Loading...

Self Help

View as:  List

55 Petua Orang Berjaya (Edisi Kemaskini)

ISBN: 983-3372-86-4

Old price: RM19.50

Price: RM17.55

You save: RM1.95 (10%)
-10%
1 item(s)
Mohd Fadzilah Kamsah, Ahmad Fadzli Yusof,
PTS Millennia Sdn Bhd

Harga: RM 19.00 / RM 22.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-3372-86-4
Barcode: 9799833372866
Jumlah Halaman: 200 halaman

Sinopsis:

“Ketahuilah tidak ada jalan singkat untuk berjaya, melainkan dengan berusaha mengikut cara yang betul.”

Semua inginkan kejayaan. Mungkin kerana itu juga, saudara memegang buku ini sekarang kerana bercita-cita hendak berjaya. Tetapi tidak semua yang tahu jalan menuju kejayaan. Ada yang berjaya dan ada yang belum berjaya. Yang berjaya berkongsi kejayaan mereka dan yang belum berjaya terus berusaha.

Buku ini adalah himpunan idea-idea kejayaan yang dikongsi oleh mereka yang berjaya. Ia adalah petua bagaimana mereka menguruskan hidup mereka sehingga mendaki puncak kecemerlangan dan keunggulan. Mereka ini pernah menyusuri jalan yang sepatutnya untuk berjaya. Mereka tahu lorong yang lurus ataupun lorong yang bengkok, duri yang menikam ataupun pohon yang merimbun, madu yang mengubati ataupun racun yang memudaratkan.

Nah! Sekarang saudara tidak perlu bersusah payah lagi untuk meraba-raba panduan yang kita inginkan selama ini. Lima puluh lima petua dalam buku ini dikutip daripada pelbagai sumber termasuk daripada Quran dan hadis, sejarah, tokoh-tokoh antarabangsa, tokoh-tokoh tanah air dan banyak lagi. Pendek kata, buku ini sudah hampir mencukupi apabila saudara inginkan perubahan.

Secara ringkasnya, petua-petua ini merangkumi beberapa aspek antaranya aspek membina diri dalam pengurusan hidup, aspek pengurusan masa dan pengurusan kerja. Dalam erti kata lain, selain memberikan saudara semangat baru, ia juga memberikan idea-idea pengurusan hidup saudara seperti mengawal urus masa, dorongan bekerja, mengatasi penangguhan, teknik-teknik bekerja, mengagihkan tugasan, bekerja dalam pasukan, berkomunikasi, bermesyuarat, meningkatkan konsentrasi dan banyak lagi. Saudara dapat menikmati kehebatan petua dalam buku ini hanya apabila saudara membacanya.

Terima kasih kerana sudi menatap buku ini. Jika bomoh dapat memberikan petua untuk sentiasa bertenaga dan kuat mungkin buku ini dapat memberikan saudara petua bagaimana hendak menjadi sangat berjaya. Selamat membaca....
Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah
Ahmad Fadzli Yusof

Tip-tip Cemerlang daripada Quran

ISBN: 983-3372-20-1

*****

Old price: RM29.00

Price: RM26.10

You save: RM2.90 (10%)
-10%
4 item(s)
Danial Zainal Abidin,
PTS Millennia Sdn Bhd

Harga: RM 29.00 / RM 32.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-3372-20-1
Barcode: 9799833372200
Jumlah Halaman: 312 halaman
Tarikh Terbit: 16 August 2005

Sinopsis

Pada suatu masa, umat Islam berjaya mencapai tahap kecemerlangan yang tinggi. Kecemerlangan mereka diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Mereka berjaya menjadi global champion.Apakah faktor yang menyebabkan mereka cemerlang?

Umat Islam adalah umat terbaikyang dikeluarkan kepada manusia. Pada suatu masa, umat Islam berjaya mencapai tahap kecemerlangan yang tinggi. Kecemerlangan mereka diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Mereka berjaya menjadi global champion.

Apakah faktor yang menyebabkan mereka cemerlang? Apakah proses-proses yang perlu dilalui? Apakah 'peta' yang digunakan sehingga menjadikan mereka manusia unggul dan cemerlang?

Islam tidak memandang kecil kecemerlangan di dunia. Malah, ia adalah alat bagi mancapai kecemerlangan akhirat. Namun begitu, jalan kecemerlangan memerlukan peta. Quran adalah peta yang lengkap lagi sempurna. Buku ini memberikan semangat baru dengan tip-tip cemerlang yang diolah daripada Quran.

Tip Menjadi Individu Menarik

ISBN: 983-3372-14-7

Old price: RM22.00

Price: RM19.80

You save: RM2.20 (10%)
-10%
3 item(s)
Mohd Fadzilah Kamsah, Ahmad Naim Jaafar,
PTS Millennia Sdn Bhd

Harga: RM 22.00 / RM 25.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-3372-14-7
Barcode: 9799833372149
Jumlah Halaman: 240 halaman

Sinopsis

Buku ini menerangkan konsep cantik dan tampan dari dalam diri. Individu itu dikatakan menarik apabila mereka cantik dan tampan dari dalam diri. Buku ini juga menjelaskan bagaimana fenomena jatuh cinta berlaku. Ia juga menyimpulkan konsep menarik pada pandangan Tuhan. Ia menawarkan tip dan teknik praktikal bagaimana membina personaliti menarik.

Ramai yang mahu menjadi seorang yang menarik. Maka mereka membelanjakan wang yang banyak bagi membeli baju yang cantik supaya kelihatan menarik. Ramai orang yang pergi ke gim untuk menjaga kesihatan. Lebih daripada itu ia bertujuan menjadi lebih cantik dan menarik. Selain daripada itu, banyak produk melangsingkan badan di pasaran. Mereka mengambil produk itu untuk kesihatan dan juga impian supaya dilihat lebih cantik dan menarik.
Ramai orang yang mementingkan fesyen pakaian, rambut dan lain-lain aksesori tambahan. Lebih hebat lagi ada orang yang menjalani pembedahan plastik bagi mendapat bentuk bahagian badan tertentu yang menarik. Mereka menghabiskan wang dengan banyak bagi tujuan-tujuan itu. Apabila seorang memiliki penampilan fizikal yang menarik tetapi begitu negatif dan ber-fikir secara tertutup, mereka menjadi orang yang membosankan.

Satu lagi faktor yang menyebabkan orang dianggap menarik adalah mereka melakukan sesuatu yang luar biasa. Kita mungkin pergi menjelajah ke bulan ataupun mendaki gunung Everest supaya menjadi orang yang menarik. Kita mungkin jatuh cinta dengan Siti Nurhaliza supaya menjadi lebih menarik.

Kita boleh menjelajah mengelilingi dunia berbasikal bagi menjadi orang yang menarik ataupun tidur dengan ribuan kala jengking dalam usaha memecahkan rekod dunia bagi menjadi orang yang menarik. Sekiranya kita mahu melakukan perkara seperti itu, ia terserah kepada kita. Tetapi hakikatnya adalah kita dapat menjadi orang yang menarik dengan melakukan perkara yang biasa sahaja. Unsur-unsur penarik berada dalam diri kita. Buku ini membongkarkan rahsia bagaimana menjadi individu yang menarik tanpa membelanjakan wang yang banyak dan tanpa melakukan perkara yang luar biasa.

7 Formula Individu Cemerlang

ISBN: 983-3372-85-6

Old price: RM33.00

Price: RM29.70

You save: RM3.30 (10%)
-10%
4 item(s)
Danial Zainal Abidin,
PTS Millennia Sdn Bhd

Harga: RM 33.00 / RM 36.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN: ISBN 983-3372-85-6
Barcode: 9799833372859
Jumlah Halaman: 381 halaman

Sinopsis

Buku ini membongkar rahsia kejayaan dan kecemerlangan individu sejak beribu tahun.

Pernah terfikir bagaiman golongan Arab yang jahil dapat berubah menjadi segolongan manusia mulia yang dapat menguasai hampir seluruh dunia? Bagaimanakah mereka dapat mencapainya dalam masa yang singkat? Apakah yang mendorong mereka berubah dan berjaya?

Masa kini, banyak buku motivasi ditulis oleh pakar-pakar motivasi barat seperti Zig Ziglar, Napoleon Hill dan lain-lain.Buku ini menonjolkan kelainan dengan mengambil formula-formula motivasi daripada Quran. Formula ini sudah digunakan sejak beribu tahun dahulu dan terbukti berjaya menghasilkan individu cemerlang.

Buku yang mesti dibaca oleh individu yang hendak berubah apabila dunia berubah.

Sibuk ataupun Penyibuk?

ISBN: 983-3372-91-0

Old price: RM20.00

Price: RM18.00

You save: RM2.00 (10%)
-10%
5 item(s)
Ahmad Fadzli Yusof,
PTS Millennia Sdn Bhd

Harga: RM 20.00 / RM 23.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN: ISBN 983-3372-91-0
Barcode: 9789833372911
Jumlah Halaman: 202 halaman
Tarikh Terbit: 14 June 2006
Skor : [ dari 5 ]


Sinopsis

Tidak ada masa? Betulkah? Dapatkan kepastian dengan membaca buku ini.

Apabila kita sentiasa berkata kita tidak ada masa, maka sampai bila pun kita tidak akan ada masa. Betul ataupun tidak? Semuanya terpulang pada diri kita sendiri.

Tindakan yang positif bagi menggunakan masa dengan bijak sudah tentu membawa hasil yang positif. Jadi, bagaimanakah caranya menggunakan masa dengan efektif? Ada beberapa cara. Antaranya adalah:

1. Merancang masa dengan baik
2. Menentukan prioriti
3. Tidak bertangguh

Ingin tahu dengan lebih lanjut? Jawapannya ada di dalam buku ini. Selamat membaca!

Merancang Kejayaan

ISBN: 983-3603-47-5

Old price: RM23.00

Price: RM20.70

You save: RM2.30 (10%)
-10%
5 item(s)
Noor Shamshinar Zakaria, Ahmad Zabidi Ab Razak, Mohd Fadzilah Kamsah,
PTS Millennia Sdn Bhd

Harga: RM 23.00 / RM 26.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-3603-47-5
Jumlah Halaman: 251 halaman



Sinopsis

Bagi mencapai kejayaan, perancangan perlu dibuat, bukan mengharap kebetulan semata-mata.

Buku ini menonjolkan individu berjaya tidak hanya
daripada aspek akademi sahaja, malah meliputi aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek. Antara yang dibincangkan adalah

Pengurusan diri
Mengenali diri dan melakukan perubahan
Menetapkan matlamat diri
Memahami halangan-halangan kejayaan
Membina kemahiran untuk berjaya
Kejayaan sebenar

Positif untuk Berjaya

ISBN: 983-3372-16-3

Old price: RM18.00

Price: RM16.20

You save: RM1.80 (10%)
-10%
1 item(s)
Ahmad Zabidi Ab Razak, Mohd Fadzilah Kamsah, Nur Hanani Hussin,
PTS Millennia Sdn Bhd

Harga: RM 18.00 / RM 21.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN: ISBN 983-3372-16-3
Barcode: 9799833372163
Jumlah Halaman: 176 halaman
Tarikh Terbit: 12 August 2005

Sinopsis

Bagi mereka yang ingin menjadi seperti rama-rama yang keluar dari kepompong, bukan katak di bawah tempurung.

Buku ini dapat membantu individu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri bagi memantapkan penampilan serta kecemerlangan diri. Di samping itu, ia membantu membina diri menjadi cemerlang melalui kekuatan dalaman diri. Terdapat isi buku yang disampaikan berkonsepkan pembelajaran berasaskan masalah. Diselitkan juga motivasi berasaskan Quran dan hadis.

7 Formula Hidup Sukses

ISBN: 983-3372-08-2

Old price: RM23.00

Price: RM20.70

You save: RM2.30 (10%)
-10%
3 item(s)
Jaafar Muhammad,
PTS Millennia Sdn Bhd

Harga: RM 23.00 / RM 26.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN: ISBN 9833372082
Barcode: 9799833372088
Jumlah Halaman: 256 halaman
Tarikh Terbit: 01 May 2005

Sinopsis

Pegangan hidup yang menentukan nilai dan membentuk sikap individu. Tingkah laku adalah cermin bagi pegangan hidup. Salah laku, disiplin diri yang rendah, menyeleweng, membazir, sombong, mudah kecewa, tidak yakin, malas, penakut dan kedekut berpunca daripada pegangan hidup yang keliru.

Segala ingatan dan puji-pujian hanya kepada Tuhan, tuan punya seluruh alam yang maha pengasih lagi maha penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan yang dikasihi Nabi Muhammad pemimpin dan pendidik umat yang agung.

Sebahagian besar kandungan buku ini adalah hasil dari-pada pengalaman dan kajian saya semasa bertugas di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan pada tahun 1988 hingga 1999. Saya menjalankan pelbagai pen-dekatan mengajar saudara baru dan berdialog dengan yang bukan Islam, berdepan dengan pelbagai latar belakang bangsa dan agama. Saya juga banyak menerima input-input pengalaman dan pembacaan ke atas kekeliruan masyarakat Islam dan bukan Islam khususnya semasa mengendalikan rancangan Dialog Tasawwur Islam di Radio Malaysia Negeri Sembilan sejak 1992 hingga 1998.

Daripada kajian dan pengalaman, saya membuat kesimpulan salah laku masyarakat Islam dan respon yang tidak baik daripada masyarakat bukan Islam ke atas Islam adalah berpunca daripada kekeliruan asas dalam kehidupan iaitu berkenaan Tuhan, tanggapan ke atas alam, manusia, kerasulan dan akhirat.

Perilaku adalah cermin kepada pandangan hidup yang membentuk nilai dan sikap individu. Kejadian salah laku, disiplin diri yang rendah, menyeleweng, membazir, anomic, sombong, mudah kecewa, tidak yakin, malas, penakut, kedekut, inferiority complex dan sikap-sikap negatif berpunca daripada pandangan hidup yang keliru. Sedangkan, tauhid dan pandangan hidup yang benar membentuk nilai dan sikap yang positif.

Sesungguhnya, manusia adalah harta Tuhan yang bernilai. Potensi dan kualiti diri manusia bergantung pada apa yang ada dalam jiwa iaitu hati dan akal. Sebagai orang kepercayaan Tuhan, kita diamanahkan supaya menjaga dan membangunkan hartanya di bumi ini.

Tuhan menyatakan dalam surah al-Ahzab ayat 72 yang bermaksud, “Dua punca utama manusia mengkhianati amanah Allah iaitu kesesatan hati dan kekeliruan akal.” Kesesatan yang bahaya adalah tidak kenal dan mensyirikkan Tuhan. Manakala, kekeliruan yang ketara adalah kekeliruan berkenaan kehendaknya.

7 Formula Hidup Sukses adalah modul latihan yang menggunakan pendekatan tauhid secara aplikasi dalam membangunkan harta Tuhan yang bernilai ini supaya mereka berperanan menjaga dan memajukan harta Tuhan yang lain dengan baik dan betul iaitu sesuai dengan kehendaknya.

Saya banyak menerima maklum balas daripada sahabat-sabahat yang mengatakan 7 Formula Hidup Sukses berkesan sebagai asas pengurusan nilai dan budaya organisasi. Khususnya dalam membentuk pandangan hidup dan cara berfikir.

Modul ini pernah dijadikan sebagai asas kepada pelaksanaan Pengurusan Strategik Transendental oleh Koperasi Belia Islam (M) Bhd, asas penghayatan nilai-nilai Kristal Telekom Selangor, asas pembinaan team building kepada Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri Sembilan, program retreat kakitangan dan pensyarah Kolej Negeri Sembilan, asas induksi kakitangan Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) Jalan Ipoh Kuala Lumpur, program retreat Kampung Baru Medical Center Kuala Lumpur dan program motivasi kepada pekerja-pekerja On Semiconductor di SCG Industries Malaysia Sdn Bhd Seremban.

Bagi tujuan latihan, saya mengubahsuai tajuk, istilah dan pendekatan supaya menepati kumpulan sasar dan objektif yang ingin dicapai. Namun begitu, asasnya tidak lari daripada membangunkan pandangan hidup tauhid sebagaimana yang terkandung dalam 7 Formula Hidup Sukses.

Kejayaan dari Dalam

ISBN: 983-3376-93-2

Old price: RM23.00

Price: RM20.70

You save: RM2.30 (10%)
-10%
2 item(s)
Ainon Mohd,
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Harga: RM 23.00 / RM 26.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-3376-93-2
Barcode: 9789833376933
Jumlah Halaman: 218 halaman
Tarikh Terbit: 31 December 2004
Skor : [ dari 5 ]

Sinopsis

Sains sudah membuktikan individu yang berjaya mempunyai ciri psikologi yang berbeza daripada mereka yang kurang berjaya. Kenali diri sendiri sama ada kita tergolong sebagai orang yang berjaya ataupun sebaliknya.

Kejayaan kerjaya, profesion dan kehidupan bergantung kepada dua jenis faktor, yakni faktor dalaman dan faktor luaran. Antara kedua-duanya, faktor dalaman memainkan peranan yang lebih besar menentukan kejayaan. Apa yang dikatakan ‘faktor dalaman’ adalah ciri-ciri psikologi seseorang. Namun, bagi kebanyakan orang mereka menyangka faktor-faktor luaran amat kritikal ke atas kejayaan.

Buku ini ditulis bagi menerangkan jenis-jenis faktor dalaman yang amat penting pengaruhnya ke atas kejayaan. Mudah-mudahan dengan cara penerangan yang dituliskan dalam bahasa mudah ini pembaca mendapat gambaran jelas tentang ciri-ciri psikologi yang perlu dikembangkan dalam diri seseorang sebagai persediaan bagi mencapai kejayaan.

Bahan-bahan dalam buku ini sudah diterangkan dalam buku-buku saya yang lebih awal, tetapi dalam buku ini bahan-bahan itu diolah semula bagi memudahkan lagi kefahaman, khususnya bagi pembaca yang tidak datang daripada bidang psikologi.

Buku ini ditujukan kepada:
Pembaca individu yang mahu meningkatkan lagi prestasi kejayaan mereka sekarang.
Guru-guru yang mahu meningkatkan lagi prestasi mereka sebagai pendorong kepada para pelajar.
Ibu bapa yang mahu membantu anak-anak mereka berjaya, baik di sekolah apatah lagi selepas tamat persekolahan.

Mudah-mudahan penerangan yang mudah di dalam buku ini dapat membantu ketiga-tiga golongan sasaran di atas dengan lebih berkesan.

Ainon Mohd.

Daripada Baik kepada Hebat: 30 Cara Berfikir untuk Menjadi Eksekutif Cemerlang

ISBN: 983-3603-87-4

Old price: RM21.00

Price: RM18.90

You save: RM2.10 (10%)
-10%
4 item(s)
Samsudin Wahab,
PTS Millennia Sdn Bhd
Harga: RM 21.00 / RM 24.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-3603-87-4
Barcode: 9789833603879
Jumlah Halaman: 192 halaman

Sinopsis

Siapa yang baik dan siapa pula layak bergelar hebat?

Satu tahun dari sekarang, siapakah yang akan bergelar insan yang hebat?
Lima tahun dari sekarang, siapakah yang akan memiliki pesona yang unggul?
Sepuluh tahun dari sekarang, siapakah yang akan berjaya dalam hidup?
Tidak tahu?

Pandanglah ke dalam cermin puas-puas... itulah orangnya.
Ya, andalah orang yang layak dan berpotensi menjadi orang yang hebat!
Jangan ragu-ragu…
Masanya sudah tiba.
Kini sudah bermula.
Usah bertangguh, bertindaklah dengan segera!

Keluarlah.
Keluarlah dari kepompong kemunduran dan dakilah gunung kejayaan.
Gunung kecemerlangan.
Gunung kehebatan.
Hebat… hebat… dan terus hebat!
Lakukannya sekarang.

Cemerlang & Menang Cara Bola Sepak

ISBN: 983-3603-95-5

Old price: RM22.00

Price: RM19.80

You save: RM2.20 (10%)
-10%
5 item(s)
Ahmad Fauzan Othman, Shebby Singh,
PTS Millennia Sdn Bhd

Harga: RM 22.00 / RM 25.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-3603-95-5
Barcode: 9789833603954
Jumlah Halaman: 208 halaman

Sinopsis

Strategi berpasukan untuk berjaya.

Gila bola sepak? Teruskan kegilaan itu walaupun di luar padang. Jadi pemain terbaik di medan tempur sendiri. Dunia bulat kerjaya. Digeruni lawan. Disukai kawan. Sekiranya sebelum ini anda pernah mendengar kata-kata ‘seni meniru kehidupan’ (art imitating life), di dalam buku ini, anda diperkenalkan dengan konsep ‘sukan menjadi teladan dalam kehidupan seharian’. Oleh itu, sama-sama kita membuka minda, mengkaji dan mengambil pengajaran daripada sukan yang digelar ‘permainan yang indah’ (the beautiful game) ini. Bagaimana bola sepak menjadi contoh yang cukup relevan supaya kita dapat mempelajari konsep pengurusan. Ada apa dengan bola sepak? Perkara-perkara yang dapat ditiru dan diteladani daripada strategi permainan ini adalah:

1. Konsep kerja berpasukan
2. Konsep komunikasi berkesan
3. Cara-cara menetapkan matlamat
4. Ciri-ciri pemimpin yang baik

Apa kata Shebby (Ketua Jurulatih MyTeam)-Buku ini patut dimiliki oleh individu yang terlibat di dalam dunia pengurusan sukan khususnya dan juga bidang pengurusan awam. Bagaimana strategi, taktik dan kemahiran permainan bola sepak dapat diaplikasikan untuk berjaya dalam kerjaya dan di tempat kerja. Anda ketua? Ingin memilih pemain yang sesuai bagi sesuatu jawatan? Anda pekerja? Ingin diberi kepercayaan sebagai teraju utama? Bola sepak dan pengurusan adalah hubungan dalaman yang saling berkait. Sepak Mula!

Anda Ingin Menjadi Seorang Gentleman?

ISBN: 983-3372-18-X

Old price: RM21.00

Price: RM18.90

You save: RM2.10 (10%)
-10%
5 item(s)
Mohd Fadzilah Kamsah, Ahmad Naim Jaafar,
PTS Millennia Sdn Bhd

Harga: RM 21.00 / RM 24.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-3372-18-X
Barcode: 9799833372187
Jumlah Halaman: 224 halaman

Sinopsis

Ramai lelaki ingin menjadi gentleman. Golongan wanita pula inginkan lelaki yang gentleman.

Menjadi gentleman adalah tujuan hidup paling akhir dalam mengenal diri sendiri.

Tahniah kerana anda membaca buku ini. Sama ada anda beli, pinjam, dapat hadiah daripada kekasih ataupun secret admire dan sekadar baru belek-belek di kedai buku, apa yang penting anda perlu berlaku adil kepada diri anda kerana berusaha bagi mengetahui teknik, tips dan cara bagaimana menjadi gentleman.

Selamat datang ke dunia gentleman. Buku ini adalah kod lengkap bagaimana anda dapat menjadi seorang budiman. Pelbagai definisi dikupas bagi mengenalpasti apakah perkara-perkara yang menjadikan individu gentleman?

Dahulu orang percaya ingin menjadi gentleman, anda perlu membaca majalah GQ (Gentleman Quarterly) ataupun berperi laku dengan gaya ala James Bond dengan sut lengkap berlapis-lapis. Di Malaysia kita ada cara kita sendiri. Secara logiknya, kita bukan berada di London ataupun Paris! Tidak ada salji yang sudi turun di Malaysia. Ingat suhu di Kuala Lumpur sekitar 31 hingga 39 darjah celsius. Jadi meniru gaya gentleman ala Bond sebenarnya bukan menjadikan kita gentleman, malah ada kalanya macam rusa masuk bandar.

Kita merasakan apa yang datang dari barat itu pasti bagus. Maka, kita anggap tatacara dan etiket sosial orang barat adalah yang terbaik. Ya, ada banyak yang kita dapat ambil kira kerana ia berguna dan dapat dicontohi, tetapi ada juga yang sama sekali tidak sesuai digunakan di negara kita. Apa yang kami cuba maksudkan adalah definisi gentleman di barat banyak yang tidak bersesuaian dengan tatacara dan budaya kita atas sebab persekitaran.

Buku ini cuba mendefinisikan apakah maksud gentleman pada konteks kita. Ia adalah revolusi yang bakal merubah tingkah laku lelaki berpersonaliti tinggi dan bertamadun. Ia ditulis mengikut nilai dan budaya tempatan yang jelasnya. Apabila dipraktikkan secara mendalam, ia bakal menjadikan individu lebih berperwatakan menarik dan lebih penting gentleman.

Ramai lelaki ingin menjadi gentleman sama seperti ramai wanita menginginkan lelaki gentleman di sampingnya. Apabila ditanya kepada orang ramai berkenaan pendapat mereka apakah yang dimaksudkan dengan gentleman? Ataupun apakah yang menjadikan seorang lelaki itu gentleman? Antara jawapan mereka:

“Lelaki gentleman seorang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi.”

“Dia tahu apa matlamat hidup yang ingin dicapai dan dia bersemangat bagi merealisasikan impiannya, itulah ciri seorang gentleman.”

“Dia banyak bertimbangrasa dengan orang lain.”

“Dia pandai menyesuaikan diri dalam banyak keadaan.”

“Lelaki gentleman lebih banyak senyap daripada bercakap.”

“Berpakaian kemas dan ada personaliti tersendiri.”

Hanya Lelaki

ISBN: 983-1242-05-X

Old price: RM13.00

Price: RM11.70

You save: RM1.30 (10%)
-10%
5 item(s)
Penulis : Siti Zuriyani Tumin
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 983-1242-05-X
Harga : RM13.00

Sinopsis :

HANYA LELAKI mengandungi panduan dan petua perubatan khusus untuk kaum lelaki dalam meningkatkan taraf

kesihatan. Memandangkan kaum lelaki jarang hendak tampil ke depan untuk mengutarakan sebarang masalah.

Maka buku ini sangat sesuai diterbitkan. Jika masalah-masalah sakit tuan ini dipandang remeh dan dibiarkan.

Tidak mustahil boleh menjadi penyebab kepada masalah yang lebih besar.

Dalam HANYA LELAKI ini ada membincangkan tentang penyakit-penyakit yang sering menyerang kaum lelaki.

Kaedah-keedah untuk merancang keluarga dan makanan-makanan untuk kesihatan. Jangan sesekali

menganggap hidup inisudah tidak berguna lagi sekiranya menghidapi sebarang jenis penyakit. Setiap penyakit

pastu ada penawarnya. Semuanya terpulang kepada individu sama ada mahu berusaha atau berserah kepada

takdir semata-mata.

Sekiranya panduan, tip, teknik dan kaedah-kaedah ini dijadikan rujukan. InsyaAllah semua masalah yang timbul

dapat diselesaikan. Semoga para pembaca, khasnya kaum Adam dapat mengharungi dan melalui hidup ini

dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan. Langkahlah dengan semangat kerana di situ begitu banyak jalan

dan peluang. Mencegah itu lebih baik daripada merawat.

Bangkit Sebagai Juara

ISBN: 983-3603-89-0

Old price: RM13.00

Price: RM11.70

You save: RM1.30 (10%)
-10%
5 item(s)
Mariani Mohd. Nor, Sofian Omar Fauzee,
PTS Millennia Sdn Bhd

Harga: RM 13.00 / RM 16.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-3603-89-0
Barcode: 9789833603893
Jumlah Halaman: 144 halaman

Sinopsis

Setiap orang pernah melalui liku-liku kegagalan dalam menempuh jalan kejayaan. Namun, itu bukan bermakna anda sudah gagal, tetapi anda sedang merentasi laluan menuju kejayaan yang paling bermakna.

Buku ini mengisi kekosongan diri anda dalam melalui ujian kegagalan menuju kejayaan. Daripada berputus asa kepada seorang yang bersemangat, daripada seorang yang kurang bermotivasi kepada berkeyakinan diri, daripada seorang yang kurang keyakinan diri kepada seorang yang persuasif dan berkarismatik, miskin menjadi kaya dan daripada gagal menjadi menjadi juara.

Aku Mahu Naik Pangkat

ISBN: 983-3585-46-9

Old price: RM21.00

Price: RM18.90

You save: RM2.10 (10%)
-10%
3 item(s)
Khairur Rizal Ramli,
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Harga: RM 21.00 / RM 24.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-3585-46-9
Barcode: 9789833585465
Jumlah Halaman: 206 halaman
Tarikh Terbit: 28 August 2006

Sinopsis

Aku ada pakej yang lengkap bagi menjadi JUARA di tempat kerja. Tetapi mengapa aku tidak dapat naik pangkat?

Banyak keistimewaan yang akan diperoleh jika dapat naik pangkat. Selain gaji dan status hidup naik, pengaruh juga semakin bertambah. tetapi paling menyeronokkan adalah mendapat kuasa kerana bukan semua orang layak menggunakan kuasa dalam organisasi ataupun syarikat. Justeru, naik pangkat adalah idaman bagi mereka yang bekerjaya. Tetapi bagaimanakah cara efektif hendak naik pangkat?

Ada orang menggunakan taktik kotor bagi memperolehnya. Mereka akan menggunakan apa sahaja metode supaya cepat naik pangkat. Tetapi cara ini lambat laun akan terbongkar. Akibatnya, orang itu pasti dibuang kerja.

Aku Mahu Naik Pangkat membongkar rahsia yang mampu membuat bos dan rakan-rakan di tempat kerja senang berurusan dengan anda. Walaupun tidak menggunakan strategi kotor, anda tetap dinaikkan pangkat kerana anda bijak menyesuaikan diri di tempat kerja. Selain itu, anda juga hebat berkomunikasi dan pandai mengurus konflik serta masalah. Hasilnya, pengaruh anda semakin banyak.

MENEROBOS SEMPADAN DIRI

ISBN: 983-349-421-8

Old price: RM19.90

Price: RM17.91

You save: RM1.99 (10%)
-10%
2 item(s)
Pengarang : Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah, Hj. Muhammad Zakaria & Zizi Azlinda Mohd. Yusof
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 983-349-421-8
Harga : RM 19.90

BAGAIMANA MENGGUNAKAN BUKU INI?
Jadikan buku ini manual membentuk peribadi anda yang unggul
Teks dipermudah dalam bentuk bylines, flashers, nota ringkas, subtajuk, quotation dan kisah
Gambar foto yang real member! gambaran bahawa pembentukan diri anda yang cemerlang adalah sesuatu yang real dan mudah dicapai
llustrasi menarik, humorous dan merehatkan pembacaan
Gambar rajah, carta, grafik, hiasan dan jadual
menerangkan langkah yang lebih mudah difahami dan senang diingat
Ayat al-Quran, hadis dan doa amat berguna untuk hafalan, rujukan dan amalan
Beri hadiah kepada kawan-kawan, anak buah, orang bawahan dan mereka yang dilihat kurang terse rlah
Jadikan hadiah istimewa kepada anak-anak anda

Biar Betul-betul

ISBN: 978-967-860-263-6

Old price: RM10.00

Price: RM9.00

You save: RM1.00 (10%)
-10%
1 item(s)
Biar Betul-betul
Pengarang : HM Tuah Iskandar
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
No. ISBN : 978-967-860-263-6
Harga Buku  : RM 10.00

BIAR BETUL-BETUL merupakan satu lagi siri motivasi daripada saya yang sememangnya bersifat agak santai dan memudahkan para pembaca memperoleh pendekatan yang bersahaja tetapi memberi manfaat. Seperti buku-buku motivasi yang lain, saya lebih suka mengajak anda membina ilmu dan berfikir berteraskan teladan dan pengalaman melalui kisah-kisah benar.

Nak buat sesuatu, biarlah betul-betui untuk menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Itulah yang ingin saya sampaikan dalam BIAR BETUL-BETUL kerana saya berpendapat bahawa manusia ini kurang berdisiplin dalam pemikiran dan perlakuan.

Selain itu, buku ini juga memotivasikan para pembaca agar sentiasa yakin kepada diri sendiri, menjadi manusia yang berguna dan sentiasa berfikiran positif. Kesalahan yang pertama yang pernah dilakukan boleh dibaiki kerana peluang kedua sentiasa terbuka.

Kesemuanya adalah pilihan diri. Jangan berasa hampa apabila berhadapan dengan kegagalan. Binalah kehidupan yang bahagia.

Membina Impian

ISBN: 983-3372-75-9

Old price: RM17.00

Price: RM15.30

You save: RM1.70 (10%)
-10%
2 item(s)
Membina Impian

Afifi Ahmad,
PTS Millennia Sdn Bhd

Harga: RM 17.00 / RM 20.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-3372-75-9
Barcode: 9789833372751

Sinopsis

Hidup tanpa impian adalah hidup yang kosong ataupun tidak bermakna. Hidup adalah masa hadapan dan masa hadapan bermula dengan impian. Setiap individu terus merancang dan berfikir tentang masa depan kerana hari esok akan terus dihadapi selagi ada hayat.

Hidup tanpa impian adalah hidup yang kosong ataupun tidak bermakna. Hidup adalah masa hadapan dan masa hadapan bermula dengan impian. Setiap individu terus merancang dan berfikir tentang masa depan kerana hari esok akan terus dihadapi selagi ada hayat. Malah, kematian dan hari akhirat juga berkaitan dengan masa depan. Tanpa impian, masa hadapan tidak bermakna.

Buku ini memaparkan maklumat-maklumat bermanfaat yang dapat digunakan dalam merancang masa hadapan setiap individu. Sungguhpun setiap individu melalui suratan dan nasib hidup yang berbeza, namun setiap individu mempunyai peluang yang serupa iaitu hak bagi membina impian masing-masing. Secara positifnya impian bukan angan-angan kosong, khayalan atau lamunan. Impian adalah sebahagian daripada mekanisme minda yang dapat dijanakan menjadi idea, pemikiran, perancangan dan master plan apabila ia dirancang dan dimajukan dengan sistematik.

Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah

ISBN: 983-3604-33-1

*****

Old price: RM23.50

Price: RM21.15

You save: RM2.35 (10%)
-10%
4 item(s)
Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah

Mohd Fadzilah Kamsah, Ahmad Fadzli Yusof,
PTS Millennia Sdn Bhd

Harga: RM 23.50 / RM 26.50 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-3604-33-1
Barcode: 9789833604333
Jumlah Halaman: 224 halaman

Sinopsis

"Pendekatan yang diambil di dalam buku Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah ini cukup menarik dan agak berbeza daripada buku-buku motivasi yang ada. Ia mengupas satu prinsip yang penting iaitu prinsip Hijrah yang diamalkan oleh mereka yang berjaya sebelum ini dan terus diamalkan oleh mereka yang cintakan kecemerlangan. Buku ini turut memaparkan kata-kata dan pemikiran tokoh-tokoh tempatan yang sudah pastinya lebih sesuai dengan acuan kita dan dapat diamalkan. Ia adalah buku yang perlu ada dalam simpanan kita semua untuk dibaca, dihayati dan dirujuk dari masa ke semasa."

Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Pengarah Urusan MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd.

Setiap hari kita berhadapan dengan perubahan. Sama ada perubahan yang bersifat positif ataupun negatif. Apa yang pasti, perubahan merupakan satu keperluan kerana perubahan adalah suatu tuntutan hidup. Setiap orang Islam perlu ada semangat dan cita-cita untuk berubah. Berubah daripada sesuatu yang buruk kepada yang baik, daripada yang baik kepada yang lebih baik dan terbaik. Berubah daripada segala sifar mazmumah kepada mahmudah. Oleh itu, Allah mewajibkan membaca surah al-Fatihah pada setiap kali solat hambanya. Dalam surah ini terkandung ayat yang bermaksud, “Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus. Persoalannya, bagaimanakah jalan yang lurus itu akan diperoleh jika kita tidak melakukan perubahan dan berkorban untuknya?

Justeru, hasil tulisan Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah dan Ahmad Fadzli Yusof ini diharap dapat menjadi panduan kepada pembaca terutama yang mahu berubah demi kemajuan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara. Sekalung tahniah buat kedua-dua penulis ini kerana mempunyai inisiatif bagi menghasilkan sekali gus menambah bilangan bahan bacaan bercorak motivasi dan pembangunan diri.

Saya mengesyorkan supaya buku ini dimiliki, dibaca dan difahami oleh segenap lapisan masyarakat di negara ini. Hayatilah perubahan yang sebenar. Bukan sekadar di mulut tetapi selari dengan perbuatan. Mudah-mudahan perubahan yang dilakukan dapat memberikan impak yang besar dalam kehidupan pembaca.
Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan syabas kepada kedua-dua penulis dan semoga usaha baik mereka ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca sekalian.

DATO’ HJ. OTHMAN DESA
Setiausaha Politik kepada
YAB Perdana Menteri Malaysia

Tulisan Cerminan Personaliti Diri

ISBN: 978-983-3991-34-1

Old price: RM23.00

Price: RM20.70

You save: RM2.30 (10%)
-10%
2 item(s)
Tulisan Cerminan Personaliti Diri
Penulis : Khadijah Ibrahim
Penerbit : Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd
ISBN : 978-983-3991-34-1
Harga : RM23.00

Sinopsis

Tulisan Cerminan Personaliti DiriSetiap orang memiliki personaliti diri yang tersendiri. Ciri-ciri personaliti merangkumi corak pemikiran, unsur emosi diri dan jugs tabiat din. Gambaran personaliti diri boleh dibaca dengan mudah melalui penganalisaan tulisan tangan.

Proses menulis merupakan cernaan minda yang membentuk lakaran dan gaya tulisan yang unik sebagaimana uniknya personaliti diri seseorang itu. Ketahuilah kedalaman emosi, perasaan dan cara pemikiran din anda sendiri dan juga diri orang yang ingin anda kenali. Fahamilah bentuk tulisan mereka yang berjaya dalam hidup dan juga bentuk tulisan mereka yang mempunyai ciri¬ciri negatif kehidupan.

"Pengolahan ayat yang 'simple' memudahkan pembaca memahami apa yang hendak disampaikan. Isi kandungannya membantu saya mengenali din saya sendiri." -
Juliza Mohd Jaini, Production Coordinator.

Khadijah Ibrahim merupakan Quality Assurance Manager di sebuah syarikat antarabangsa. Beliau berkelulusan Chemical Engineering daripada Sheffield University, United Kingdom dan ditau¬liahkan sebagai Certified Handwriting Analyst oleh Handwriting University, Dallas, Amerika Syarikat.Khadijah berpengalaman menganalisa lebih daripada 100 tulisan tangan dalam usaha beliau membantu masyarakat. Beliau juga menggunakan analisa tulisan sebagai alat bantuan untuk proses pemilihan pekerja baru.

 

Reviews

No posts found

New post

To ensure that a person, not an automated program, is filling this form, please enter the characters you see in this picture. All letters will be shown in their capitalized form.