Loading...

Self-Improvement

View as:  List

Yang OK Dan KO Dalam Ibadah Haji Dan Umrah

ISBN: 983-3604-24-2

Old price: RM15.00

Price: RM13.50

You save: RM1.50 (10%)
-10%
1 item(s)
Yang OK Dan KO Dalam Ibadah Haji Dan Umrah

Khair Abd. Salam, Zulkifli Khair,
PTS Millennia Sdn Bhd

Harga: RM 15.00
ISBN 983-3604-24-2
Barcode: 9789833604241
Jumlah Halaman: 160 halaman

Sinopsis

KO itu merujuk kepada tidak ada ilmu (jahil) ataupun dengan kata lain, mengerjakan haji dengan cara ikut-ikut sahaja yang seterusnya melahirkan pelbagai tingkah laku buruk di kalangan sebahagian daripada jemaah haji. Haji bukannya boleh ikut-ikut sahaja, pergi tanpa ilmu. Haji tanpa ilmu jadilah haji KO atau haji kalah dan tewas iaitu ditolak oleh Allah.

Sebagai umat Islam, kita diwajibkan menunaikan haji ataupun umrah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup apabila berkemampuan. Oleh kerana itu, ramai antara kita kurang arif ataupun tidak tahu secara mendalam mengenai tertib ibadah haji ataupun umrah. Bahkan solat yang kita lakukan setiap hari juga kadangkala tersilap, terlupa dan sebagainya, apatah lagi ibadah haji ataupun umrah yang jarang sekali kita lakukan. Justeru, bagi mengelakkan sebarang kesilapan atau kesalahan, Tuhan memberikan garis panduan mengenai apa yang OK dan apa yang KO dalam ibadah yang penuh berkat ini. Garis panduan itu termaktub di dalam Quran, sunah Nabi Muhammad dan kitab-kitab tokoh-tokoh Islam terdahulu. Bersyukurlah, kini kita tidak perlu bersusah payah mencari sumber rujukan bagi mengetahui apa yang OK dan KO dalam ibadah haji dan umrah, segala-galanya itu berada di tangan anda sekarang.

Sama ada anda hendak menunaikan haji ataupun umrah ataupun hendak menghadiahkan buku panduan kepada saudara yang ingin menunaikan haji ataupun umrah, buku ini adalah jawapannya. Ia diterbitkan bersama dengan dua buku lain yang menjadi bonus kepada buku ini.

Detik Kelahiran Si Permata Hati : Kisah Benar Pengalaman Ibu Menghadapi Saat Melahirkan Anak

ISBN: 983-3604-12-9

*****

Old price: RM20.00

Price: RM18.00

You save: RM2.00 (10%)
-10%
2 item(s)
Detik Kelahiran Si Permata Hati : Kisah Benar Pengalaman Ibu Menghadapi Saat Melahirkan Anak

Mazneera Zainal,
PTS Millennia Sdn Bhd

Harga: RM 20.00
ISBN 983-3604-12-9
Barcode: 9789833604128
Jumlah Halaman: 192 halaman

Sinopsis

“Perasaan gementar dan takut sering menghantui bakal-bakal ibu menjelang hari melahirkan. Buku ini amat menarik dan sesuai dijadikan panduan bagi membina keyakinan serta fikiran yang positif. Tahniah kepada penulis! Sekiranya saya bertemu dengan buku ini sebelum melahirkan bayi saya, insya'Allah saya berkeyakinan dan lebih menikmati detik-detik manis kelahiran itu.”
-Khairun Nisa' Binti Harun, ibu muda kepada bayi comel dan sihat, Muhammad Anas Al-Ikram-

Setelah disahkan hamil, saat itu adalah detik yang paling indah dalam diari si ibu. Temu janji bersama doktor bagi tujuan pemeriksaan si bayi sentiasa ditunggu-tunggu. Ketika doktor melakukan ujian imbasan, si ibu tidak sabar untuk menatap. Apa khabar agaknya si permata hati di dalam kandungan, sihatkah dia? Persiapan buat kelengkapan permata hati yang bakal lahir juga dilakukan seawalnya. Pantang ada jualan murah barangan bayi, si ibulah orang pertama membeli, terutamanya ketika saat menunggu kelahiran anak pertama. Alahan yang menguji kesabaran di awal kehamilan, susah hendak tidur malam, kejang kaki, pening kepala, sakit pinggang sehinggalah kepada kesakitan semasa melahirkan, semua ini akhirnya bersatu menjadi kenangan indah setelah bergelar ibu.

Proses kelahiran sememangnya penuh warna-warni. Tibanya saat melahirkan itu, ada wanita yang terpaksa berjuang sendirian, tanpa suami ataupun ibu di sisi. Ada yang hampir-hampir melahirkan anak di tempat parking kereta hospital. Ada pula yang terpaksa melalui pembedahan kerana si ibu sudah keletihan dan denyutan jantung bayi semakin lemah. Semua pengalaman dikongsikan bersama di dalam buku ini. Ikuti himpunan cerita ibu-ibu sepanjang proses melahirkan anak pertama dan panduan semasa melahirkan si permata hati yang sentiasa dinantikan kehadirannya ini.

Ingat Tuhan Sampai Mati

ISBN: 983-3604-56-0

Old price: RM10.00

Price: RM9.00

You save: RM1.00 (10%)
-10%
5 item(s)
Ingat Tuhan Sampai Mati
Pengarang : Aa Gym
Penerbit : PTS Millennia Sdn Bhd
Harga : RM 10.00
ISBN : 983-3604-56-0;

Sinopsis :

Adakah kita yakin, solat yang dilakukan hari ini mampu memastikan kita meninggal sebagai Muslim? Adakah kita yakin, puasa yang kita lakukan di bulan Ramadan dapat menjamin ketetapan hati kita dalam iman sewaktu kedatangan maut? Adakah kita yakin, haji dan umrah yang dilakukan berkali-kali dapat menjadi tiket bagi memperoleh husnul khatimah?

Segala amalan yang kita lakukan akhirnya membawa kepada saat penentuan, kedatangan maut. Adakah kita mampu memastikan, kita memperoleh husnul khatimah ataupun sebaliknya?

Ingat Tuhan Sampai Mati menyajikan topik-topik kritikal berkaitan dengan kematian. Kepentingan hidayah bagi seorang Muslim dibicarakan secara ringan dan santai. Topik-topik penting seperti taubat, taat dan tawakal dibahaskan juga bagi menjelaskan kepentingannya dalam usaha mencapai husnul khatimah.

Semoga kita semua sentiasa ingat Tuhan dari sekarang sehingga ajal datang menjemput.

Isi Kandungan

Bab 1: Memelihara Kurnia yang Diberi Hidayah
Nilai penting hidayah
Memohon kepada Allah supaya hidayah tetap terjaga

Bab 2: Langkah Awal Menuju Allah
Mengenal Allah
Cara mengenal Allah
Usaha mendapatkan takwa

Bab 3: Mewujudkan Rasa Dekat kepada Allah
Taubat
Taat
Tawakal

Bab 4: Mengharapkan Husnul Khatimah
Ajal sebagai ketentuan Allah
Sakaratul maut
Alam kubur
Bersiap diri menjelang ajal
Kehidupan dunia ini singkat

Panduan Mengurus Makmal ICT Sekolah

ISBN: 978-983-3586-63-9

Old price: RM26.50

Price: RM23.85

You save: RM2.65 (10%)
-10%
5 item(s)

Panduan Mengurus Makmal ICT Sekolah adalah sebuah buku yang diterbitkan khusus bagi membantu guru mengurs, mengendali dan mentadbir makmal ICT supaya dapat beroperasi dengan lancar dan sistematik.Topik-topik yang dibincangkan merangkumi perancangan makmal, pengisian program ICT, keselamatan makmal, rekod-rekod pengurusan, sistem fail, keceriaan dan kebersiahn, penyelenggaraan maklmal, panduan menjalankan kursus dan sebagainya.


Merancang Kemajuan Sekolah

ISBN: 978-983-0681-42-9

Old price: RM40.00

Price: RM36.00

You save: RM4.00 (10%)
-10%
1 item(s)

Buku ini menjelaskan bagaimana sekolah boleh membuat perancangan untuk menjadi sekolah yang terbaik dan berjaya. Sekolah perlu membuat perancangan dan melaksanakan strategi mereka tetapi apa yang dirancang haruslah boleh dicapai. Kandungan buku ini memberi kefahaman kepada pembacanya tentang pengurusan strategik, bagaimana ia berfungsi dan bagaimana ia dilaksanakan.

Pentadbir dan pengurus sekolah perlu membaca buku ini untuk membantu mereka membuat perancangan yang berjaya bagi memastikan sekolah mereka adalah yang terbaik.


Change! Berubahlah!

ISBN: 978-983-3372-52-2

Old price: RM55.00

Price: RM49.50

You save: RM5.50 (10%)
-10%
2 item(s)

Change! Berubahlah
Pengarang : Rhenald Kasali
Penerbit : PTS Millennia Sdn Bhd
Harga : RM 55.00
ISBN : 978-983-3372-52-2;

Sinopsis :

Berubah ataupun mati?

Jika anda berada dalam satu organisasi yang bermasalah, apakah pilihan yang anda lakukan/

Anda "mati" bersama dengan matinya organisasi itu?

Ataupun cipta perubahan sehingga organisasi itu hidup semula?

CHANGE! BERUBAHLAH! dapat membantu anda dalam membuat keputusan.

Ramai orang memilih untuk mencipta perubahan namun mereka tidak tahu cara terbaik bagi melakukan perubahan dalam organisasi. CHANGE! BERUBAHLAH! memberikan strategi terbaik bagi mewujudkan perubahan. Bermula dengan penjelasan mengenai falsafah, sjarah dan konsep asas berkaitan perubahan, nia seterusnya memberikan perincian mengenai proses mencipta perubahan.

Ciptalah perubahan dalam organisasi anda bermula dengan CHANGE! BERUBAHLAH!

  • Mengapa perubahan dikatakan misteri dan apakah misteri sebaliknya?
  • Bagaimana mencipta perubahan dalam organisasi yang sukar diubah?
  • Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan perubahan?
  • Apakah model contoh yang berjaya melakukan perubahan dalam organisasi dalam masyarakat?
  • Apakah yang dimaksudkan dengan pesta perubahan di peringkat organisasi?

99Q Kecerdasan Berasaskan AsmaulHusna

ISBN: 978-983-3603-64-0

Old price: RM65.00

Price: RM58.50

You save: RM6.50 (10%)
-10%
1 item(s)

99Q Kecerdasan Berasaskan AsmaUlhusna

Pengarang : Sulaiman Al-Kumayi
Penerbit : PTS Millennia Sdn Bhd
Harga : RM 65.00
ISBN 978-983-3603-64-0;

Sinopsis :

Buku ini menyingkap rahsia serta makna tersirat di sebalik nama-nama Allah. Ilmu yang wajib difahami oleh semua yang bergelar Muslim. Di sebalik nama, terkandung khasiat yang tak ternilai harganya. Setiap nama Allah membawa pengertian yang mendalam dan khasiat yang ajaib bagi yang mengamalkannya.

Bila selesai baca buku ini pastiya, bukan sahaja mengenal Allah melalui apa yang dihati, lebih mengingati Allah apa yang dinyanyi malah mendekati Allah dengan apa yang diaplikasi. Terhasilnya buku ini sedemikian rupa maka tidak keterlaluan buku ini merupakan manual kehidupan bagi muslimin dan muslimah yang perlu ada “di tangan” sebagai sumber inspirasi dan motivasi diri.

Salah satu cara yang dapat digunakan bagi mempercepat menghafal al-asma al-husna adalah melalui nyanyian dan muzik. Menurut Imam Ghazali, muzik memiliki pengaruh yang dapat membangkitkan rasa rindu pada tuhan. Dalam muzik, seseorang dapat mengungkapkan rasa cintanya sehingga terjadi hubungan antara pemuzik dengan tuhan. Irama muzik mampu menimbulkan rasa rindu, sayang dan sedih.2
Ahmad Ghazali, adik kepada Imam Ghazali menambah, muzik memberikan empat manfaat pada manusia. Pertama, muzik dapat menghilangkan kekacauan jiwa dan sekali gus dapat melahirkan kesan penyaksian (musyahadah) pada Allah. Kedua, muzik dapat menguatkan kalbu dan cahaya rohani. Ketiga, muzik dapat melepaskan seseorang daripada pelbagai urusan yang dihadapi sehari-hari dan menjadikan dia mudah menerima pelbagai rahsia. Keempat, dengan mendengarkan muzik, kalbu menjadi gembira dan seterusnya meningkatkan kesihatan seseorang. 


Dol Leman : Misteri Sungai Loyang

ISBN: 978-983-3316-34-2

Old price: RM10.90

Price: RM9.81

You save: RM1.09 (10%)
-10%
5 item(s)

Dol Leman : Misteri Sungai Loyang
Pengarang : Mersik Romoyu
Penerbit : KarnaDya
ISBN : 978-983-3316-34-2

Sinopsis:

Hujan yang turun tidak henti-henti memaksa Dol dan keluarganya dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Parit Sangap. Bersama rakan-rakannya, Suppa, Ku Chai serta Yaya ditemukan dengan seorang tua yang sungguh misteri!

Orang tua itu bercerita tentang harta Sungai Loyang!

Cerita yang menyingkap suatu kisah silam menarik minat Dol dan kawan-kawannya untuk turut menyiasat.

Dan, pencarian untuk merungkai sebuah misteri pun bermula. Namun ianya tidaklah semudah yang disangka.

Mereka berhadapan dengan cabaran yang bukan sedikit.

Adakah mereka akan berjaya?

Sedangkan...air Sungai Loyang semakin melimpah.


Azam Sofea

ISBN: 978-983-3316-42-7

Old price: RM10.90

Price: RM9.81

You save: RM1.09 (10%)
-10%
5 item(s)

Azam Sofea
Pengarang : Syima Syawal
Penerbit : KarnaDya
ISBN : 978-983-3316-42-7
Harga : RM10.90

Sinopsis:

Syarifah Aina Sofea seorang remaja yang berperwatakan lelaki. Perangainya agak kasar dan brutal. Dia juga lebih senang dipanggil dengan nama ‘Sof’ sahaja.

Dia akan mengenakan orang yang sering mendatangkan masalah kepadanya, dia langsung tidak peduli apa yang orang lain rasa. Yang penting, hatinya puas!

Hidupnya tercabar bila berada di sebuah sekolah berasrama penuh. Di sinilah kehidupan yang selama ini tidak pernah terfikir olehnya terpaksa dia tempuhi.

Adakah dia akan berubah daripada sifat asalnya? Apakah cabaran yang perlu dia hadapi seorang diri? Ikutilah kisah selanjutnya dalam novel ini, yang baik dijadikan tauladan, yang jahat jadikan sempadan…


Hendak Gagal Ataupun Berjaya

ISBN: 978-983-3585-37-3

Old price: RM18.00

Price: RM16.20

You save: RM1.80 (10%)
-10%
5 item(s)

Di dunia yang dikatakan serba membangun ini, ada satu hukum ciptaan manusia yang mudah dan menjadi amalan sejak sekian lama. Hukumnya begini, sekiranya kita berjaya dan kaya, kita akan dihormati, disanjung, dan diletakkan di depan. Sekiranya kita kalah, gagal, tempatnya di tepi dan di belakang, terpinggir. Menyakitkan? Sememangnya hukum ciptaan manusia itu menyakitkan. Ia tidak termaktub di dalam mana-mana kitab undang-undang, tetapi dengan mudah ia menjadi amalan.

Yang berjaya memang seronok kerana dilayan seperti manusia. Yang gagal tentu kurang seronok dan kecewa. Di situlah silapnya, sekiranya kecewa, pastinya terus berada dalam kegagalan dan kemiskinan. Sebaliknya, sekiranya kekecewaan itu ditukar kepada cabaran, hasilnya tentu berbeza. Ingat, manusia mempunyai banyak hak. Antaranya adalah hak membangunkan diri, meletakkan diri dalam masyarakat dan hak mencipta kejayaan.

Kita menentang sistem yang membezakan antara gagal dan berjaya kerana kita tahu, harta benda, pakaian hanyalah ‘selaput’ yang menutupi. Yang penting adalah empunya diri. Tetapi kita tidak terdaya menentangnya. Mereka ramai dan hukum ini diguna pakai secara meluas, universal. Ia seperti seorang dua yang menentang pencemaran alam, tetapi yang merosakkan, yang melepaskan asap, yang menebang pokok, yang melepaskan gas CFC, yang meratakan bukit, yang berangan-angan meratakan gunung, dan yang menggunakan plastik itu lebih ramai.

Apa yang perlu kita lakukan sekiranya kita sekarang ini miskin dan gagal? Seperti yang kita katakan tadi, kita ada hak. Gunakan hak yang ada bagi mengubah kehidupan daripada menyakitkan kepada yang menyenangkan. Duduk diam dan mengeluh hanya menambah kemiskinan dan kegagalan. Terlebih rehat, terlebih tidur hanya melebihkan hutang. Yang buta teringin hendak celik, mengapa pula yang celik teringin hendak membuta?

Begini keadaan kita hari ini, beginilah keadaan kita seterusnya. Malah bertambah teruk. Ini kerana, Allah tidak sekali-kali mengubah nasib seseorang melainkan orang itu mengubah nasibnya sendiri terlebih dahulu. Pertolongan daripada Allah hanya datang sekiranya seseorang menolong dirinya terlebih dahulu. Allah hanya memberi sekiranya seseorang itu ‘memberi’ kepada dirinya dan kepada Allah terlebih dahulu. Semakin besar ‘pemberian’ kita kepada diri kita dan Allah, semakin besarlah perolehan kita.

Jadi, buku penting ini adalah panduan sekiranya kita mahu menyertai mereka. Buku ini terbahagi kepada dua bahagian, Gagal dan Berjaya. Baca terlebih dahulu punca-punca yang menyebabkan kegagalan supaya apabila kita menemui punca itu, kita tidak ‘melanggarnya’. Ataupun kita mempunyai punca-punca itu tanpa disedari, kita tahu yang punca itu menjuruskan diri kita kepada kegagalan.

Bahagian kedua adalah Berjaya. Apa yang diperlukan bagi menjurus kepada kejayaan tertulis pada bahagian ini. Laksanakannya, insya-Allah, kita memperoleh apa yang dihajati. Manusia berhak berusaha mengubah hidup ke arah yang lebih baik.


Pilih Jangan Tak Pilih

ISBN: 978-983-43756-0-7

Old price: RM15.00

Price: RM13.50

You save: RM1.50 (10%)
-10%
5 item(s)

PILIH JANGAN TAK PILIH
Pengarang : Azzah AR (Azzah Abd Rahman)
Penerbit : Digital Apprentice Management Services
Genre : Motivasi
Mukasurat : 156 halaman
Cetakan Pertama : 2007
ISBN : 978-983-43756-0-7
Harga: RM 15.00

Sinopsis:

“Saya tak mahu orang buli saya! Saya tak mahu orang pandang rendah pada saya!”

“Semua orang boleh buat benda yang sama, cuma nak atau tak nak saja.”

“Kau tu bukannya tak pandai, tapi pemalas!”


Kadangkala kita merasakan terpaksa dalam melakukan sesuatu yang kita tidak suka. Kita merasa tiada pilihan untuk melakukan perkara yang kita suka. Semuanya dilakukan kerana terpaksa - sama ada untuk menjaga hati seseorang, atau untuk menyelamatkan diri sendiri. Sering juga kita membiarkan orang lain ataupun situasi semasa yang menentukan apa yang perlu kita buat, dan apa yang kita tidak seharusnya lakukan. Adakah itu yang sebaik-baiknya? Membiarkan perkara lain menentukan kegembiraan dan keseronokan diri kita yang sepatutnya menjadi hak kita?

Buku ini merupakan sebuah buku motivasi yang disasarkan kepada mereka yang pemalu, penakut, tidak mempunyai keyakinan diri dan sering merasakan terpaksa dan tiada pilihan dalam kehidupan. Pengisiannya tidak lain daripada ingin membantu dan mendorong individu warganegara Malaysia yang masih berada dalam ruang selesa masing-masing tetapi di lubuk hati mereka terasa ingin untuk menjadi seorang yang berkeyakinan diri, berwibawa dan cemerlang.

Kisah-kisah yang dipaparkan dalam buku ini merupakan daripada pengalaman sebenar penulis, selama berkhidmat sebagai jurulatih dalam pelbagai program nasional terutamanya PLKN untuk dikongsi dan dijadikan pedoman kepada pembaca, supaya sama-sama dapat merenung pengajaran di sebaliknya.


Rahsia Air Mata Khusyuk

ISBN: 983-3604-94-3

Old price: RM14.50

Price: RM13.05

You save: RM1.45 (10%)
-10%
1 item(s)
Prakata Bahagian Satu: Erti Bersolat dengan Khusyuk   Bab 1    : Erti Khusyuk dalam Solat    Bab 2    : Jiwa ataupun Roh Solat    Bab 3    : Petua Bersolat dengan...[more]

Mencari Makna Hidup

ISBN: 978-983-3603-24-4

Old price: RM16.50

Price: RM14.85

You save: RM1.65 (10%)
-10%
3 item(s)
Banyak peristiwa yang berlaku di sekeliling kita saban hari. Ada yang kecil dan ada yang besar. Namun, sejauh mana kita memanfaatkan peristiwa itu bagi mempelajari sesuatu mengenai kehidupan. Sejauh mana kita menggunakan pengalaman orang lain itu sebagai sempadan. Sejauh mana...[more]

Berubat Dengan Solat

ISBN: 978-967-5137-41-9

Old price: RM13.00

Price: RM11.70

You save: RM1.30 (10%)
-10%
1 item(s)
“Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu.” (Surah al-Baqarah : ayat 153). “Berdiri dan solatlah kerana di dalam solat ada ubat.” (Hadis Imam Ahmad) Fakta ilmiah ini menjadi titik persoalan kajian kepada buku...[more]

77 Silap Mata Profesional

ISBN: 983-3604-31-5

Old price: RM23.00

Price: RM20.70

You save: RM2.30 (10%)
-10%
1 item(s)
Pengarang: Amar Penerbit: PTS Millenia   Melepaskan diri dari ikatan tali? Psikik pensel ajaib? Tali menembusi leher? Kotak mancis hidup? Badan terapung? Badan magnet? Ibu jari menembusi telinga? Cakera padat terapung-apung? Putaran misteri?...[more]

101 Doa Daripada Hadis-hadis Sahih

ISBN: 978-983-3494-74-3

Old price: RM29.90

Price: RM26.91

You save: RM2.99 (10%)
-10%
1 item(s)
Pengarang: Zahazan Mohamed Penerbit: Telaga Biru   Doa dan zikir mampu men-jadi motivasi diri untuk menguatkan rohani dan jiwa. Ahli psikologi menga-takan apa yang minda kita mampu fikir, kita mampu buat. Fikiran minda itu ialah doa dan zikir. Selain itu doa...[more]

80 Eksperimen Sains Belakang Rumah

ISBN: 978-967-5102-47-9

Old price: RM23.00

Price: RM20.70

You save: RM2.30 (10%)
-10%
1 item(s)
Pengarang: Suhaimi Mamat (Pakcik Sains) Penerbit: Telaga Biru   Buku 80 EKSPERIMEN SAINS BELAKANG RUMAH merupakan eksplorasi terbaik bagi kanak-kanak berusia 8 - 15 tahun meneroka sains yang berkaitan tanah, air, udara dan cahaya. Peralatan yang digunakan...[more]

Menangani Sifat Marah

ISBN: 983-4244-88-6

Old price: RM19.90

Price: RM17.91

You save: RM1.99 (10%)
-10%
2 item(s)
Pengarang: Dato' Dr. Hj Mohd. Fadzilah Kamsah Penerbit: Telaga Biru   Buku ini mengupas serba sedikit berkaitan sifat marah agar kita dapat menilai dan mengenali diri kita, sejauh mana sikap dan akhlak yang kita tonjolkan selama ini serta berusaha...[more]

Khazanah Kehidupan

ISBN: 978-983-44406-1-9

Old price: RM24.00

Price: RM21.60

You save: RM2.40 (10%)
-10%
3 item(s)
Penerbit: MZJ Consultancy Sdn. Bhd. Pengarang: Mohd Zaim Jaafar   M anusia seringkali gagal mengambil pelajaran dalam rutin harian mereka. Pada setiap hari yang berlalu, terlalu banyak hikmah yang tuhan berikan melalui peristiwa-peristiwa kecil yang selalu...[more]

Jom ke Pedalaman: Persediaan untuk Semua Guru

ISBN: 978-983-44406-0-2

Old price: RM28.00

Price: RM25.20

You save: RM2.80 (10%)
-10%
3 item(s)
Jom Ke Pedalaman merupakan coretan pengalaman penulis, rakan-rakan dan beberapa sumber berkaitan yang dipersembahkan secara santai untuk memenuhi persediaan bakal guru. Buku ini juga sesuai untuk semua lapisan masyarakat agar dapat mengetahui senario kehidupan pendidik yang bertugas nun jauh di kawasan hulu.