Counselling & Psychology
ISBN: 983-192-721-4
Pengarang: Khadijah Alavi, Ann Wan Seng
ISBN: 983-192-721-4
Barcode: 9-789831-927212
Harga: Semenanjung Malaysia: RM 18.00
Sabah/Sarawak: RM 21.00
Sinopsis:
Penderaan dan pengabaian kanak-kanak meningkat secara mendadak dewasa ini dan ianya adalah salah satu masalah sosial yang sangat membimbangkan masyarakat dan kerajaan. Oleh yang demikian, insiden penderaan dan pengabaian kanak-kanak di Malaysia, perlu dikaji dan diteliti. Objektif asas kajian ini ialah meneliti empat kategori jenis penderaan iaitu penderaan fizikal, seksual dan pengabaian kanak-kanak serta mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan penderaan. Keunikan kajian ini ialah ianya dijalankan di wad pediatrik Hospital Universiti, Kuala Lumpur selama satu tahun iaitu Januari hingga Disember 1994. Kanak-kanak dibawah 13 tahun yang dimasukkan ke wad pediatrik dijadikan sampel kajian. Tempoh masa mangsa tinggal di wad adalah dua hari atau lebih bergantung kepada keseriusan kes. Kajian ini agak berbeza daripada kajian-kajian lepas kerana ia menggunakan pendekatan antropologikal.
Model interaksi penderaan kanak-kanak digunakan sebagai rangka kajian. Ini adalah kerana ia adalah pendekatan yang merangkumi semua faktor secara menyeluruh bagi mengkaji masalah penderaan dan pengabaian kanak-kanak. Faktor luaran dan dalaman sistem kekeluargaan seperti status sosioekonomi, keretakan hubungan perkahwinan ibu bapa, personaliti pelaku, jaringan sosial, norma budaya dan faktor tingkah laku mangsa juga diambil kira dalam menganalisis kes-kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak. Personaliti pelaku dan kurangnya interaksi dalam sistem kekeluargaan didapati menjadi faktor asas yang menyebabkan penderaan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, tiada satu faktor tunggal yang menjadi punca utama dalam kes-kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak. Kesemua faktor-faktor yang disebutkan di atas didapati saling berkait sehingga ianya membentuk suatu masalah sosial yang rumit dan kompleks untuk didiagnosis, sama ada kejadian ini merupakan kemalangan, penyakit atau kecederaan yang disengajakan.
Apa yang lebih menyedihkan penderaan kanak-kanak sudah sampai ke suatu tahap yang kritikal di mana masyarakat telah hilang rasa kemanusiaan dan keprihatinan dalam memberikan pendidikan yang sempurna kepada kanak-kanak yang masih bertatih dalam kehidupan. Anak-anak dilahirkan dalam keadaan suci bersih dan yang mencorakkan anak-anak itu menjadi baik atau jahat adalah penjaganya. Anak-anak ibarat sehelai kain yan putih dan adalah menjadi tanggungjawab ibubapa memastikan keputihan itu tidak dicemari. Maka adalah menjadi tangggungjawab semua untuk melindunginya daripada anasir-anasir negatif yang sedang menyerang kehidupan masyarakat masa kini.
ISBN: 983-3585-11-6
Abdullah Hassan, Ainon Mohd,
PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
Harga: RM 28.00 / RM 31.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-3585-11-6
Barcode: 9799831922070
Jumlah Halaman: 310 halaman
Sinopsis
Bacaan wajib bagi guru-guru yang mengajar murid-murid yang malas belajar.
Setiap guru mengetahui mereka perlu mendorong murid-murid mereka supaya rajin belajar dan menjadi individu-individu yang baik peribadinya apabila dewasa nanti. Mereka juga sudah berusaha bagi menjalankan tugas itu dengan niat yang baik dan penuh semangat. Tetapi apabila sekolah perlu mengadakan program motivasi oleh pakar luar, menandakan guru-guru di sekolah itu tidak menjalankan tugas mendorong murid-murid mereka dengan cara yang berkesan.
Pakar-pakar motivasi dari luar datang sekali bagi menyampai-kan sesinya, kemudian mereka tidak datang lagi, oleh yang demikian mereka tidak mungkin dapat mendorong murid dengan berkesan disebabkan proses mendorong murid tidak dapat dilakukan sekali, sebaliknya ia adalah proses yang perlu dilakukan sepanjang masa bagi setiap murid.
Program motivasi bukan hanya tidak berkesan malah ia adalah mahal, terutamanya bagi ibu bapa yang kurang berada, khususnya ibu bapa di kawasan luar bandar. Program-program motivasi bagi murid-murid sekolah adalah fenomena baru di negara ini di mana ia bermula sejak lewat tahun 70-an dan menjadi popular pada tahun 90-an. Selepas itu, seperti cendawan tumbuh pada musim hujan, negara menyaksikan begitu ramai individu-individu yang digelar pakar-pakar motivasi dan syarikat-syarikat swasta yang mengendalikan program-program motivasi.
Perkataan motivasi disukai oleh guru-guru dan ibu bapa tetapi ia sering kali ditakuti oleh murid-murid sekolah. Mereka mengalami perasaan takut apabila guru memberitahu pihak sekolah mengadakan program motivasi bagi murid-murid. Mereka juga takut apabila ibu bapa mereka memberitahu mereka dihantar mengikuti kem motivasi.
Murid-murid sekolah mengaitkan sesi motivasi dengan pelbagai pengalaman negatif dan menyakitkan jiwa. Mereka mengaitkannya dengan pengalaman dikritik, di marah, dinasi-hati, dipaksa dan seumpamanya oleh motivator-motivator yang mengendalikan program itu.
Tanggapan negatif murid-murid sekolah pada perkataan motivasi itu bukanlah tanpa asasnya. Tidak dapat dinafikan majoriti sesi motivasi yang dijalankan bagi murid-murid sekolah menggunakan teknik-teknik yang salah sehingga menimbulkan kesan psikologi yang negatif kepada murid-murid itu.
Majoriti mereka yang digelar pakar motivasi itu tidak mempunyai latar belakang ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan sains motivasi bagi melayakkan mereka menggunakan gelaran itu, oleh sebab yang demikian mereka tidak berupaya menggunakan sebarang teori motivasi dalam aktiviti mereka. Inilah punca utama mengapa aktiviti memotivasikan murid-murid sekolah dipenuhi dengan isi kandungan yang menimbulkan kesan-kesan negatif pada jiwa murid-murid yang mengikutinya.
Masyarakat sendiri tidak mengetahui sains motivasi adalah sains yang sudah lama diterokai oleh pakar-pakar psikologi, iaitu semenjak tahun 40-an lagi. Daripada sudut yang lain, pakar-pakar psikologi negara ini, yang berada di universiti-universiti tempatan, tidak muncul ke depan dan menerangkan kepada masyarakat apa yang dikatakan teori-teori dan teknik-teknik motivasi. Akhirnya kekosongan ini diisi oleh individu-individu yang pandai bercakap tetapi tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang sains motivasi itu sendiri.
Buku ini ditulis bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pakar-pakar psikologi tempatan supaya kandungan ini dapat dijadikan panduan kepada tiga kumpulan utama:
1. Guru-guru sekolah supaya mereka menjadi lebih berkesan dalam menjalankan tugas mendorong dan mengajar.
2. Individu-individu yang bergiat dalam sektor motivasi supaya program mereka menjadi lebih berkesan.
3. Ibu bapa supaya mereka lebih memahami faktor-faktor yang diperlukan oleh anak-anak menjadi manusia yang berjaya.
Mudah-mudahan buku ini membawa manfaat sebagaimana yang dihajati.
ISBN: 983-3376-58-4
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Harga: RM 21.00 / RM 24.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-3376-58-4
Barcode: 9799833376581
Sinopsis
Kebanyakan pelajar tidak tahu membuat pilihan institusi pengajian selepas tamat persekolahan bagi melanjutkan pengajian mereka. Ini kerana mereka tidak mempunyai maklumat lengkap berkenaan institusi-institusi pendidikan yang ada. Buku ini membincangkan secara terperinci setiap maklumat yang perlu diketahui oleh para pelajar yang merancang mahu melanjutkan pelajaran selepas SPM.
Saya bersyukur ke hadrat Tuhan kerana buku Pendidikan Selepas SPM edisi kedua ini dapat disiapkan dan diterbitkan seadanya. Saya juga merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak melibatkan individu, agensi dan institusi yang berkaitan kerana sumbangan besar berupa maklumat, rujukan dan konsultansi yang diberikan.
Semoga set maklumat dalam buku ini dapat dimanfaatkan kepada semua pihak khususnya kepada pelajar tingkatan empat dan lima dan kepada ibu bapa, kaunselor dan guru-guru amnya bagi me-nentukan hala tuju pendidikan lepasan SPM ke peringkat lebih tinggi lagi.
Kepada isteri tercinta, Hajah Fatimah Mat dan anak-anak; Intan Nadiah, Noor Siti Hawa dan Nur Latifah Hanum, setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan di atas sokongan bermakna yang diberikan sehingga buku ini dapat disiapkan.
Kepada kedua ibu bapa dan ibu bapa mertua, jutaan terima kasih atas didikan sepanjang hayat serta restu yang diberikan selama ini.
Kepada rakan kaunselor di seluruh negara, terima kasih kerana sudi dan bersedia menjadikan buku ini sebagai panduan asas untuk membantu anak didik kita membuat pilihan tepat pengajian mereka selepas SPM.
ISBN: 983-3585-54-X
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Harga: RM 19.00 / RM 22.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-3585-54-X
Barcode: 9789833585540
Jumlah Halaman: 308 halaman
Sinopsis
Buku ini memberi panduan kepada ibu bapa dan guru sekolah mengenal pasti disleksia. Penulis mencadangkan langkah-langkah mudah bagi membantu kanak-kanak disleksia menguasai kemahiran penting dalam meningkatkan keyakinan diri.
Mengapa terdapat kanak-kanak yang pintar tetapi menghadapi kesukaran belajar? Buku ini memberi panduan kepada ibu bapa dan guru sekolah mengenal pasti disleksia. Penulis mencadangkan langkah-langkah mudah bagi membantu kanak-kanak disleksia menguasai kemahiran penting dalam meningkatkan keyakinan diri.
Masalah Mengingat perkataan, fonologi, ingatan jangka pendek, dan kesedaran sintak adalah antara masalah yang dikupas oleh penulis di dalam buku ini. Simptom dan masalah identifikasi di peringkat prasekolah, sekolah rendah, menengah, dan dewasa turut di ketengahkan. Mengenali jenis disleksia juga dapat membantu pembaca mencari teknik-teknik berkesan bagi menangani pengidap disleksia.
Doktor Samsilah Roslan merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Puan Sheila Christine Devaraj merupakan tenaga pengajar di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Jemaah, Klang dan juga Setiausaha Agung Persatuan Disleksia Peringkat Kebangsaan.
ISBN: 983-3376-12-6
Salhah Abdullah,
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Harga: RM 27.00 / RM 30.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-3376-12-6
Barcode: 9799833376123
Jumlah Halaman: 286 halaman
Sinopsis
Buku panduan untuk jurulatih, fasilitator, mentor dan guru meningkatkan kualiti pengajaran dan kemahiran dalam proses memudah cara di dalam kelas. Turut dipaparkan 60 modul terpilih bagi membantu fasilitator menjalankan aktiviti latihan dalam Kumpulan (LDK).
Modul ini menjadi panduan kepada guru-guru khususnya guru bimbingan dan kaunseling serta sukarelawan yang terlibat dengan program khidmat masyarakat. Modul ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama mengandungi konsep yang terdiri daripada 10 bab dan bahagian kedua mengandungi 60 aktiviti LDK. Modul disusun secara fleksibel yang boleh diubahsuai bagi memenuhi objektif program.
Susunan aktiviti dalam kumpulan memberi peluang para pendidik mengaplikasikan proses pembelajaran kontekstual secara koperatif dan kolaboratif di kalangan pelajar. Aktiviti seperti simulasi, main peranan dan permainan sebagai penggerak kepada proses pembelajaran bermakna.
Susunan modul ini cuba dipaparkan secara bersahaja dan memberi konsep, prinsip dan peranan fasilitator dalam bahagian awal Guru Sebagai Fasilitator. Modul ini perlu dimiliki oleh semua guru dan fasilitator. Semoga ia memberi panduan bagi melestarikan motivasi serta meningkatkan tahap kecekapan profesionalisme dalam menangani kerenah pelajar.
Modul ini dapat memberi idea, inspirasi, semangat dan keyakinan diri kepada guru dan fasilitator mengendalikan aktiviti bimbingan. Penulis memberikan kerangka konsep dalam usaha mengaitkan teori dengan situasi praktikal yang bersifat kontekstual. Ada masanya penulis cuba menggunakan analogi secara simbolik bagi menjentik minda dan mencuit akal dan budi pembaca. Antara konsep bimbingan yang sesuai dan saling berkait dengan peranan fasilitator sebagai pendidik, kaunselor dan mentor adalah:
- - Memupuk dan menerapkan nilai
- - Kemahiran pengurusan diri dan pembelajaran
- - Penjana minda bagi melahirkan pelajar berfikiran kritis dan kreatif
Modul ini dapat memantapkan kebolehan diri guru dan fasilitator sebagai pendidik yang mampu melestarikan motivasi sendiri dan orang lain. Guru Sebagai Fasilitator perlu dimiliki dan dijadikan panduan kepada pengurus, pentadbir dan pelaksana pendidikan yang inginkan budaya permuafakatan di kalangan pendidik.
ISBN: 983-3376-44-4
K. A. Razhiyah,
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Harga: RM 22.00 / RM 25.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-3376-44-4
Barcode: 9789833376445
Jumlah Halaman: 230 halaman
Sinopsis
Bukan semua kanak-kanak yang tidak pandai di dalam kelas malas belajar ataupun tidak bersungguh-sungguh semasa belajar. Sebenarnya mereka tidak seperti kanak-kanak normal yang lain kerana mengalami masalah 'dalaman' yang tidak dapat dikesan dengan melihat kesempurnaan fizikal mereka. Sesuai untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak bermasalah pembelajaran.
Kejayaan tidak dapat diukur melalui pencapaian akademik.
Buku ini membantu menyelesaikan masalah yang sering mengganggu ibu bapa dan kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran. Mungkin pelbagai perkara bermain di fikiran mereka. Buku ini akan memberikan beberapa idea bagi mengatasi masalah di sekolah, di rumah dan juga dengan rakan-rakan.
Buku ini dapat memberi panduan ibu bapa dan anak istimewa bagaimana hendak menangani masalah itu.
Bagi kanak-kanak bermasalah yang ingin memahami diri sendiri dengan lebih baik dan menjadi seorang yang kuat dan bijak, buku ini dapat membantu anda.
ISBN: 983-3604-13-7
Harlina Halizah Siraj, Noralina Omar,
PTS Millennia Sdn Bhd
Harga: RM 14.00
ISBN 983-3604-13-7
Barcode: 9789833604135
Jumlah Halaman: 160 halaman
Sinopsis
Kupasan terperinci dengan gaya yang penuh hormat membuatkan pembaca berasa tenang menyingkap rahsia yang tersembunyi di sebalik topik kesihatan reproduktif. Terutamanya pada bahagian 2, segala persoalan yang tercetus di minda remaja kita mengenai perubahan yang berlaku dari segi fizikal, mental mahupun emosi mereka terjawab dengan bijak dan hormatnya di dalam buku ini. Mereka tidak akan tertanya-tanya lagi mengapa mereka jadi begini dan begitu serta malu dengan perubahan yang mungkin mendadak itu. - Dr. Rozieta Shaary, Pakar Pembangunan Modal Insan -
Buku ini mengupas persoalan tentang pendidikan kesihatan reproduktif remaja yang selama ini menjadi taboo dalam masyarakat, apatah lagi untuk dijadikan sebagai topik perbincangan di meja makan keluarga. Persoalan-persoalan remaja mengenai proses manusia menuju ke arah kedewasaan fizikal dan psikologi yang berlaku secara alamiah dibincangkan secara terbuka dan disokong dengan hujah saintifik. Kedua-dua penulis ini bijak mengadun setiap topik perbincangan dan lahirlah sebuah buku cukup padat dengan fakta dan praktikal sebagai modul pengajaran. Bermula dengan persoalan kepentingan pendidikan seksualiti untuk remaja sehinggalah kepada perkembangan sistem reproduktif manusia serta hak-hak dan tanggungjawab remaja, buku ini adalah hadiah 'terbaik' untuk semua remaja, ibu bapa, guru-guru dan para kaunselor.
ISBN: 978-983-0681-59-7
Teknik Mendorong Pelajar Belajar Tanpa Membunuh Semangat mereka
Pengarang : Robert F.Mager
Penerbit : Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad
ISBN : 978-983-0681-59-7
Harga : RM 30.00
Sinopsis
Buku ini menerangkan kaedah untuk menyemai sikap positif di kalangan pelajar. Banyak contoh sebenar daripada pengalaman hidup seharian adalah dalam bentuk humor untuk memberikan pemahaman dan kesedaran peribadi.
Buku ini memberikan kaedah untuk membantu pelajar menggunakan apa yang telah dipelajari dengan sebaik mungkin. Buku ini turut menjelaskan cara memikathati pelajar ke arah pelajaran yang mereka minati.
ISBN: 978-967-5226-08-3
Mengurus Tingkah Laku Pelajar
Abdul Ghani Abdullah & Abdul Rahman Abdul Aziz
RM 22
978-967-5226-08-3;
Jumlah Muka Surat : 224 halaman
Sinopsis
Menyediakan cara mengurus pelajar yang seimbang antara peraturan sedia ada dengan penerapan unsur-unsur kemanusiaan dalam membentuk tingkah laku terpuji.
Reviews
No posts found
New post
BUKU TERBARU
Categories
BERITA TERKINI
- 28-09-2009
- The Next Store Mengambil Alih Pengurusan e-Kedai.net : Kedai Buku Online Anda
- 27-02-2009
- e-Kedai.net Menjadi Pengedar Online Buku Penerbit Universiti Sains Malaysia
- 02-02-2008
- Buku-buku Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhadi Kini di e-Kedai.net
- 03-01-2008
- Book Pro Sales & Distributors Mengambil Alih e-Kedai.net
- 10-08-2007
- e-Kedai.net di Iklan Harakah 8 Ogos 2007









