Loading...

Guru Sebagai Pendorong

gurusebagaipendorongdalamdarjahk.jpg

View larger image

ISBN: 983-3585-11-6

Old price: RM24.00

Price: RM21.60

You save: RM2.40 (10%)
-10%
3 item(s)
Guru Sebagai Pendorong dalam Darjah (Edisi Kemas Kini)

Abdullah Hassan, Ainon Mohd,
PTS Publications & Distributors Sdn Bhd

Harga: RM 28.00 / RM 31.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-3585-11-6
Barcode: 9799831922070
Jumlah Halaman: 310 halaman

Sinopsis

Bacaan wajib bagi guru-guru yang mengajar murid-murid yang malas belajar.

Setiap guru mengetahui mereka perlu mendorong murid-murid mereka supaya rajin belajar dan menjadi individu-individu yang baik peribadinya apabila dewasa nanti. Mereka juga sudah berusaha bagi menjalankan tugas itu dengan niat yang baik dan penuh semangat. Tetapi apabila sekolah perlu mengadakan program motivasi oleh pakar luar, menandakan guru-guru di sekolah itu tidak menjalankan tugas mendorong murid-murid mereka dengan cara yang berkesan.

Pakar-pakar motivasi dari luar datang sekali bagi menyampai-kan sesinya, kemudian mereka tidak datang lagi, oleh yang demikian mereka tidak mungkin dapat mendorong murid dengan berkesan disebabkan proses mendorong murid tidak dapat dilakukan sekali, sebaliknya ia adalah proses yang perlu dilakukan sepanjang masa bagi setiap murid.
Program motivasi bukan hanya tidak berkesan malah ia adalah mahal, terutamanya bagi ibu bapa yang kurang berada, khususnya ibu bapa di kawasan luar bandar. Program-program motivasi bagi murid-murid sekolah adalah fenomena baru di negara ini di mana ia bermula sejak lewat tahun 70-an dan menjadi popular pada tahun 90-an. Selepas itu, seperti cendawan tumbuh pada musim hujan, negara menyaksikan begitu ramai individu-individu yang digelar pakar-pakar motivasi dan syarikat-syarikat swasta yang mengendalikan program-program motivasi.

Perkataan motivasi disukai oleh guru-guru dan ibu bapa tetapi ia sering kali ditakuti oleh murid-murid sekolah. Mereka mengalami perasaan takut apabila guru memberitahu pihak sekolah mengadakan program motivasi bagi murid-murid. Mereka juga takut apabila ibu bapa mereka memberitahu mereka dihantar mengikuti kem motivasi.

Murid-murid sekolah mengaitkan sesi motivasi dengan pelbagai pengalaman negatif dan menyakitkan jiwa. Mereka mengaitkannya dengan pengalaman dikritik, di marah, dinasi-hati, dipaksa dan seumpamanya oleh motivator-motivator yang mengendalikan program itu.

Tanggapan negatif murid-murid sekolah pada perkataan motivasi itu bukanlah tanpa asasnya. Tidak dapat dinafikan majoriti sesi motivasi yang dijalankan bagi murid-murid sekolah menggunakan teknik-teknik yang salah sehingga menimbulkan kesan psikologi yang negatif kepada murid-murid itu.

Majoriti mereka yang digelar pakar motivasi itu tidak mempunyai latar belakang ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan sains motivasi bagi melayakkan mereka menggunakan gelaran itu, oleh sebab yang demikian mereka tidak berupaya menggunakan sebarang teori motivasi dalam aktiviti mereka. Inilah punca utama mengapa aktiviti memotivasikan murid-murid sekolah dipenuhi dengan isi kandungan yang menimbulkan kesan-kesan negatif pada jiwa murid-murid yang mengikutinya.
Masyarakat sendiri tidak mengetahui sains motivasi adalah sains yang sudah lama diterokai oleh pakar-pakar psikologi, iaitu semenjak tahun 40-an lagi. Daripada sudut yang lain, pakar-pakar psikologi negara ini, yang berada di universiti-universiti tempatan, tidak muncul ke depan dan menerangkan kepada masyarakat apa yang dikatakan teori-teori dan teknik-teknik motivasi. Akhirnya kekosongan ini diisi oleh individu-individu yang pandai bercakap tetapi tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang sains motivasi itu sendiri.

Buku ini ditulis bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pakar-pakar psikologi tempatan supaya kandungan ini dapat dijadikan panduan kepada tiga kumpulan utama:
1. Guru-guru sekolah supaya mereka menjadi lebih berkesan dalam menjalankan tugas mendorong dan mengajar.
2. Individu-individu yang bergiat dalam sektor motivasi supaya program mereka menjadi lebih berkesan.
3. Ibu bapa supaya mereka lebih memahami faktor-faktor yang diperlukan oleh anak-anak menjadi manusia yang berjaya.

Mudah-mudahan buku ini membawa manfaat sebagaimana yang dihajati.

Isi Kandungan

Daripada Pengarang
Kisah Sebenar Manusia Paling Pintar Zaman Ini

Bahagian 1
1. Pengenalan Teori Motivasi
2. Teori-teori Motivasi
3. Teori Keperluan
4. Teori Pengukuhan Berkesan bagi Mendorong Pelajar

Bahagian 2
5. Menggunakan Ganjaran sebagai Pengukuh Positif
6. Dorongan Dalaman dan Dorongan Luaran
7. Menggunakan Maklum Balas sebagai Pengukuh Positif
8. Pengukuh Sosial yang Berkesan sebagai Pendorong
9. Mengelakkan Kesan Negatif daripada Ganjaran
10. Prinsip Memilih Ganjaran yang Berkesan sebagai Pendorong
11. Menggunakan Pelbagai Ganjaran Tambahan sebagai Pendorong
12. Strategi Melaksanakan Program Pengukuhan

Bahagian 3
13. Teori Konsep Diri Berguna bagi Mendorong Pelajar
14. Peranan Konsep Diri dalam Kejayaan Akademik
15. Dari Mana Pelajar Mendapat Konsep Dirinya
16. Pentingnya Membina Konsep Diri Positif

Bahagian 4
17. Mendorong Pelajar dengan Meningkatkan Estimnya
18. Mengapa Ramai Pelajar Melayu dan India Berestim Rendah
19. Pengharapan Guru Dapat Menjatuhkan Estim Murid
20. Meningkatkan Estim Pelajar Menggunakan Ganjaran
21. Jangan Gunakan Cabaran bagi Mendorong Murid
22. Teknik Mendorong Murid Pemalu
23. Latih Pelajar supaya Menggunakan Gaya Bahasa Positif
24. Strategi Membantu Pelajar Meningkatkan Estimnya

Bahagian 5
25. Mengenal Pasti Kejayaan dari dalam
26. Melatih Murid Berbual secara Positif dengan Diri Sendiri
27. Perkaitan antara Kejayaan dengan Nasib
28. Melatih Pelajar supaya Mengubah Skrip Kehidupannya
29. Mendorong Murid Membuang Kepercayaan Berbahaya
30. Melatih Pelajar supaya Bersikap Optimis
31. Mengubah Orientasi Waktu Pelajar yang Malas Belajar
32. Teori Kesan Pigmalion Terbukti Benar
33. Latih Pelajar supaya Sanggup Menangguhkan Kepuasan
34. Personaliti Lebih Penting daripada Kelulusan 35. Tekanan dari dalam
36. Takut Risiko Menyebabkan Gagal Selepas Sekolah
37. Latih Murid supaya Berani Melakukan Kesilapan
38. Tidak Perlu Mengubah Sikap bagi Mengubah Tingkah Laku
39. Jangan Gunakan Ugutan bagi Mendorong Pelajar

Bahagian 6
40. IQ Tinggi Tidak Menentukan Kejayaan Selepas Sekolah
41. Jangan Keliru dengan Konsep Kepintaran
42. Tujuh Jenis Kepintaran untuk Pelbagai Kerjaya
43. Bakat Menghitung Bukan Asas Kepintaran Matematik
44. Tradisi Berfikir Keluarga Mempengaruhi Kepintaran Akademik
45. Kepintaran Praktikal bagi Kejayaan Selepas Sekolah
46. Keputusan Peperiksaan Bukan Cermin Bakat dan Kebolehan
47. Kejayaan Selepas Sekolah Memerlukan Pelbagai Jenis Bakat
48. Mengapa Pelajar Pintar Lulus Cemerlang
49. Ciri Konvergen Menyukarkan Kejayaan Selepas Sekolah
50. Pelajar Divergen
51. Prinsip-prinsip Kemahiran Menjawab Soalan Peperiksaan
52. Bagaimana Sekolah Memotivasi Pelajar yang Sedia Bermotivasi

Bahagian 7
53. Kreativiti dan Bakat bagi Kejayaan Selepas Periksa
54. Menukar Imej Diri bagi Mendorong Kreativiti
55. Apa yang Mendorong Pelajar Kreatif Berjaya Selepas Sekolah

Bahagian 8
56. Jangan Paksa Murid Belajar dengan Cara yang Tidak Disukainya
57. Teknik Mendorong Diri Sendiri supaya Belajar
58. Prinsip-prinsip Meningkatkan Daya Ingatan
59. Melatih Pelajar Cara-cara yang Betul Mengingat 60. Teknik-teknik Mengingat
61. Faktor-faktor yang Menyebabkan Lupa Apa yang Sudah Dibaca
62. Teknik Membaca bagi Tujuan Lulus Periksa
63. Strategi Menjawab Soalan Objektif
64. Teknik Mendengar Guru Mengajar
Bacaan Tambahan
PTS Professional Publishing Sdn Bhd
None

To ensure that a person, not an automated program, is filling this form, please enter the characters you see in this picture. All letters will be shown in their capitalized form.

No posts found

New post

To ensure that a person, not an automated program, is filling this form, please enter the characters you see in this picture. All letters will be shown in their capitalized form.