Mental Development
ISBN: 983-192-734-6
Pengarang: Fazrul Ismail
Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
ISBN: 983-192-734-6
Barcode: 9789831927342
Harga: Semenanjung-RM28
Sabah/Sarawak-RM31
Sinopsis:
Abad 21 adalah abad yang amat mencabar dengan cabaran maklumat yang tidak terbatas di samping era bioinformatik yang mengundang pelbagai teori dalam kehidupan manusia. Abad bioinformatik ini dikaitkan dengan gelombang keempat dunia dan ia memerlukan perspektif menyeluruh dalam memahami alam supaya kita tidak tersasar daripada kebenaran.
Pemikiran sistemik adalah pola pepmbelajaran organisasi di barat yang popular dalam bidang pengurusan. Buku ini menerangkan idea pemikiran sistemik daripada sudut sejarah dan cara mengaplikasikannya dalam kehidupan. Boleh digunakan bagi menyelesaikan masalah sama ada pada peringkat organisasi, agama dan lain-lain. Disusun dengan kaedah yang sistemik, bukan sistematik.
ISBN: 983-2311-15-2
Pengarang: Ainon Mohd.
Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
ISBN: 983-2311-15-2
Bar code: 9-789832-311157
Harga: Semenanjung: RM 25.00
Sabah/Sarawak: RM 28.00
Sinopsis:
Dalam bidang pendidikan, kita menyangka barang siapa lulus cemerlang di sekolah mahupun di universiti akan berjaya juga di tempat kerja dan begitu juga sebaliknya. Kekeliruan ini menyebabkan ibu bapa dan sekolah terlalu mementingkan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan. Ibu bapa mementingkan prestasi peperiksaan sehingga tidak menyangka pendidikan nilai lebih besar pengaruhnya pada kejayaan di tempat kerja berbanding dengan berapa 'A' yang tercatat di dalam slip peperiksaan SPM anak-anak.
Dalam bidang pekerjaan pula, ramai majikan, terutama dalam sektor kerajaan, yang masih terus menunjukkan kekeliruan begini apabila mereka memilih calon pekerja yang mempunyai kelas ijazah satu berbanding calon yang mendapat ijazah kelas tiga.
Dalam bidang pembangunan keusahawanan pula pihak-pihak yang berfungsi membangunkan calon-calon usahawan dan peniaga di kalangan masyarakat Bumiputera, di dalam kursus-kursus yang disediakan, terlalu mementingkan aspek-teknik teknikal dunia perusahaan dan perniagaan sehingga mengabaikan aspek-aspek psikologinya.Di dalam bidang motivasi pula, yang kini bergiat rancak di negara kita, para motivator banyak menekankan aspek pembangunan semangat dan kecekalan sahaja, seolah-olah kedua-duanya itulah faktor yang menjadi syarat utama kejayaan.
ISBN: 983-192-733-8
Nama Pengarang: Mohd. Azhar Abdul Hamid
Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
ISBN:983-192-733-8
Harga Semenanjung: RM 21.00
Blurb/Sinopsis:
Sejauh manakah kita mengetahui potensi dan kebolehan minda yang dianugerahkan Tuhan? Adakah akal yang dikurniakan hanya melakukan kerja-kerja berfikir sahaja?
Buku ini membantu pembaca memahami dan menghayati konsep-konsep asas serta fungsi pemikiran secara menyeluruh dalam kehidupan manusia.
Pembaca juga dapat mengetahui aktiviti dalam minda serta bagaimana ia berfungsi dalam dimensi yang berbeza.
Antara perkara-perkara yang dibincangkan adalah :
Otak
Memori
Kreativiti
Kecerdasan Intelek
Menyelesaikan Masalah
Logik
Mohd. Azhar Abdul Hamid adalah pensyarah di Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
ISBN: 983-192-506-8
Nama Pengarang:Dr. Azlena Zainal & Dr. Munir Shuib
Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
ISBN: 983-192-506-8
Harga Semenanjung RM 17.00
Blurb/Sinopsis:
Kemahiran berfikir adalah antara potensi minda yang sangat penting. Ia berperanan dalam menentukan kejayaan dalam apa jua bidang.
Buku yang ditulis oleh sekumpulan pensyarah dari Universiti Sains Malaysia ini menerangkan kepentingan meningkatkan kemahiran berfikir secara berkesan..Ia juga merangkumi pengaruh emosi dalam pemikiran dan cara-cara mengawal serta mengaplikasikannya dengan baik dan menyelesaikan masalah.
ISBN: 983-3372-72-4
PTS Millennia Sdn Bhd
Harga: RM 23.50 / RM 26.50 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-3372-72-4
Barcode: 9799833372729
Jumlah Halaman: 257 halaman
Sinopsis
Buku khusus kepada pembaca yang mahu bebas daripada kepungan gaya pemikiran lama bagi mempertingkatkan keupayaan pemikiran mereka.
Penulis buku ini mendedahkan ada ciptaan besar tercetus secara tidak sengaja seperti mesin taip yang sebenarnya dicipta untuk mencetak nombor muka surat dan ada juga ciptaan oleh bukan pakar seperti mesin pencuci vakum yang dicipta oleh pembuat jambatan, Hubert Booth.
Buku ini memberi peluang kepada khalayak untuk melatih dan membiasakan diri dengan pemikiran kreatif yang boleh diperoleh secara analatikal, vertikal, kritikal, kreatif, lateral dan paralel.
Penulis menggunakan pendekatan humor dalam penulisan mengenai tekik berfikir baru seperti Teknik Daftar Perniagaan, Teknik Hang Nadim, Teknik Terbalikan dan Terbalikkan, Teknik Perah Otak, Teknik Mayang Mengurai, Teknik Menukar Pintu Masuk serta Teknik Menulis Otak.
ISBN: 983-3372-60-0
PTS Millennia Sdn Bhd
Harga: RM 26.50 / RM 29.50 (Sabah & Sarawak)
ISBN 9833372600
Barcode: 799833372606
Jumlah Halaman: 286 halaman
Tarikh Terbit: 30 March 2005
Skor : [ 5 dari 5 ]
Sinopsis
Buku ini mengandungi panduan befikir untuk menghasilkan pelbagai ciptaan teknikal. Sesuai dijadikan buku teks kurikulum reka cipta untuk peringkat sekolah menengah atas dan memenuhi keperluan kurikulum reka cipta Kementerian Pelajaran Malaysia
ISBN: 983-3372-24-4
PTS Millennia Sdn Bhd
Harga: RM 23.00 / RM 26.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN: ISBN 9833372244
Barcode: 9799833372248
Jumlah Halaman: 235 halaman
Tarikh Terbit: 30 March 2005
Skor : [ 5 dari 5 ]
Sinopsis
Orang yang pandai belajar belum tentu pandai berfikir. Ramai orang yang terpelajar hanya pandai mempertahankan pendapat-pendapat mereka sendiri.
Orang yang pandai belajar belum tentu pandai berfikir. Ramai orang yang terpelajar hanya pandai mempertahankan pendapat-pendapat mereka sendiri.
Ini mereka lakukan dengan cara membelasah dan membuktikan pendapat-pendapat orang lain salah.
Buku ini sangat bermanfaat kepada sesiapa yang berminat untuk memahami jenis-jenis kesilapan berfikir.
ISBN: 983-3372-48-1
PTS Millennia Sdn Bhd
Harga: RM 27.00 / RM 30.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN: ISBN 9833372481
Barcode: 9799833372484
Jumlah Halaman: 291 halaman
Tarikh Terbit: 30 March 2005
Sinopsis
Panduan meningkatkan ketajaman analisis dan membuat keputusan. Berfikir secara logik & kritis adalah sangat penting , terutama untuk menghindari kesilapan semasa membuat pilihan dan mengambil keputusan.
Ramai orang yang padai semasa mereka masih belajar ternyata begitu pandai apabila apabila menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang tepat dalam kehidupan sehari-hari. Mereka melakukan kesilapan-kesilapan yang merugikan diri mereka sendiri dna orang lain yang terjejas oleh keputusan itu.
Keupayaan berfikir secara logik dan kritis adalah kemahiran yang boleh dipelajari secara sistematik oleh sesiapa sahaja.
ISBN: 983-3372-36-8
PTS Millennia Sdn Bhd
Harga: RM 27.00 / RM 30.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-3372-36-8
Barcode: 9799833372361
Jumlah Halaman: 296 halaman
Tarikh Terbit: 28 February 2005
Sinopsis
Buku ini menerangkan bagaimana Manusia Berfikir dan Bertindak. Pakar-pakar Psikologi banyak membuat kajian cara manusia berfikir secara alamiah bagi memahami kaitan sebab-akibat antara psikologi dan cara-cara kita berfikir serta bertindak.
Buku ini menerangkan unsur-unsur psikologi yang menyebabkan orang yang pintar dan berpendidikan tiinggi sekalipun masih membuat keputusan yang salah. Ia juga menerangkan teori-teori dan teknik-teknik psikologi yang digunakan secara professional bagi mempengaruhi cara kita berfikir dan membuat keputusan.
ISBN: 983-3372-12-0
Abdullah Hassan, Ainon Mohd,
PTS Millennia Sdn Bhd
Harga: RM 28.00 / RM 31.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-3372-12-0
Barcode: 9799833372125
Jumlah Halaman: 318 halaman
Tarikh Terbit: 28 February 2005
Sinopsis
Benarkah ada perbezaan kreativiti antara minda Barat dan minda Jepun?
Kreativiti adalah kemahiran yang dapat dipelajari dan dikembangkan. Pengarang buku ini menerangkan pelbagai teknik berfikir secara kreatif yang popular yang digunakan di Barat dan Jepun dengan memberi banyak contoh idea yang terbukti berjaya dalam pasaran. Buku ini juga menerangkan cara-cara sesebuah organisasi dapat memupuk dan mengurus bakat kreatif di kalangan kakitangannya.
ISBN: 983-3603-99-8
PTS Millennia Sdn Bhd
Harga: RM 27.00 / RM 30.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-3603-99-8
Barcode: 9789833603992
Jumlah Halaman: 224 halaman
Tarikh Terbit: 03 October 2006
Sinopsis
Ada otak, ada hati... anugerah Ilahi buat yang mengerti
Akal fikiran tiada fungsi... apabila kosong jiwa dan rohani
Otak adalah salah satu organ tubuh yang membantu kita memahami, menginterpretasikan, mengolah, menterjemah maklumat manakala hati pula lebih kepada ilustrasi spiritual. Otak hanyalah selonggok sel yang tiada fungsi sekiranya tiada rohani. Namun akal dan fikiran juga adalah bukti wujudnya jiwa. Ini kerana sifat seorang khalifah pada jiwa manusia membolehkan kita berfikir mengenai sesuatu yang abstrak. Kerana otak manusia dapat menganalisa dan menilai. Kerana otak juga manusia menjadi kreatif dan inovatif. Akal dan otak jugalah yang menjadi perantara bagi manusia mengenali Tuhannya.
Kolaborasi otak dan hati bukti kebesaran Ilahi.
Buku ini memperlihatkan kajian berkenaan perkaitan antara peranan otak dan hati serta langkah-langkah yang perlu diambil dalam melahirkan manusia cerdas akal dan rohaninya. Bagi membantu pembaca memahami dengan lebih mendalam, penulis menyenaraikan kaedah praktikal berserta contoh dan rujukan daripada Quran.
Buku ini sesuai bagi bacaan para pelajar, guru-guru ataupun mana-mana individu yang berminat mengetahui dengan lebih dalam berkenaan cara-cara bagi meningkatkan potensi kita sebagai manusia. Yang pasti, di akhir buku ini anda akan memahami bagaimana manusia yang hebat itu berasal dari jiwa dan akal yang satu!
ISBN: 983-3494-59-5
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 983-3494-59-5
Harga : RM 19.90
Sinopsis
1. Panduan untuk anda seisi keluarga memperbaiki diri bermula dengan membaiki hati.
2. Teks dipermudahkan dalam bentuk byline,flashers, nota ringkas, subtajuk, quotation dan kisah.
3. Gambar foto yang real memberi gambaran bahawa mencuci dan mengubat hati adalah sesuatu yang real dan mudah dicapai.
4. Ilustrasi yang menarik, humorous dan merehatkan pembacaan anda.
5. Gambar rajah, carta, grafik, hiasan dan jadual menerangkan langkah yang lebih mudah difahami dan senang diingat.
6. Ayat al-Quran, hadis dan doa yang amat berguna untuk hafalan dan rujukan.
BAGAIMANA MENGGUNAKAN BUKU INI?
Buku ini dijadikan modul alternatif pelajaran tasawuf (akhlak)
Baca bersama ahli keluarga dan warga pejabat
Buku ini sesuai dijadikan bahan tarbiah di dalam usrah, tazkirah, sesi kaunseling dan mesyuarat
Jadikan foto dan ilustrasi yang positif sebagai model ikutan
Jadikan foto dan ilustrasi yang negatif sebagai sempadan
Hafal serta baca doa yang terdapat di dalam buku ini
Coretkan pengajaran penting kepada anak-anak melalui memo, coretan, surat, e-mel & SMS
Hasilkan poster dan tampal di dinding rumah atau pejabat untuk dibaca oleh anak-anak atau warga pejabat
Beri nasihat kepada anak-anak dari petikan buku ini
Beli dan beri hadiah buku ini kepada individu tersayang / istimewa
ISBN: 983-3372-25-2
Mohamad Jamil Yaacob,
PTS Millennia Sdn Bhd
Harga: RM 17.00 / RM 20.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-3372-25-2
Barcode: 9789833603256
Sinopsis
Apabila menghadapi masalah peribadi yang rumit dan tidak dapat diselesaikan, bawa berbincang dengan teman rapat.
Kesihatan mental adalah keadaan sejahtera, sempurna pemikiran, emosi dan tingkah laku di mana individu itu dapat berfungsi melakukan kerja sehingga mencapai matlamat. Buku ini menyediakan teknik bagi menghadapi tekanan dalam kehidupan seharian. Ditulis dengan gaya bahasa mudah.
ISBN: 978-983-3372-74-4
Master Your Mind, Design Your Destiny (Versi Bahasa Melayu)
Pengarang : Adam Khoo, Stuart Tan
Penerbit : PTS Millennia Sdn Bhd
Harga : RM 39.90
ISBN : 978-983-3372-74-4;
Sinopsis
Buku tulisan salah seorang pakar motivasi terbaik Singapura yang juga menjalankan program motivasinya di Malaysia. Pengarang buku-buku bestseller, antaranya The Secret Of Self Made Millionaire. Kali ini dia berkongsi beberapa tip menarik menjadikan minda sebagai alat untuk membuka masa depan kita.
1.Kita semua memiliki sumber mental yang diperlukan bagi mencapai kejayaan. Apa yang kurang kita miliki adalah kemampuan mengawal sumber ini.
2.Dengan sumber mental yang kita miliki, kita mampu menarik sumber-sumber fizikal.
3.Kita semua pada asasnya mempunyai sistem neuron yang sama iaitu kira-kira 1,000 bilion neuron. Apa yang membezakan kepandaian dan pola perilaku seorang daripada orang yang lain adalah hubungan-hubungan neuron yang dipengaruhi oleh persekitaran setiap orang.
4.Apabila kita dapat meniru pola mental seorang yang berjaya, maka kita dapat meniru kejayaan orang itu.
Isi Kandungan
Mengapa Anda Perlu Baca Buku Ini?
Penghargaan
Pengenalan
1.Pola Kecemerlangan
2.Formula Kejayaan Unggul
3.Bagaimana Hendak Mencapai Setiap Impian
4.Kunci Kuasa Sepenuhnya
5.Kuasa Kepercayaan yang Luar Biasa
6.Rahsia Prestasi Unggul
7.Mengarahkan Fikiran bagi Mendapatkan Hasil Optimum
8.Menambat: Cara Mengawal Perasaan
9.Perubahan Makna
10.Nilai: Kuasa yang Mendorong
11.Membentuk Matlamat Hidup
12.Bagaimana Mengulangi Kejayaan Siapa Sahaja
Bibliografi
Biodata Penulis
ISBN: 9789830682280
ISBN: 9789673690114
Berjuta-juta orang diseluruh dunia berjaya mengubah hidup mereka melalui The Magic of Thinking Big. Dr David J. Schwarts, pakar motivasi terkenal dapat membantu anda meningkatkan jualan, menguruskan kehidupan anda dengan lebih baik dan memperoleh pendapatan yang lebih tinggi. Apa yang penting, anda memperoleh kebahagian serta ketengangan jiwa yang lebih mendalam.
"Keyakinan adalah termostat yang menentukan kejayaan yang kita mampu capai. Kaji orang yang membiarkan dirinya hanyut dalam arena 'cukup makan'. Nilai yang diletakkan pada dirinya sendiri adalah rendah. Jadi, dia hanya mencapai kejayaan yang bernilai rendah."
"Pemikiran membentuk individu. Yakin yang kejayaan besar mampu dicapai. Laraskan termostat kita ke hadapan.Dengan demikian, kejayaan besar pasti mampu ditawan."
Reviews
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
New post
BUKU TERBARU
Categories
BERITA TERKINI
- 03-09-2010
- Operasi Penghantaran Buku Dihentikan Sementara Waktu Sempena Hari Raya Aidilfitri
- 02-06-2010
- Pembalut Hadiah dan Kad Ucapan Percuma
- 21-05-2010
- Dapatkan Novel-Novel Terbaru di E-kedai.net
- 28-09-2009
- The Next Store Mengambil Alih Pengurusan e-Kedai.net : Kedai Buku Online Anda
- 27-02-2009
- e-Kedai.net Menjadi Pengedar Online Buku Penerbit Universiti Sains Malaysia
















