Corak Perumahan Tradisional Berkepadatan Tinggi
Tajuk Buku : Corak Perumahan Tradisional Berkepadatan Tinggi
Nama Pengarang : Ahmad Sanusi Hassan dan Ku Azhar Ku Hassan
Nama Penerbit : Penerbit USM
ISBN : 983-9700-98-7
Harga :
Sinopsis:
Kebanyakan penempatan tradisional terletak di sekitar aliran sungai yang mempunyai bentuk topografi berpaya. Maka tidak hairanlah apabila kita dapati kebanyakan penduduk tempatan menjalankan aktiviti penanaman padi dan berkecimpung dalam bidang perikanan sebagai sosioekonomi utama kerana ia disesuaikan kepada reka bentuk topografi sedia ada, iaitu mereka telah membuat suatu pilihan yang bijak. Disamping itu, penempatan di kawasan tanah berpaya banyak mempengaruhi sistem reka bentuk rumah tradisional yang mempunyai ciri-ciri penyesuaian terhadap aras tanah yang lembap, iklim tropika dan masalah banjir.
Teknik pembinaan dan corak perancangan penempatan kampung direka bentuk khas supaya ia dapat mengurangkan masalah kerosakan topografi alam persekitaran sedia ada. Pada masa sekarang, teknik binaan dan corak penempatan tradisional tidak lagi dipraktikkan dalam sistem pembangunan perumahan negara. Pihak-pihak yang terlibat dalam industri perumahan biasanya memberi alasan bahawa corak perancangan perumahan tradisio nal yang terletak di kawasan pertanian penanaman padi tidak praktikal dengan citarasa dan kehendak pembangunan bandar kerana ia hanya berupaya menawarkan densiti unit rumah sehektar yang rendah. Walau bagaimanapun, golongan ini tidak tahu bahawa wujudnya perkampungan tradisional yang mempunyai densiti unit rumah sehektar yang tinggi, iaitu kampung nelayan. Oleh itu, buku ini diterbitkan untuk menghuraikan secara lebih lanjut tentang corak penempatan dan reka bentuk perumahan yang mempunyai densiti unit rumah sehektar yang tinggi serta kaitannya dengan alam sekitar berdasarkan analisis corak perkampungan nelayan yang terletak di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia.
BUKU TERBARU
Categories
BERITA TERKINI
- 28-09-2009
- The Next Store Mengambil Alih Pengurusan e-Kedai.net : Kedai Buku Online Anda
- 27-02-2009
- e-Kedai.net Menjadi Pengedar Online Buku Penerbit Universiti Sains Malaysia
- 02-02-2008
- Buku-buku Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhadi Kini di e-Kedai.net
- 03-01-2008
- Book Pro Sales & Distributors Mengambil Alih e-Kedai.net
- 10-08-2007
- e-Kedai.net di Iklan Harakah 8 Ogos 2007

