Loading...

Public Speaking

View as:  List

Belajar Berucap

ISBN: 983-3376-96-7

Old price: RM22.00

Price: RM19.80

You save: RM2.20 (10%)
-10%
3 item(s)
Samsudin Wahab,
PTS Publications & Distributors Sdn Bhd

Harga: RM 22.00 / RM 24.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN: ISBN 983-3376-96-7
Barcode: 9799831922193
Jumlah Halaman: 228 halaman
Tarikh Terbit: 15 December 2005

Sinopsis

Tak pandai berucap? Ingin meningkatkan kemahiran berucap? Buku ini dapat membantu anda. Antara perkara penting yang dibincangkan oleh penulis adalah cara menarik minat audiens mendengar isu yang anda bahaskan.

Memberikan ucapan adalah lumrah dalam kehidupan individu. Tidak kira orang itu guru, pemimpin kumpulan, ketua masyarakat, ahli politik ataupun penghulu mukim; persediaan yang dibuat sebelum berucap memberi kesan kepada kualiti ucapan yang diberikannya.

Buku yang memberi gambaran umum berkenaan ucapan selain menjadi panduan lengkap sebelum memberi ucapan. Buku ini memberi panduan serta cara hendak menarik minat aundiens mendengar isu yang dibahaskan. Persediaan penutup yang baik juga diberikan.

Beberapa contoh serta isi kandungan ucapan dalam beberapa situasi didedahkan supaya pengucap dapat memanfaatkan masa ucapan dengan baik.

Bijak Berbicara Mencuit Rasa

ISBN: 978-983-2334-82-8

Old price: RM29.00

Price: RM26.10

You save: RM2.90 (10%)
-10%
4 item(s)
Bijak Berbicara Mencuit Rasa
Author : Ahmad Badrul Sani Baharudin
ISBN : 978-983-2334-82-8
Price : RM29.00
Weight : 428 g

"Kebolehan Badrul Sani memukau audiens... membuatkan anda perlu menyelongkar rahsia bicara beliau melalui buku panduan ini."
Shamsul Qamar, Presiden Kelab Debat UIAM

Fahamilah ciri-ciri bicara perniagaan, pidato, ceramah, ucapan rasmi dan perbualan yang menyakinkan, memberi kesan emosi serta dapat menjada tindakan. Ketahuilah penyebab timbulnya rasa gentar untuk berbicara di khalayak ramai dan kaedah untuk menangani masalah ini. Jauhilah sikap yang ada pada pembicara kecundang dan ambillah iktibar daripada pembicara gemilang.

Hayatilah rahsia cemerlang berbicara. Fahamilah tahap penerimaan audiens. Berbicaralah dengan bahasa yang unik, isi yang menarik dan intonasi yang hebat. Iringilah bicara anda dengan bahasa badan yang sesuai.

Cover : PVC Coated Embossed Title
Kertas : Simili 80gm
Saiz : 5.8 x 8.8 inci
Muka Surat : 296

Juara Pentas! Panduan Praktikal Pengucapan Awam

ISBN: 983-3604-03-X

Old price: RM16.00

Price: RM14.40

You save: RM1.60 (10%)
-10%
2 item(s)
Juara Pentas! Panduan Praktikal Pengucapan Awam

Eddy Rosyadie,
PTS Millennia Sdn Bhd

Harga: RM 16.00 / RM 19.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-3604-03-X
Barcode: 9789833604036
Jumlah Halaman: 144 halaman


Sinopsis

Percaya ataupun tidak, kemampuan menyampaikan ucapan awam yang hebat tidak hanya bergantung pada bakat semata-mata. Setiap individu berpeluang menyampaikan ucapan awam yang hebat dan berkesan sekiranya tahu teknik dan langkah yang betul.

Adakah Anda Ingin Menjadi JUARA PENTAS?

Percaya ataupun tidak, kemampuan menyampaikan ucapan awam yang hebat tidak hanya bergantung pada bakat. Setiap individu berpeluang menyampaikan ucapan awam yang hebat dan berkesan seandainya tahu teknik dan langkah yang betul.

Ramai pengucap hari ini bermula dengan tidak pandai berucap suatu masa dahulu. Selepas melalui latihan dan menggunakan teknik yang betul, kini mereka berjaya menjadi pengucap yang hebat. Berbekalkan latihan dan teknik itulah, hari ini mereka sudah layak digelar JUARA PENTAS.

Bagaimana dengan anda?

Adakah anda ingin digelar JUARA PENTAS?

TENTU ANDA INGIN TAHU

Teknik mengatasi rasa takut sewaktu berada di pentas.
Teknik mengawal pentas dan khalayak menggunakan suara, bahasa, bahasa badan dan karisma.
Teknik berhujah menggunakan fakta, metafora dan gimik sehingga khalayak jatuh cinta mendengarnya.
Panduan praktikal langkah demi langkah mengubah diri daripada TAKUT PENTAS kepada JUARA PENTAS.

Sesuai dibaca oleh pelajar, mahasiswa, golongan profesional dan individu yang ingin menggilap bakat dalam bidang pengucapan awam.

 

Reviews

****

18-06-2009, 11:20 AM

"sesuai dan bagus utk di baca kerana saya tidak pandai berucap selama ini"

*****

25-04-2009, 06:55 PM

"Bijak berbicara mencuit hati memberikan saya keyakinan untuk bercakap di khalayak ramai walaupun saya belum habis membacanya. Keyakinan diri penulis sangat menonjol sehinggakan saya terasa hebat apabila membaca buku beliau."

****

10-07-2008, 11:51 AM

"Amat membantu saya dalam mempelajari teknik-teknik"

*****

28-01-2008, 08:22 PM

"saya ngat ucapan ini lebih dari kt ber ckp sorg2..."

New post

To ensure that a person, not an automated program, is filling this form, please enter the characters you see in this picture. All letters will be shown in their capitalized form.