Loading...

Motivational/Inspirational

View as:  List

Cerita-Cerita Motivasi Untuk Pelajar

ISBN: 983-3603-80-7

Old price: RM19.00

Price: RM17.10

You save: RM1.90 (10%)
-10%
4 item(s)
Cerita-Cerita Motivasi untuk Pelajar

Hamedah Wok Awang,
PTS Millennia Sdn Bhd

Harga: RM 19.00 / RM 22.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-3603-80-7
Barcode: 9789833603800
Jumlah Halaman: 243 halaman

Sinopsis

Himpunan cerita yang ditulis dengan gaya segar dan rangup mengenai manusia-manusia yang besar dan yang kerdil dalam dunia pendidikan.

Cerita-cerita mempunyai daya pengaruh yang kuat dan mendalam kepada jiwa dan pemikiran. Itulah sebabnya cerita-cerita yang disampaikan dengan gaya menarik dapat mendorong orang mengubah sikap, cara berfikir dan tingkah lakunya.

Hamedah pandai bercerita, menghibur, mangajar dan mendorong dengan menggunakan cerita-cerita kecil yang datang daripada apa yang benar-benar pernah berlaku kepadanya sepanjang pengalamannya menjadi guru dan seterusnya menjadi pengetua.

Hamedah pandai bercerita dengan gaya segar dan rangup mengenai manusia-manusia yang besar, yang biasa dan yang kerdil, yang pernah dikenalinya di dalam kawasan sekolah dan dalam dunia pendidikan. Membaca anekdot-anekdot Hamedah menyedarkan kita erti mendalam yang terkandung pada kehidupan biasa-biasa.

Cerita-cerita Motivasi untuk Kekuatan Diri

ISBN: 983-192-866-0

Old price: RM13.00

Price: RM11.70

You save: RM1.30 (10%)
-10%
1 item(s)
Tajuk buku: Cerita-cerita Motivasi untuk Kekuatan Diri
Pengarang: Hamedah Wok Awang
Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
ISBN: 983-192-866-0
Bar Code: 9-789831-928660
Harga: Semenanjung RM 13.00
Sabah/Sarawak RM 16.00

Sinopsis:
Benarlah kata orang, kita tidak tahu apa yang Tuhan takdirkan untuk kita. Tanggal 30 Ogos 1999 kira-kira jam 12.30 tengah hari, saya meninggalkan sekolah dalam keadaan segar-bugar, malah sebelum itu saya sempat bergurau dengan Kak Jay, pembantu tadbir sekolah. Kak Jay bergurau mahu mengikut saya ke mesyuarat Pergerakan Puteri Islam di Kuantan. Saya menjawab, "Tidak boleh, tanpa kebenaran daripada Abang Jak," sebagai membalas gurauan Kak Jay.

Tup-tup kira-kira jam 8.00 malam, saya menjadi penghuni Wad 8 Hospital Mentakab dan dua hari kemudian, dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dan tinggal di sana selama 51/2 bulan. Apabila saya di'discharge', saya keluar sebagai seorang paraplegia!

Benarlah kata orang segala apa yang kita ada di dunia, termasuk kesihatan hanya dipinjamkan oleh Tuhan yang maha berkuasa. Saya dipinjamkan oleh Tuhan sepasang kaki yang boleh berjalan selama 51 tahun. Kini kaki saya tidak lagi boleh menjalankan fungsi utamanya itu. Tetapi kalau Tuhan meminjamkan, Tuhan pasti akan mengambilnya kembali; tidak mustahil Tuhan uji kita dengan sakit kemudian menyembuhkannya. Itulah keyakinan saya!

Benarlah kata orang, saudara mara dan sahabat handai teruji semasa kita dalam kesusahan. Ya Tuhan, daripada pengalam saya semasa saya sedar dan mengikut makluman semasa saya di luar sedar atau concussion, sokongan moral, perhatian, kasih sayang, ucap selamat dan sembahyang hajat serta doa banyak sekali dibuat untuk saya. Agaknya sekarang kita perlu menukar pepatah Melayu: Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis sukar dicari kepada: Kawan menangis senang dicari, kawan berduka banyak sekali. Begitu juga bait lagu P. Ramlee: Kasihnya saudara masa berada; kepada kasihnya saudara masa berduka. Saya sanggup menjadi orang pertama mengesahkan pertukaran itu berdasarkan pengalaman yang saya lalui itu.

Saya tidak kata apabila mengetahui saya mungkin akan kekal sebagai seorang paraplegia, saya terus berkata, "Itu kehendak Tuhan."

Tidak! Sebagai insan biasa yang serba kekurangan, pada suatu peringkat, saya mengalami tekanan perasaan yang amat berat. Membayangkan bagaimana hidup sebagai seorang paraplegia sungguh menakutkan. Maklum sahaja sebagai seorang paraplegia, saya akan terlalu bergantung kepada kudrat dan ihsan orang.

Lebih kurang dua tahun saya hidup 'helpless and useless' mengikut istilah saya ketika itu sehinggalah saya benar-benar berubah. 'Turning point'nya ialah apabila saya dicabar oleh anak saudara saya, Uzair. Uzair mengatakan kepada saya, "Andak, there is nothing wrong abaout you. You just cannot walk. Yang lain-lain semua OK. Ingatan masih kuat, fikiran pun masih tajam."

Ini diikuti dengan hadiah sebuah 'note book' oleh emaknya, Acik Tun. Dalam tempoh berkenaan, malah sebelumnya pun, macam-macam rangsangan, kata-kata semangat dan dorongan yang diterima daripada para doktor, jururawat, sahabat handai, saudara mara malah bekas guru dan pelajar saya.

Kini saya menerima dugaan Tuhan dengan reda dan menjalani hidup normal sebagai seorang paraplegia. Ikutilah pengalaman saya melalui saat-saat ngeri, cemas dan murung sebelum bermaya, ceria semula.

Cerita-cerita Motivasi untuk Jiwa

ISBN: 983-192-578-5

Old price: RM18.00

Price: RM16.20

You save: RM1.80 (10%)
-10%
2 item(s)
Tajuk buku: Cerita-cerita Motivasi untuk Jiwa
Pengarang: Prof. Madya Dr. Shukri Ahmad
Wan Ab. Rahman Khudzri Wan Abdullah
Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
ISBN: 983-192-578-5
Bar Code: 9-789831-925782
Harga: Semenanjung RM 18.00
Sabah/Sarawak RM 21.00

Sinopsis:
Buku ini cuba membantu menyingkap potensi pembaca menjadi orang berjaya. Semasa membaca lembaran buku ini mulailah membangunkan kekuatan dan kebanggaan diri sendiri. Saudara adalah manusia yang amat bertuah kerana mempunyai banyak kelebihan dan sumber kekuatan.

Pendekatan di dalam buku ini adalah berbentuk bacaan ringan yang berkonsepkan motivasi. Isu-isu yang diketengahkan adalah mengenai substance masyarakat. Hakikatnya, isu-isu tersebut adalah isu-isu sebenar mengenai setiap individu. Jika sekiranya individu masyarakat itu baik maka keadaan masyarakatnya juga baik.

Sarjana Islam sendiri mengakui bahawa masyarakat Islam memiliki ikatan-ikatan yang kukuh, kesetiaan terhadap agama yang tinggi sekali berbanding kesetiaan masyarakat bukan Islam.

Wilfred Cantwell Smith, seorang sarjana Barat sendiri umpamanaya dalam buku 'Islam in Modern History' turut mengakui hakikat ini. Beliau menjelaskan 'para pengkaji sudah menemukan suatu penampilan masyarakat Islam. Apa yang jelas masyarakat Islam itu memiliki ikatan-ikatan yang kukuh, kesetiaan di kalangan anggotanya dan mempunyai hubungan sesama mereka dengan sangat berkualiti sekali'.

Berdasarkan komentar tersebut, buku ini memaparkan bentuk-bentuk ikatan keagamaan yang sebenarnya adalah tonggak kepada kebangunan masyarakat Islam di masa dahulu, kini dan akan datang.

Cerita-cerita Motivasi untuk Guru

ISBN: 983-3603-79-3

Old price: RM22.50

Price: RM20.25

You save: RM2.25 (10%)
-10%
2 item(s)
Cerita-Cerita Motivasi untuk Guru

Hamedah Wok Awang,
PTS Millennia Sdn Bhd

Harga: RM 22.00 / RM 25.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-3603-79-3
Barcode: 9789833603794
Jumlah Halaman: 302 halaman
Tarikh Terbit: 15 May 2006

Sinopsis

Himpunan cerita yang ditulis dengan gaya segar dan rangup mengenai manusia-manusia yang besar dan yang kerdil dalam dunia pendidikan

Buku ini patut dibaca oleh guru-guru, terutamanya guru-guru wanita, yang ragu-ragu sama ada mereka layak menyimpan cita-cita mahu menjadi pengetua dan guru besar suatu hari nanti, kerana jawatan itu bakal menguji keupayaan mereka sebagai pemimpin kepada guru-guru lain dan menjadi pendorong kejayaan para pelajar.

Hamedah pandai bercerita, menghibur, mangajar dan mendorong dengan menggunakan cerita-cerita kecil yang datang daripada apa yang benar-benar pernah berlaku kepadanya sepanjang pengalamannya menjadi guru dan seterusnya menjadi pengetua.

Hamedah pandai bercerita dengan gaya segar dan rangup mengenai manusia-manusia yang besar, yang biasa dan yang kerdil, yang pernah dikenalinya di dalam kawasan sekolah dan dalam dunia pendidikan. Membaca anekdot-anekdot Hamedah menyedarkan kita erti mendalam yang terkandung pada kehidupan biasa-biasa.

Cerita-cerita Motivasi untuk Pemimpin

ISBN: 983-3603-92-0

Old price: RM18.00

Price: RM16.20

You save: RM1.80 (10%)
-10%
5 item(s)
Cerita-cerita Motivasi untuk Pemimpin

Fauzul Na'im Ishak, Mohd Fadzilah Kamsah,
PTS Millennia Sdn Bhd

Harga: RM 18.00 / RM 21.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-3603-92-0
Barcode: 9789833603923
Jumlah Halaman: 240 halaman

Sinopsis

Memuatkan himpunan cerita-cerita benar yang diambil daripada sumber-sumber sejarah.

Ramai tokoh Islam pada zaman Nabi Muhammad memiliki sifat-sifat yang baik sebagai pemimpin. Para pemerintah dan pemimpin Islam pada masa itu mencerminkan keperibadian yang mulia. Mereka menonjolkan ciri-ciri seperti sabar, bersedekah dan tegas dalam kepimpinan.

Memupuk Semangat Sanggup Berkorban

ISBN: 983-192-169-0

Old price: RM23.00

Price: RM20.70

You save: RM2.30 (10%)
-10%
10 item(s)
Tajuk Buku:Memupuk Semangat Sanggup Berkorban
Nama Pengarang: Prof. Dr Mohamed Hatta Shaharom, Dr. Noor Aini Raini, Dr. Muhammad Munawar
Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
ISBN:983-192-169-0
Harga Semenanjung:RM 23.00
Blurb/Sinopsis:
Sebuah buku yang mencatatkan rakaman perjalanan penulis ketika menyertai beberapa misi kemanusiaan di tiga negara yang bertelingkah, Iraq, Kosova dan Afghanistan.
Pelbagai pengalaman pahit dan manis turut dirakamkan di dalam buku kecil ini yang dapat membantu para pembaca memupuk semangat ingin berkorban, sama ada di negara orang mahupun di negeri sendiri.
Baik kepada sesiapa yang berhasrat menabur bakti dan meringankan beban golongan yang malang.

Ku Temui Jalan Pulang

ISBN: 983-978-243-6

Old price: RM10.00

Price: RM9.00

You save: RM1.00 (10%)
-10%
1 item(s)
Ku Temui Jalan Pulang
Penulis : ummiroses
Penerbit : JIM Media
ISBN : 983-978-243-6
Harga : RM10.00

Sinopsis

Rupa-rupanya banyak perkara dalam kehidupan yang ku tinggalkan. Perjara yang menjadi kewajipan sebagai seorang Islam telah lama tidak ku laksanakan. Di Raushatus Sakinah, aku mula belajar dan mengamalkan kembali tuntutan-tuntutan agama terhadapku.Aku benar-benar insaf. Kepada kawan-kawan di luar sana, jagalah maruah kewanitaan kalian dengan sebaik-baiknya. Seorang lelaki jarang akan bertanggungjawab apabila sudah melakukan perzinaan dengan seorang wanita. Akhirnya wanita jugalah yang akan menanggung kesannya sampai bila-bila.

Setengah Berisi Setengah Kosong

ISBN: 978-983-3603-42-8

Old price: RM22.00

Price: RM19.80

You save: RM2.20 (10%)
-10%
4 item(s)

Setengah Berisi Setengah Kosong
Pengarang : Parlindungan Marpaung
Penerbit : PTS Millennia Sdn Bhd
Harga : RM 22.00
ISBN : 978-983-3603-42-8

Sinopsis

Agar Minda Sentiasa Positif & Hidup Lebih Bermakna.

Sebagai manusia, kita berhadapan dengan realiti perubahan emosi yang tidak dapat dijangka apabila berhadapan dengan satu situasi. Ada kalanya kita bersemangat dan ada kalanya murung. Ada kalanya kita ceria, gembira dan ada kalanya sedih. Ada kalanya kita rasa optimis dan ada kalanya pesimis.

Apakah faktor yang menentukan respons kita pada situasi itu?

Jawapannya adalah PERSPEKTIF.

Setengah Berisi, Setengah Kosong? menyajikan kisah-kisah inspirasi yang mampu membetulkan perspektif kita terhadap apa jua situasi yang dihadapi. Lebih daripada itu, kisah-kisah inspirasi yang dimuatkan di dalam buku ini dapat membangunkan dan memacu rasa optimistik dalam hidup. Rasa optimistik yang membangkitkan kesedaran bagi mengenali masalah dan respons terbaik kepada masalah itu. Rasa optimistik yang membangkitkan rasa percaya, setiap masalah dan cabaran dapat diatasi. Rasa optimistik yang membina kekuatan untuk berhadapan dengan perkara negatif secara positif. Rasa optimistik yang apabila berhadapan dengan situasi buruk, namun masih mengharapkan yang terbaik. Mempunyai alasan untuk rasa geram, tetapi memilih untuk tersenyum.

Isi Kandungan

Mengapa Anda Perlu Baca Buku Ini
Berfikir Positif dan Kreatif
Prakata

Bahagian 1: Kasih Sayang Berkongsi
Ciuman Seorang Ibu
Harga Waktu Ayah
Hukuman
Rumah
Segelas Susu
Keajaiban 1 Dollar 11 Sen
Pakcik yang Bijak
Oh Mama
Telinga Si ibu

Bahagian 2: Komunikasi Mengharung Jeram
Bagi Muka
Hati yang Menyapa
Ketulusan Grand Preanger Bandung
Balik Kampung
Panjat Pinang
Payung Terjun
Sahabat
Membakar Jambatan
Bayi
Kisah Si Gajah
Jerung Kecil Kehidupan
Kesempatan
Kisah Dua Ekor Katak
Menyanyi
Setengah Berisi Setengah Kosong
Si Suraya
Siapa yang Mendorong Kita
Cicak yang Tuli
Tugu
Pertolongan di Musim Sejuk
Air Terjun Niagara
Anjing dan Belalang
Biji Kopi
EQ di Tempat Kerja
Gara-gara Popia
Kenikmatan yang Memusnahkan
Kerja dan Kesejahteraan
Kisah Lipas Kecil
Kupu-kupu
Lemparan Batu dan Pilihan
Merdeka 177
Risiko Lentera Kehidupan
Rumah Tukang Kayu
Tahun Baru
Tikus
Tukang Batu
Badrun Ketinggalan Pesawat
Bersahabat dengan Tujuan
Burung Kanada
Genghis Khan
Menjual Keldai
Tabiat
Keldai
Petani dan Kuda
Semai dan Tuai
Tauladan
Tertawa
Ujian Hidup
Aku Bukan Ayam
Hakikat Pagar
Penceramah Kebingungan
Pengorbanan Demi Orang Lain
Biodata Penulis


Gagal Tapi Cemerlang

ISBN: 978-983-3316-37-3

Old price: RM12.90

Price: RM11.61

You save: RM1.29 (10%)
-10%
4 item(s)

Gagal Tapi Cemerlang
Pengarang : Alif Redzuan
Penerbit : KarnaDya
ISBN : 978-983-3316-37-3
Harga : RM12.90

Sinopsis:

Hanya orang yang berjiwa kecil suka mengalah. Namun orang yang hebat akan membuat anda berasa lebih hebat juga. Pilihlah untuk menjadi hebat!

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda,  "Sembilan daripada sepuluh punca rezeki adalah dalam perniagaan." Oleh sebab itu, sekalipun anda gagal dalam dunia akademik mahupun ke menara gading, anda masih ada peluang untuk menjadi cemerlang. Buku ini akan membawa anda untuk bertemu dengan mereka yang pernah gagal tetapi kini cemerlang!

Buku ini memberikan inspirasi dan aspirasi untuk mereka yang ingin hidup cemerlang!


Dahsyatnya Qiamullail

ISBN: 983-3372-50-3

Old price: RM10.90

Price: RM9.81

You save: RM1.09 (10%)
-10%
1 item(s)
Pengarang: Mahmudin Abdullah Penerbit: PTS Millenia Menyingkap mukjizat, manfaat dan keistimewaan ibadah qiamullail bagi meningkatkan kelazatan iman.

Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif

ISBN: 978-983-3494-33-1

Old price: RM19.90

Price: RM17.91

You save: RM1.99 (10%)
-10%
1 item(s)
Pengarang: Dato' Dr. Hj. Fadzilah Kamsah Penerbit: Telaga Biru Anak ialah cahaya mata penawar hati ibu dan ayah. Inilah ikatan kasih yang paling istimewa dalam hidup ini. Anak juga sebahagian daripada ujian Allah. Kesabaran dalam mendidik anak-anak, diuji dengan...[more]

Ada Bagus Baguss

ISBN: 978-983-3494-72-9

Old price: RM25.90

Price: RM23.31

You save: RM2.59 (10%)
-10%
1 item(s)
Pengarang: Dr. HM Tuah Iskandar Penerbit: Telaga Biru Menulis daripada pengalaman yang telah beliau lalui sepanjang kehidupan; dari era persekolahan hingga masa kini. Daya imaginasi-nya cukup tinggi. Beliau se-gera nampak dan meng-analisa di sebalik apa yang...[more]

Tip Menjadi Pelajar IPT Cemerlang

ISBN: 978-983-3494-90-3

Old price: RM19.90

Price: RM17.91

You save: RM1.99 (10%)
-10%
1 item(s)
Pengarang: Dato' Dr. Hj. Fazilah Kamsah Pengarang: Telaga Biru   IPT merupakan institusi tertinggi pengajian di mana-mana negara di dunia. IPT mempunyai budaya yang tersendiri. Pelajar sekolah menengah belum kenal dengan budaya ini. Buku ini mendedah...[more]

Mutiara Pelajar

ISBN: 978-967-5102-09-7

Old price: RM20.00

Price: RM18.00

You save: RM2.00 (10%)
-10%
1 item(s)
Pengarang: Prof. Madya Hj. Md. Izuddin Hj. Ali Penerbit: Telaga Biru   Buku MUTIARA PELAJAR ini ialah himpunan kata-kata motivasi dari sedutan ayat al-Quran, hadis, kata hukama, bijak pandai, ahli motivasi, pendidik dan sebagainya. Kata-kata ini diulas...[more]

Rahsia Cemerlang Di IPT

ISBN: 978-967-5102-38-7

Old price: RM9.00

Price: RM8.10

You save: RM0.90 (10%)
-10%
1 item(s)
Pengarang:Dato' Dr. Hj. Fazilah Kamsah Penerbit: Telaga Biru Buku ini merupakan ringkasan daripada buku “Tip Menjadi Pelajar IPT Cemerlang”. Tip dan amalan dipersembahkan dalam bentuk yang lebih mudah dan santai. Sebuah yang “MESTI...[more]

Rahsia Minda Hebat

ISBN: 978-967-5102-37-0

Old price: RM26.00

Price: RM23.40

You save: RM2.60 (10%)
-10%
1 item(s)
Pengarang: Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamood & Hj. Muhammad Zakaria Penerbit: Telaga Biru   Buku ini memberi panduan untuk pelajar, remaja, ibu bapa, guru dan setiap individu yang ingin meningkatkan keupayaan diri. Teks dipermudahkan dalam bentuk...[more]

 

Reviews

*****

19-06-2009, 12:11 PM

" BELUM ADA UTK DIULASKAN"

New post

To ensure that a person, not an automated program, is filling this form, please enter the characters you see in this picture. All letters will be shown in their capitalized form.