaskini maklumat buku-buku terbaru di dalam senarai e-Kedai.net terus ke email Anda. Anda tidak akan terlepas sebarang berita terbaru yang berlaku di dalam pasaran buku Malaysia. Buku terbaru pengarang selebriti, buku terbaru penerbit tersohor dan banyak lagi. Ia adalah percuma! Anda hanya perlu mengisi maklumat diri Anda, Nama Anda, Email Anda dan klik Dapatkan Buletin. Anda akan menerima email bagi mengesahkan langganan Anda. Anda sahkan dan semua maklumat di atas menjadi milik Anda. Jangan lepaskan peluang! Berlangganlah sekarang! |
BUKU PILIHAN MINGGU INI
ISBN: 983-3372-70-8
Sedangkan nabi dan rasul berdoa dan bertaubat, inikan pula kita insan biasa.
Para nabi dan rasul sentiasa berdoa dan bertaubat kepada nabi. Apatah lagi manusia biasa yang selalu melakukan kesilapan. Walaupun Tuhan sudah menjanjikan mereka syurga, namun mereka tetap meneruskan amalan berdoa dan bertaubat.
ISBN: 983-3603-93-9
ISBN: 978-967-5102-06-6
ISBN: 978-983-192-427-3
ISBN: 983-192-055-4
Doa adalah alat komunikasi paling efektif antara hamba dengan Tuhan. Ia adalah ibu ibadah dan senjata Mukmin yang tinggi nilainya.
Kuasanya yang luar biasa mampu mengubah ketentuan Tuhan yang berkuasa. Nabi Muhammad pernah berkata, Ketentuan Tuhan tidak berubah kecuali dengan doa.
ISBN: 978-983-3654-54-3
Adly yang sangat percaya doa ibunya adalah senjata dia menempuh kehidupan. Doa ibu yang mujarab membuatkan dia dapat masuk universiti. Apabila ibunya meninggal dunia, dia hampir berputus asa. Kemudian, dia mendapat tahu ada beberapa golongan yang makbul doanya. Bermula pencarian Adly untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 40 doa daripada setiap golongan supaya dia lulus cemerlang peperiksaan.
ISBN: 978-983-3494-74-3
ISBN: 9789675137235
ISBN: 9789675137273
Buku Terbaru
ISBN: 983-192-230-1
Bahan Berdakwah Untuk Remaja Moden
Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
Pengarang : Dr. Danial Zainal Abidin
Harga : RM 20.00
ISBN : 983-192-230-1
Sinopsis
Para pendakwah Islam bekerja kuat menarik minat remaja bukan islam supaya masuk Islam. Pada waktu yang sama mereka berusaha menguatkan keyakinan remaja Islam bahawa agama yang diterima daripada ibu bapa adalah agama yang dapat dibanggakan.
Seperti mana pendakwah Islam berusaha menarik remaja bukan Islam, para pendakwah agama-agama lain bersaing menarik remaja Islam masuk agama mereka. Remaja yang yakin pada mana-mana satu agama akan kekal menganuti agama itu sepanjang hayat.
Golongan muda yang berpendidikan moden dapat diyakinkan kepada Islam dengan bukti dan fakta yang rasional dapat diterima minda mereka
Buku ini membekalkan para pendakwah Islam dengan bahan-bahan yang dapat mempengaruhi golongan remaja berpendidikan moden.
Dr. Danial Zainal Abidin adalah seorang doktor perubatan dan mempunyai kliniknya sendiri.
ISBN: 983-192-949-7
Roziah Sidik @ Mat Sidek,
PTS Islamika
Harga: RM 19.00 / RM 22.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-192-949-7
Barcode: 9789831929490
Jumlah Halaman: 184 halaman
Sinopsis
Buku ini menerangkan Muhammad bin Abdullah sebagai seorang genius yang pakar dalam pelbagai bidang iaitu:
- - Ilmu Diplomasi
- - Strategi Perang
- - Perhubungan Sosial
- - Reformasi Sosial
- - Undang-undang dan Tatanegara
- - Pembangunan Sumber Manusia
- - Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan
- - Ilmu Politik
- - Ilmu Komunikasi Persuasif
- - Hubungan Interpersonal
- - Psikologi
- - Kekeluargaan
Roziah Sidik adalah pensyarah di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Isi Kandungan
Prakata
Pendahuluan
Muhammad Sebagai Ahli Politik
Muhammad Sebagai Ahli Strategi Peperangan
Muhammad Sebagai Ahli Diplomasi
Muhammad Sebagai Pakar Hubungan Antara Kaum
Muhammad Sebagai Ahli Strategi
Muhammad Sebagai Pemimpin Negara
Muhammad Sebagai Pembuat Keputusan
Muhammad Sebagai Ahli Perlembagaan
Muhammad Sebagai Ahli Pembangun Sumber Manusia
Muhammad Sebagai Ahli Pembangun Masyarakat
Muhammad Sebagai Pakar
Perlindungan Kekeluargaan
Muhammad Sebagai Pakar Pendakwah
Bibliografi
Indeks
ISBN: 983-192-204-2
Pengarang: Ruzian Markom
Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
ISBN: 983-192-204-2
Bar code: 9-789831-922040
Harga: Semenanjung: RM 19.50
Sabah/Sarawak: RM 22.50
Sinopsis:
Islam adalah suatu cara hidup yang lengkap yang meliputi urusan kehidupan di dunia dan akhirat. Sebagai suatu cara hidup yang lengkap, Islam dipayungi oleh Syariah. Syariah ialah segala hukum-hakam yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibrail bagi disampaikan kepada sekalian makhluknya.
Syariah merangkumi hukum-hukum berkaitan akidah iaitu kepercayaan manusia kepada Tuhan Yang Esa, ibadah iaitu hukum berkaitan hubungan manusia dengan Tuhan dan muamalah iaitu hukum berkaitan manusia dengan manusia. Syariah perlu kepada ilmu Fikah iaitu suatu ilmu bagi memahami dan menjelaskan hukum Syariah yang sedia ada kepada masalah baru yang tidak ada dalam al-Quran atau sunnah dan ijmak.
Oleh itu, dalam memahami undang-undang Islam seseorang itu perlu memahami konsep syariah, objektif ia diturunkan kepada manusia, ciri-cirinya dan pertumbuhan undang-undang Islam sejak zaman Nabi Muhammad SAW sehingga hari ini. Justeru, buku ini ditulis bagi memenuhi tuntutan dan menghilangkan kekeliruan berhubung keunikan undang-undang Islam.
ISBN: 983-192-182-8
Pengarang: Mohd. Ismail Othman
Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
ISBN: 983-192-182-8
Barcode: 9-789831-921821
Harga: Semenanjung: RM 24.00
Sabah/Sarawak: RM 27.00
Sinopsis:
Kesedaran untuk menulis dan mengumpul bahan-bahan dalam buku kecil ini wujud semasa menghadapi bakal-bakal pendidik di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan di Universiti Utara Sintok, Kedah sejak beberapa tahun yang lalu. Ketiadaan buku perundangan pendidikan yang bersesuaian, lengkap dan terkini menyulitkan para siswa siswi membuat rujukan selain daripada mendapatkan pekeliling-pekeliling ikhtisas dari Kementerian Pendidikan melalui sekolah-sekolah. Malah ada sekolah yang tidak menyimpan pekeliling-pekeliling dengan lengkap kerana pekeliling-pekeliling itu dihantar ke sekolah-sekolah oleh Kementerian Pendidikan secara berasingan dari semasa ke semasa sejak tahun 60-an lagi.
Justeru, pengetua yang baru dilantik, guru-guru yang tidak dilengkapkan dengan pengetahuan perundangan pendidikan menghadapi masalah apabila berhadapan dengan kes-kes disiplin pelajar dan pelanggaran tatatertib di sekolah. Mungkin pihak Kementerian Pendidikan atau Jabatan Pendidikan Negeri merasakan pihak pentadbir sekolah sahaja yang perlu diberi pendedahan kepada aspek perundangan dalam pendidikan. Dan kalau ada pun, kekerapan mengadakan kursus berkenaan masih boleh ditingkatkan lagi bagi memberi peluang kepada bilangan guru yang lebih ramai lagi mengikutinya.
Selain daripada itu, guru-guru sendiri masih kurang arif berkenaan Perintah Am dalam perkhidmatan awam walaupun mereka menghadiri kursus induksi sebelum disahkan dalam jawatan mereka. Oleh kerana itu, mereka tidak dapat memberi perkhidmatan yang baik dan cekap serta menghadapi risiko dikenakan tindakan tatatertib oleh ketua jabatan atau pengetua mereka.
Dalam konteks yang disebutkan di atas, tidak hairanlah jika ramai pelajar-pelajar pendidikan tidak tahu prosedur merotan seseorang murid yang didapati bersalah melanggar peraturan sekolah jika murid itu perlu dirotan. Dan ada di kalangan guru-guru sendiri merotan murid-murid dengan tidak mengetahui adanya peraturan yang jelas bagaimana merotan murid-murid, lebih-lebih lagi di kalangan ibu bapa yang masih menganggap anak mereka tidak boleh dirotan kerana kejahilan mereka berkenaan peraturan yang termaktub dalam Ordinan Pelajaran. Malah masih terdapat di antara guru-guru yang tidak sedar, pelajar-pelajar yang bersalah kerana merokok beberapa kali boleh dibuang sekolah.
Kejahilan daripada aspek peraturan dan perundangan sekolah kadang-kadang menyebabkan banyak masalah disiplin di sekolah tidak dapat diselesaikan sehingga ke hari ini. Dan sekiranya masalah itu diselesaikan pada peringkat sekolah, masih terdapat ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan tindakan itu. Fenomena ini bertambah rumit lagi kerana bilangan pelajar-pelajar di sekolah rendah dan menengah meningkat dengan amat pesat sekali.
Dunia pendidikan semakin hari bertambah kompleks. Hampir setiap hari terdapat berita berkaitan pendidikan sama ada daripada aspek disiplin atau salah laku, deraan, soal akademik, kokurikulum dan bermacam-macam lagi. Ini kerana ramai orang berminat dan ada yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam dunia pendidikan walaupun seseorang itu tidak mempunyai anak yang pergi ke sekolah. Akan tetapi, aspek perundangan dalam pendidikan jarang sekali dilaporkan walaupun perkara ini penting untuk semua pihak iaitu para pendidik, ibu bapa mahupun pelajar-pelajar. Dan sebagai rakyat yang bertanggungjawab, aspek pendidikan dan perundangan yang berkait dengannya seharusnya diberi perhatian juga kerana sumber tenaga yang paling penting datangnya dari warga negara yang berkualiti secara menyeluruh; jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) serta patuh pada peraturan dan undang-undang negara. Justeru, dalam negara yang sedang pesat membangun ini, kita sebagai rakyat yang prihatin hendaklah memastikan bakal-bakal profesional, ahli-ahli korporat dan cendekiawan yang hendak dihasilkan menepati kehendak negara daripada sudut pembangunan insan sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara, dalam era globalisasi.
Bagi meningkatkan lagi tahap kecemerlangan akademik, selain daripada berusaha bersungguh-sungguh, rajin dan dedikasi, pelajar-pelajar sekolah hendaklah mempunyai matlamat yang jelas pada tujuan mereka datang ke sekolah di samping dapat mendisiplinkan diri dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh sekolah dan Kementerian Pendidikan. Ini bertujuan menyenangkan semua pelajar menimba ilmu dalam suasana yang kondusif dan sesuai supaya pelajar memperoleh pengetahuan dengan sebaik-baiknya di samping dapat bergaul dengan mesra. Sekiranya ada di kalangan pelajar yang datang ke sekolah semata-mata bagi menghabiskan masa sahaja tanpa tujuan yang jelas, maka berkemungkinan besar mereka akan mengganggu pelajar-pelajar lain.
Ibu bapa sebagai penjaga sepatutnya membantu anak-anak supaya dapat mendisiplinkan diri mereka di rumah dan di sekolah dalam mengejar cita-cita mereka. Oleh itu, peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh sekolah hendaklah difahami oleh mereka. Dalam hal ini, PIBG boleh membantu ibu bapa supaya mempunyai akses kepada kehendak sekolah termasuk peraturan sekolah serta aspek perundangan pendidikan seperti yang tercatat dalam matlamat jangka panjang sekolah.
Di maktab-maktab perguruan dan IPTA yang menganjurkan program untuk bakal pendidik seharusnya menawarkan kursus yang ada kaitan dengan peraturan dan perundangan pendidikan. Ini amat penting sekali kerana guru-guru sentiasa terdedah kepada perkara-perkara yang berisiko tinggi di sekolah sekiranya mereka tidak memahami peraturan dan undang-undang yang berkait dengan pendidikan. Guru juga ditugaskan dengan tanggungjawab yang amat berat bagi menjaga dan mendidik anak-anak secara sah. Daripada aspek perundangan, walaupun sukar, guru-guru semestinya menjaga dan mendidik pelajar-pelajar seperti ibu bapa menjaga anak-anak mereka.
Buku kecil ini bukanlah buku undang-undang. Jauh sekali kalau ia dikatakan lengkap dengan peraturan dan perundangan pendidikan. Ia bertujuan memberi sedikit panduan kepada bakal-bakal pendidik berkenaan beberapa peraturan dan perundangan yang sedia ada supaya mereka dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan dan memuaskan di samping dapat menghindarkan diri daripada risiko yang mungkin ditanggung apabila terdapat dakwaan di pihak-pihak tertentu.
Kita sedari, pada masa ini semua sekolah mempunyai peraturan-peraturan bertulis yang tersendiri berdasarkan kepada Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan, Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996. Peraturan yang terdapat di sekolah berpandukan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 yang mengarahkan pengetua dan guru besar meneliti semula dan membaharui peraturan-peraturan sekolah mereka. Semasa menyediakan peraturan-peraturan sekolah, pengetua dan guru besar hendaklah mematuhi Ordinan Pelajaran yang sudah dikatakan, dan Pekeliling-pekeliling ikhtisas lain dari Kementerian Pendidikan yang ada kaitan. Selain daripada itu pengetua dan guru besar hendaklah sedar walaupun peraturan dibuat di sekolah, Perlembagaan Persekutuan boleh membatalkan peraturan yang sekolah sediakan sekiranya ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Satu contoh yang jelas berlaku di sebuah sekolah di Serting, Negeri Sembilan pada 6 Ogos 1999 berkenaan Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983 - Pakaian Murid-murid sekolah, dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Seremban kerana terdapat peraturan di sekolah yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Justeru, pengetua dan guru besar hendaklah menyemak semula peraturan-peraturan yang dibuat di sekolah dan merujuk dengan sumber yang sedia ada supaya tidak bertentangan dengan Akta Pendidikan dan Perlembagaan Persekutuan. Sumber yang boleh diperolehi bagi memurnikan peraturan sekolah adalah:
Ordinan Pelajaran 1957 Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin) Sekolah 1959
Akta Pelajaran 1961
Akta Pendidikan 1996, seksyen 130 (2)
Sebagai tambahan kepada Akta di atas, pekeliling-pekeliling ikhtisas yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan dari semasa ke semasa amat berguna sekali sebagai rujukan.
Oleh sebab peraturan sekolah boleh dibatalkan mengikut Perlembagaan Persekutuan, adalah baik sekiranya peraturan sekolah disemak dan ditafsirkan dengan teliti oleh pakar undang-undang supaya kesahihan dan kesesuaiannya selari dengan undang-undang negara.
Bagi membantu para pendidik mengawal dan mengendalikan kes-kes disiplin di sekolah dengan cekap dan adil, buku ini antara lain memuatkan kes-kes disiplin pelajar yang dibawa ke Mahkamah seperti kes Mahadevan v. Anandarajan & Ors. Dan sebagai memberi kesedaran kepada guru supaya lebih berhati-hati semasa menjalankan tugas, dimasukkan kes-kes yang dianggap kecuaian guru dalam kes Zazlin Zahira v. Louise Marie Ambrose, Mohamed Raihan bin Ibrahim v. Government of Malaysia, Government of Malaysia & Ors. v. Jumat b. Mahmud & Anor dan kes Chen Soon Lee mln. Chong Voon Pin dan lain-lain.
Sebagai usaha memberi kesedaran yang lebih kepada para pendidik supaya berdedikasi tinggi semasa menjalankan tugas mereka di sekolah, dimasukkan juga kes-kes salah laku guru-guru yang melanggar tatatertib profesion perguruan dan juga melanggar Perintah Am untuk kakitangan kerajaan.
Selain daripada itu, bagi mengelakkan diri pengetua dan guru besar daripada apa yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia yang bertajuk, Guru Besar didakwa seleweng bantuan (Utusan Malaysia 28 Jun 2003) beberapa peraturan dimasukkan terutama sekali peraturan yang berkait dengan pengurusan kewangan yang mesti dipatuhi agar semua pengetua dan guru besar melaksanakan tugas mereka dengan cekap, memuaskan tanpa sebarang penyelewengan.
ISBN: 983-192-111-9
Pengarang: Yahya Othman
Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
ISBN: 983-192-111-9
Harga : 20.50
Bar code: 9-799831-921110
Sinopsis:
Pemantapan penguasaan kemahiran membaca perlu diberikan penekanan melalui pengajaran membaca yang berkesan. Walaupun zaman berubah, namun pembaca perlu menambahkan kemahiran membaca dengan mendalami aspek teori serta cara mengaplikasikannya supaya penguasaan dapat ditingkatkan seoptimum mungkin. Terdapat banyak ilmu yang melingkungi kita, namun kerana kurang mahir dalam keterampilan membaca, peluang pembaca menguasai ilmu itu terbatas.
ISBN: 983-192-770-2
Penulis : Mohd. Azhar Abdul Hamid (Editor)
ISBN: 983-192-770-2
Bar code: 9789831927700
Harga: S.M'sia-RM28 Sabah/S'wak-31
EQ (Intelligent Quotient) atau kecerdasan emosi adalah subilmu yang terdapat dalam bidang psikologi. Setiap orang yang ingin berjaya memerlukan keseimbangan antara EQ dan IQ (Intelligent Quotient). Setiap ketika kita sentiasa berurusan dengan emosi sama ada emosi sendiri ataupun emosi orang lain. Andainya kita seorang guru kita perlu faham perasaan pelajar, guru-guru lain dan kakitangan sekolah. Apabila tahap EQ seorang guru rendah pasti dia selalu berkonflik dengan pelajar ataupun sesiapa sahaja yang berhubung dengannya. Begitu juga setiap insan lain sama ada doktor, pemandu bas, pekerja restoran, pelajar ataupun suri rumah, semuanya perlu memiliki tahap kecerdasan emosi yang tinggi. EQ yang tinggi memudahkan urusan harian kita dan hubungan sesama manusia sentiasa baik.
Buku Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi ini ditulis oleh kumpulan pensyarah daripada Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber manusia, Universiti Teknologi Malaysia.
Antara yang disentuh di dalam buku ini adalah kecerdasan emosi dalam Islam. Islam mementingkan kemaslahatan emosi manusia. Penulis membincangkan kaitan emosi dengan aspek kerohanian, pemikiran dan perkara ghaib. Beliau juga mengaitkan kecerdasan emosi dengan konsep diri dan jiwa, kesederhanaan Islam dan manifestasinya dalam kehidupan Muslim.
Salah satu bab di dalam buku ini membincangkan aspek kecerdasan emosi dalam pengurusan. Dalam organisasi setiap kakitangannya perlu memiliki EQ yang tinggi. Apatah lagi seorang pengurus. Ini kerana beliau perlu sentiasa berurusan dengan kakitangan bawahannya ataupun berurusan dengan pihak luar bagi mendapatkan projek-projek besar untuk syarikatnya. Hampir keseluruhan skop tugas pengurus memerlukan kemahiran sosial dan kecekapan emosi yang tinggi. Menurut penulis apabila pengurus tidak mendominasi EQ dalam pengurusan menyebabkan berlakunya konflik, tidak percaya sesama sendiri, pecah amanah, rasuah dan lain-lain lagi.
EQ dalam kepimpinan juga dikupas dengan mendalam di dalam buku ini. Pemimpin memerlukan tahap kecerdasan emosi yang tinggi bagi melaksanakan peranan atau fungsi kerja dengan jayanya di samping memiliki pengetahuan dan kemahiran kepemimpinan. Penulis juga berpendapat apabila kita mempunyai kemahiran sosial yang tinggi ia dapat membantu kita mempengaruhi orang lain, memimpin kumpulan dan senang hendak mengubah organisasi ke arah yang positif.
Goleman (1996) membuat kajian ke atas kanak-kanak, remaja dan dewasa mendapati individu yang mempunyai EQ tinggi mencapai prestasi kepimpinan yang lebih tinggi daripada sudut kecekapan sosial, keberkesanan peribadi, dapat mengawal tekanan, lebih berdikari dan boleh diharapkan dalam kerja mereka. Apa yang menarik menurut pendapat para pemimpin yang berjaya di dunia, kebanyakan mereka mengatakan IQ mereka berada pada tahap sederhana manakala EQ mereka berada di tahap yang tinggi.
EQ juga penting dalam mengurus tekanan supaya hidup menjadi selesa dan harmoni. Tekanan yang diurus dengan baik menyihatkan tubuh badan kita. Oleh itu buku ini mempunyai satu bab khusus berkenaan EQ dalam mengurus tekanan. Pelbagai tip diberikan. Penulis yakin apabila tip-tip ini diamalkan pasti dapat mengurangkan tekanan yang membebani bahu kita.
Apa pula pandangan penulis kaitan antara kecerdasan emosi dengan kreativiti? Menurut penulis semua manusia kreatif. Tetapi setiap orang perlu memupuk dan membaja bakat kreatif dengan cara yang betul. Dalam hal ini penulis menyatakan seni berfikir kreatif dan kepintaran emosi adalah dua konsep yang saling bergantung. Berfikir secara kreatif memerlukan kecerdasan emosi yang tinggi kerana kreativiti adalah dimensi pemikiran yang bertentangan dengan pemikiran konvensional. Kepintaran emosi menggalakkan otak kanan mengeluarkan idea-idea yang luar biasa dan yang terbaik.
Apa pula peranan pendidik dalam isu EQ ini? Sebenarnya pendidik memainkan peranan besar dalam meningkatkan tahap kecerdasan emosi pelajar. Buku ini membincangkan peranan dan tanggungjawab pendidik dalam meningkatkan enam elemen kecerdasan emosi pelajar iaitu kesedaran kendiri, mengendalikan emosi, timbang rasa, berhubung, kerjasama dan menyelesaikan konflik. Para pendidik ataupun pihak yang berurusan dengan pelajar perlu tahu cara yang betul bagaimana hendak berhubung dengan pelajar. Falsafah pendidikan kebangsaan turut menekankan aspek kecerdasan emosi.
Di samping itu buku ini turut mengupas aspek kecerdasan emosi yang ada dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu mementingkan adab ketimuran dan perasaan. Ini dapat dibuktikan dengan adanya banyak pantun-pantun, peribahasa dan bahasa kiasan yang digunakan bagi melakukan teguran, nasihat. Menasihati dengan cara berpantun lebih lembut bunyinya. Bahasanya lebih halus dan sedap didengar. Antara pantun Melayu yang berbentuk nasihat seperti berikut:
Jangan dibuka pintu lukah,
Jika dibuka ikan meluru;
Jangan suka mencari salah,
Salah kita baiki dahulu.
Peribahasa juga selalu digunakan bertujuan hendak menasihati seseorang. Contoh peribahasa berbentuk nasihat adalah:
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Apabila kita menggunakan bahasa Melayu dengan betul ia dapat mengelak daripada berlakunya konflik semasa berhubung dengan orang lain. Kemudian penulis menyimpulkan, kecerdasan emosi dalam bahasa Melayu membolehkan penuturnya melahirkan perasaannya ataupun pendapatnya tanpa menyinggung perasaan orang lain dan memelihara silaturahim.
Selain itu orang Melayu juga kaya dengan adat. Adat diwujudkan bagi memelihara kesejahteraan orang Melayu khususnya. Bab terakhir di dalam buku ini membincangkan kecerdasan emosi dalam budaya Melayu. Adat Melayu menitik beratkan aspek kesedaran kendiri, mengendalikan emosi, timbang rasa, berhubung, bekerjasama dan menyelesaikan konflik. Orang Melayu yang mengamalkan adat Melayu dengan betul pasti memiliki tahap EQ yang tinggi.
Buku ini sesuai dibaca oleh sesiapa yang ingin memperbaiki diri dalam perhubungan sesama manusia dan ingin memajukan diri dalam semua aspek kehidupan. Selepas membaca buku ini pasti saudara dapat menjadi orang yang lebih peka pada perasaan diri dan orang lain.
ISBN: 983-192-986-1
Pengarang : Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, Dr. Abdullah Hassan
Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
ISBN : 983-192-986-1
Barcode : 9799831929864
Sinopsis :
Sejak sekitar sepuluh tahun yang lalu, masyarakat kita semakin menyedari pentingnya ilmu komunikasi dalam kehidupan seharian. Kesedaran itu menyebabkan meningkatnya permintaan untuk bahan-bahan bacaan dan ceramah-ceramah dalam media elektronik berkenaan topik-topik komunikasi interpersonal, khususnya dalam bidang perhubungan kekeluargaan meningkat dengan ketara sekali.
Pada masa ini banyak masalah berlaku dalam kehidupan keluarga berpunca daripada kesukaran-kesukaran komunikasi antara suami dengan isteri dan antara ibu bapa dengan anak-anak. Pertanyaan "Dapatkah lelaki memahami hati perempuan?" Barangkali bagi kebanyakan lelaki, jawapannya adalah "Tidak!" Kami sendiri mengakui, dengan pengalaman peribadi yang dikira sudah banyak, ada kalanya dirasakan kami seperti faham, tetapi pada masa lain, rasanya kami benar-benar tidak faham.
Terimalah kenyataan, lelaki jarang memahami jiwa dan emosi wanita. Antara begitu banyak faktor yang menjadi puncanya adalah lelaki tidak membaca buku-buku panduan bercinta dan berkasih sayang.
Apa yang dilaporkan di sini adalah berkenaan hati dan perasaan perempuan adalah berdasarkan laporan kajian pakar-pakar bidang psikologi komunikasi perhubungan, sebagaimana yang diterbitkan dalam buku-buku mereka.
Menurut pakar-pakar psikologi, wanita mempunyai sudut pandangan mereka sendiri berkenaan cinta. Dua prinsip utama pandangan wanita terhadap cinta adalah, pertama, bagi wanita, cinta dan keintiman adalah proses yang berterusan dari masa ke masa. Inilah faktor yang menyebabkan wanita perlu berada dalam keadaan bercinta-cintaan sepanjang hayatnya.
Kedua, bagi wanita, komunikasi peribadi menjadi faktor yang paling penting peranannya dalam ikatan cinta dan keintiman. Bagi wanita, peranan komunikasi sebagai sumber kepuasan perkahwinan mengatasi peranan wang, harta benda, nama dan pangkat. Inilah faktor yang menyebabkan mengapa isu masa bersama suami menjadi isu kritikal bagi wanita.
Kedua-dia faktor ini sikar difahami oleh lelaki disebabkan mereka tidak mempunya sudut pandangan seperti itu.
Supaya pembaca mudah menggunakan teknik-teknik yang diterangkan dalam buku ini, penulis dengan sengaja menggunakan banyak contoh daripada kesalahan komunikasi yang dapat didengar setiap hari. Mudah-mudahan dengan cara ini pembaca mendapati petua-petua yang diterangkan mudah difahami dan diamalkan.
ISBN: 983-192-169-0
Nama Pengarang: Prof. Dr Mohamed Hatta Shaharom, Dr. Noor Aini Raini, Dr. Muhammad Munawar
Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
ISBN:983-192-169-0
Harga Semenanjung:RM 23.00
Blurb/Sinopsis:
Sebuah buku yang mencatatkan rakaman perjalanan penulis ketika menyertai beberapa misi kemanusiaan di tiga negara yang bertelingkah, Iraq, Kosova dan Afghanistan.
Pelbagai pengalaman pahit dan manis turut dirakamkan di dalam buku kecil ini yang dapat membantu para pembaca memupuk semangat ingin berkorban, sama ada di negara orang mahupun di negeri sendiri.
Baik kepada sesiapa yang berhasrat menabur bakti dan meringankan beban golongan yang malang.
ISBN: 983-192-084-8
Nama Pengarang: Zafir Mohd. Makhbul, Mohd.Rizal Palil & Ahmad Khairy
Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
ISBN: 983-192-084-8
Harga Semenanjung:RM 30.00
Blurb/Sinopsis:
Bidang perniagaan menjadi aktiviti utama sektor ekonomi negara. Ia menyediakan peluang pekerjaan serta menawarkan kebanyakan barangan dan perkhidmatan yang kita gunakan setiap hari
Bidang perniagaan kini semakin kompleks serta mencabar. Mereka yang terlibat dalam bidang ini memerlukan lebih banyak pengetahuan dan teknik terkini menguruskan perniagaan.
Buku ini menerangkan aspek-aspek penting dalam perniagaan seperti bentuk-bentuk entiti perniagaan, pelbagai jenis kemahiran bagi mengurus perniagaan termasuk cara-cara mengurus sumber manusia, memotivasikan pekerja serta bagaimana memasarkan barangan dan perkhidmatan.
ISBN: 983-192-733-8
Nama Pengarang: Mohd. Azhar Abdul Hamid
Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
ISBN:983-192-733-8
Harga Semenanjung: RM 21.00
Blurb/Sinopsis:
Sejauh manakah kita mengetahui potensi dan kebolehan minda yang dianugerahkan Tuhan? Adakah akal yang dikurniakan hanya melakukan kerja-kerja berfikir sahaja?
Buku ini membantu pembaca memahami dan menghayati konsep-konsep asas serta fungsi pemikiran secara menyeluruh dalam kehidupan manusia.
Pembaca juga dapat mengetahui aktiviti dalam minda serta bagaimana ia berfungsi dalam dimensi yang berbeza.
Antara perkara-perkara yang dibincangkan adalah :
Otak
Memori
Kreativiti
Kecerdasan Intelek
Menyelesaikan Masalah
Logik
Mohd. Azhar Abdul Hamid adalah pensyarah di Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
ISBN: 983-192-961-6
Nama Pengarang: Jamaluddin Harun & Dr. Zaidatun Tasir
Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
ISBN: 983-192-961-6
Harga Semenanjung: RM 30.50
Blurb/Sinopsis:
Buku ini mengupas isu-isu pengintegrasian teknologi multimedia dalam bidang pendidikan. Antara perkara yang dibincangkan berkenaan media-media utama dalam sistem multimedia seperti teks, grafik, audio, video dan animasi serta manfaatnya kepada proses pengajaran dan pembelajaran elektronik.
Ia juga membincangkan berkenaan teknologi perkakasan dan perisian multimedia dan panduan mereka bentuk aplikasi multimedia pendidikan.
Selain itu, teori pembelajaran dan model-model reka bentuk instruksi turut diterangkan supaya aplikasi multimedia pendidikan yang sistematik dan terancang dapat dihasilkan.
ISBN: 983-192-062-7
Nama Pengarang: Sahabuddin Hashim,Mahani Razali & Ramlah Jantan
Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
ISBN: 983-192-062-7
Harga Semenanjung: RM 18.20
Blurb/Sinopsis: Buku ini memuatkan dengan lengkap teori pembelajaran yang terkandung dalam silibus kurikulum pendidikan guru yang digunakan di maktab-maktab perguruan. Ia juga menerangkan perkembangan-perkembangan terbaru dalam kemajuan teori,strategi dan teknik pengajaran serta pembelajaran di dalam bilik darjah.
ISBN: 983-2311-29-2
Nama Pengarang: Abdullah Hassan & Ainon Mohd
Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
ISBN: 983-2311-29-2
Harga Semenanjung: RM22.00
Blurb/Sinopsis:Buku yang ditulis dengan jelas ini merupakan panduan terjemahan yang lengkap dan amat berguna bagi pengamal aktiviti terjemahan dan pelajar bidang penterjemahan. Para penterjemahan yang ingin memulakan khidmat terjemahan juga boleh memanfaatkan buku ini. Setiap huraian disertai dengan pelbagai contoh bagi memudahkan pembaca memahami inti perbincangan.
ISBN: 983-192-470-3
Nama Pengarang: Prof. Madya Dr. Saodah Wok, Dr. Narimah Ismail & Prof. Dr. Mohd. Yusof Hussain
Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
ISBN: 983-192-470-3
Harga Semenanjung: RM 26.00
Blurb/Sinopsis:
Empat Keistimewaan Buku Teori-Teori Komunikasi
1. Buku yang dihasilkan julung kalinya melibatkan pakar-pakar komunikasi tempatan yang telah mengajar teori komunikasi pada peringkat bacelor dan sarjana.
2. Buku ini merangkumi model dan teorinya sekali bagi menjelaskan teori-teori yang abstrak dan mengelirukan kepada pelajar baru, supaya dapat ditelaah dengan cepat menggunakan model yang ringkas dan jitu.
3. Kandungan buku ini mengambil kira setiap peringkat komunikasi iaitu itu daripada individu kepada peringkat kumpulan, organisasi dan masyarakat dengan contoh-contoh kontemporari.
4. Buku ini mudah dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat kerana ia menyentuh etika dan komunikasi Islam, yang universal dan sejagat.
ISBN: 983-3603-39-4
Nama pengarang: Raihanah Abdullah
Penerbit PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
ISBN: 983-192-027-9
Barcode: 9-733831-920274
Harga: Semenanjung: RM 15.50
Sabah/Sarawak: RM 18.50
Sinopsis:
SIHAT adalah perkataan yang berharga dan bernilai dalam kehidupan ini. Kesihatan yang baik tidak dapat dijual beli. Apabila sihat, sudah pasti kita berpeluang melakukan kegiatan harian dengan sempurna, sekali gus menjadikan kehidupan kita lebih bermakna.
Bagaimanapun, apabila kesihatan tidak mengizinkan, contohnya, apabila dengan tiba-tiba kita disahkan menghidap penyakit berbahaya, sudah pasti jiwa tertekan dan fikiran melayang memikirkan pelbagai kemungkinan yang tidak diundang.
Setiap individu memerlukan kesihatan yang baik bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan ini dengan penuh bermakna dan cemerlang. Sebagaimana lazimnya, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Justeru, langkah awal pencegahan dan memastikan penyakit tidak semakin serius perlu diberi perhatian oleh setiap individu yang mementingkan kesejahteraan dan kesihatan yang baik.
Pengalaman bekerja di Berita Harian Sdn Bhd dan menulis di ruangan Perubatan dalam akhbar Berita Minggu, menyebabkan penulis terasa wajar artikel berkaitan perubatan dibukukan apabila menyedari tahap kesedaran orang ramai berkenaan kepentingan menjaga kesihatan semakin bertambah.
Sebahagian besar rencana perubatan yang dimuatkan dalam buku ini adalah himpunan rencana penulis hasil temu ramah dengan pakar perubatan tempatan. Bagaimanapun, rencana yang dibukukan ini sudah pun diubah suai. Pelbagai aspek diketengahkan dalam buku ini dan mencakupi beberapa bidang seperti neurologi, ortorinolaringologi (telinga, hidung dan tekak), pediatrik, ortopedik, kecantikan, mental, diet dan gasteroenterologi.
Buku ini dapat membantu pembaca mengenali pelbagai jenis penyakit yang sering ditemui dan mungkin belum pernah didengar. Selain mengenali penyakit, pembaca juga berpeluang mengamalkan gaya hidup sihat melalui pemakanan seimbang dan memperoleh pengetahuan berkenaan soal kecantikan. Diharap buku ini dapat meningkatkan pengetahuan pembaca berkenaan bidang perubatan di samping berusaha meningkatkan lagi tahap kesihatan.
BUKU TERBARU
Categories
MAKLUMAT
Highest Rating
BERITA TERKINI
- 03-09-2010
- Operasi Penghantaran Buku Dihentikan Sementara Waktu Sempena Hari Raya Aidilfitri
- 02-06-2010
- Pembalut Hadiah dan Kad Ucapan Percuma
- 21-05-2010
- Dapatkan Novel-Novel Terbaru di E-kedai.net
- 28-09-2009
- The Next Store Mengambil Alih Pengurusan e-Kedai.net : Kedai Buku Online Anda
- 27-02-2009
- e-Kedai.net Menjadi Pengedar Online Buku Penerbit Universiti Sains Malaysia
























