Lifestyle
ISBN: 983-192-031-7
PTS Islamika
Harga: RM 5.90 / RM 8.90 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-192-031-7
Barcode: 9789831920312
Jumlah Halaman: 64 halaman
Sinopsis
"Walau dosamu memenuhi awan di langit, kemudian meminta ampun, tentu Tuhan mengampunimu."
Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Manusia mana yang tidak pernah melakukan kesilapan. Yang membezakan antara kita adalah berusaha memohon ampun dan bertaubat kepadanya. Buku kecil ini diolah semula daripada kitab Riyadus Solihin bertemakan taubat dan mendekati Tuhan. Terdiri daripada koleksi ayat al-Quran dan hadis.
Imam Nawawi atau nama sebenar Abu Zakaria Yahya bin Sharaf al-Nawawi adalah tokoh autoritatif dalam bidang hadis.
ISBN: 983-192-042-2
PTS Islamika
Harga: RM 5.90 / RM 8.90 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-192-042-2
Barcode: 9789831920428
Jumlah Halaman: 63 halaman
Sinopsis
Ya Allah, hilangkan segala penyakit. Sembuhkan, hanya Engkau yang dapat menyembuhkan....
Setiap manusia pernah mengalami kesakitan. Setiap insan pasti menghadapi saat kematian. Pastinya sebelum terlantar kesakitan, terbaring nazak menunggu saat kematian, kita pernah melihat orang lain dalam keadaan demikian. Buku kecil ini mengandungi koleksi ayat al-Quran dan hadis bertemakan adab dengan pesakit dan jenazah. Diolah semula daripada kitab Riyadus Solihin Imam Nawawi dalam bentuk bahasa moden dan mudah difahami
ISBN: 983-3604-01-3
PTS Millennia Sdn Bhd
Harga: RM 16.00 / RM 19.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-3604-01-3
Barcode: 9789833604012
Jumlah Halaman: 208 halaman
Sinopsis
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu supaya kamu bertakwa." Al-Baqarah, 183
Senja itu, seperti tahun-tahun sebelumnya, kami berkumpul di tengah rumah. Riuh-rendah beduk bertalu, menunjukkan esok Ramadan tiba. Teh panas dan ubi rebus menemani perbualan kami. Mata along memandang tajam ke arah kami, bergantian. Sekali pada ibunya, sekali pada bapanya.
Begitulah sikap along. Apabila ada sesuatu yang dia ingin sampaikan atau apabila dia ingin meminta izin daripada kami, dia akan memandang kami dengan pandangan penuh keraguan dan kemudian, tiba-tiba sahaja, pandangannya akan berubah. Dia memandang kami seakan meminta izin mahu menanyakan sesuatu.
Silakan nak, kataku mempersilakannya meluahkan apa yang terbuku.
Apakah ayah dan ibu yakin manusia itu wajib berpuasa? Mengapa lebih 80 peratus manusia lain yang pada masa ini hidup di bumi, tidak berpuasa di bulan Ramadan? Padahal ilmu pengetahuan dan teknologi mereka sudah maju. Mereka canggih dalam memahami berjuta-juta bintang di langit hingga mikrobiologi dalam tubuh kita. Namun, tanpa puasa Ramadan pun, mereka sihat dan banyak memecahkan rekod Olimpik.
Syoknya... Berpuasa bercerita mengenai puasa dalam bahasa penuh kasih-sayang. Ia memujuk, menenangkan dan mengajak kita berfikir. Berfikir berkenaan puasa. Daripada pertanyaan seorang anak kepada ibu bapanya, persoalan mengenai puasa dijelaskan dalam bahasa paling mudah dan santai. Tiada ulangan tulisan membosankan. Tiada khutbah kosong tidak berfakta. Tiada kata tanpa makna.
Miliki buku ini. Doanya puasa saudara akan jadi puasa paling bererti, bukan puasa menyusahkan separuh mati.
ISBN: 983-3603-41-6
PTS Millennia Sdn Bhd
Harga: RM 16.00 / RM 19.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-3603-41-6
Barcode: 9789833603411
Jumlah Halaman: 192 halaman
Sinopsis
Motivasi adalah salah satu usaha bagaimana mengendalikan diri. Ia menyebabkan manusia rasa bebas daripada dibelenggu 'kebiasaan' yang mungkin dapat mendorong kemajuannya. -M. Quraish Shihab- Penulis buku Lentera Hati, 1994
Para ahli kedoktoran berpendapat, puasa penting dalam bidang perubatan masa kini. Apabila seseorang berpuasa, secara tidak langsung ia dapat menangkan tubuh badan daripada keletihan. Manusia menjalani pelbagai aktiviti semasa melibatkan fizikal mahupun mental. Dengan berpuasa, semua ketegangan itu dapat dikurangkan. Ini bererti puasa dapat memelihara serta memperbaharui organ-organ tubuh dan menyebabkan tubuh semakin kuat.
Namun, tidak semua orang menyedari manfaat puasa. Masih ada lagi masyarakat kita yang tidak menjalani hukum wajib ini. Dengan membaca buku ini dapat meleraikan segala pertanyaan dan keraguan mengenai kewajipan berpuasa.
ISBN: 983-3494-43-9
Kerana kurangnya mengikuti kelas pengajia agama Islam terutamanya tentang ibadah, maka ramai umat Islam yang tidak lagi arif tentang selok belok solat. Solat sudah menjadi ikut-ikutan. Kadangkala solat dilakukan kerana terpaksa atau segan dengan seseorang. Sedangkan untuk menunaikan solat yang datang terus daripada Allah tentulah mempunyai modul, tekn ik, rasional dan peraturan yang lengkap
a) La Tahzan : Jangan Bersedih
b) Syoknya Berpuasa
c) Puasa Sebagai Penyembuh Penyakit.
Jangan lepaskan peluang mendapatkan pakej terbaik Ramadhan anda
ISBN: 983-192-055-4
Doa adalah alat komunikasi paling efektif antara hamba dengan Tuhan. Ia adalah ibu ibadah dan senjata Mukmin yang tinggi nilainya.
Kuasanya yang luar biasa mampu mengubah ketentuan Tuhan yang berkuasa. Nabi Muhammad pernah berkata, Ketentuan Tuhan tidak berubah kecuali dengan doa.
ISBN: 983-3603-00-9
PTS Millennia Sdn Bhd
Harga: RM 19.00 / RM 22.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-3603-00-9
Barcode: 9789833603008
Jumlah Halaman: 160 halaman
Tarikh Terbit: 25 September 2006
Sinopsis
Allah menghendaki kemudahan pada kamu dan tidak mahu kesukaran ke atas dirimu (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Penulis menghuraikan permasalahan ini berserta contoh dan membicarakan pelbagai perkara lain lagi berkenaan kesesuaian hukum mengikut waktu dan keadaan setempat. Buku ini membuka dimensi baru bagi umat Islam dalam kehidupan kontemporari dan memberikan alternatif mudah bagi mengamalkan Islam di mana sahaja. Bentuk penyampaiannya yang bersahaja dan ringan tidak seperti buku-buku fikah tradisional yang lain.
Buku ini sesuai dijadikan panduan dan menjadi rakan setia bagi umat Islam yang ingin bermusafir dan juga bermastautin di luar negara. Dengan mengambil kira pendapat-pendapat ulama dan pendapat mazhab-mazhab lain disertai dengan dalil dan perbincangan, penulis mengharapkan supaya buku ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh segenap lapisan masyarakat.
ISBN: 983-3604-17-X
PTS Millennia Sdn Bhd
Harga: RM 26.00 / RM 29.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-3604-17-X
Barcode: 9789833604173
Jumlah Halaman: 320 halaman
Tarikh Terbit: 10 January 2007
Sinopsis
Buku ini menjelaskan persoalan fikah dalam kehidupan seharian secara praktikal. Pendekatan ataupun (penulisan dalam bentuk) soal jawab memudahkan pembaca memahami setiap aspek fikah dalam kehidupan seharian. Hasil tangan tiga tokoh ulama terkenal ini pasti tidak akan menghampakan.
Hari ini, umat Islam Malaysia diasak dari segenap penjuru dengan pelbagai bentuk pemikiran, gagasan dan cara fikir moden yang mencabar kehormatan dan kemurnian akidah Islam. Islam liberal dari Indonesia, fahaman 'wahhabi' dari Thailand, cara fikir Syiah dari Iran dan ombak feminisme-pluralisme agama dari Malaysia sendiri adalah realiti pahit yang terpaksa ditelan jua. Semuanya secara tidak langsung menggugat akidah umat Islam. Kesannya, wujud pelbagai versi praktis Islam di Malaysia. Mangsa utama yang paling awal terkena bahang ini adalah generasi muda yang dangkal ilmu agama.
Ramai orang selalu keliru berkenaan hukum hakam Islam terutamanya dalam persoalan harian meliputi solat, zakat, puasa, haji dan pergaulan. Justeru, kemunculan buku Dato' Dr. Haron Din Menjawab Persoalan Fikah Harian ini adalah bagi menjernihkan segala kekeliruan umat Islam terutamanya semasa mempraktikkan Islam dalam kehidupan seharian.
Antara kelebihan yang pasti anda dapati dalam buku ini adalah:
1.Jawapan lengkap kepada segala persoalan umum berkenaan praktikal Islam dalam kehidupan seharian terutamanya dalam aspek ibadah dan pergaulan. Jawapan kepada persoalan:
Adakah sama cara menyamak anggota tubuh yang tersentuh anjing ataupun khinzir dengan cara menyamak kulit binatang?
Benarkah kentut sekali batal wuduk dan kentut dua kali tidak batal?
Mengapakah kita dimatikan?
2.Penjelasan melalui konsep soal jawab yang ringkas, mudah dan padat. Sesuai dijadikan panduan setiap generasi sama ada tua ataupun muda.
3.Jawapan kepada beberapa persoalan yang tidak pernah terfikir oleh kita walhal ia penting. Apakah persoalan-persoalan itu, milikilah buku ini dan pastinya anda terkejut, mengapakah saya tidak terfikir?
Penulis buku ini iaitu tokoh agama tiga beradik, Ustaz Ishak Din, Prof. Dato' Dr. Haron Din dan Dato' Abu Hassan Din al-Hafiz adalah ulama yang pakar dalam bidang fikah. Ilmu, kefahaman dan pengalaman mereka ditumpahkan dalam buku ini secara mudah dan praktikal. Justeru, menjadi satu kerugian seandainya buku ini tidak dimiliki.
ISBN: 983-192-234-4
PTS Islamika
Harga: RM 6.50
ISBN 983-192-234-4
Barcode: 9-789831-922347
Jumlah Halaman: 96 halaman
Tarikh Terbit: 20 February 2007
Sinopsis
"Wahai Tuhanku, kurniakan daku rasa cinta kepada perbuatan yang dapat mendekatkan diriku kepada cintamu."
Apabila bahagia yang didamba. Apabila tenang yang dipinta. Perintah Tuhan dituruti segala. Reda dan cinta Tuhan dipohon sentiasa.
Buku kecil ini diolah semula daripada kitab Riyadus Solihin. Memuatkan koleksi ayat al-Quran dan hadis berkaitan dengan perbuatan-perbuatan yang diredai dan dicintai Tuhan.
ISBN: 983-3604-20-X
Dato' Dr. Haron Din,
PTS Millennia Sdn Bhd
Harga: RM 17.00 / RM 20.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-3604-20-X
Barcode: 9789833604203
Sinopsis
Islam itu Indah. Islam itu fitrah. Kenali ia, Cintai ia. Walaupun kini ilmu pengetahuan dan teknologi berkembang dengan pesat, manusia tetap memerlukan agama. Ilmu pengetahuan dan teknologi tidak dapat memberikan jawapan kepada persoalan mengenai erti dan tujuan hidup manusia. Ia hanya dapat dijawab oleh agama.
Manusia memerlukan agama. Manusia dan agama adalah ibarat irama dan lagu, jasad dan roh. Kedua-duanya tidak dapat dipisahkan. Sejak dahulu hingga kini, walaupun di mana sahaja manusia berada pasti memerlukan agama. Mengapa? Rasa ingin beragama adalah fitrah dan tabiat semula jadi yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia. Mereka yang memilih untuk tidak beragama cuba melawan fitrah. Kesannya, jiwa mereka kosong. Hidup mereka tiada pedoman dan panduan.
Oleh kerana itu, Allah menurunkan agama kepada manusia bagi dijadikan panduan dan pedoman dalam perjalanan hidup manusia di dunia yang sementara ini sebelum ke dunia yang kekal abadi. Sekiranya Allah tidak menurunkan agama, sudah tentu manusia sesat kerana fikiran dan pengalaman manusia terbatas. Manusia tidak mempunyai kemampuan bagi memahami erti kehidupan, matlamat hidup, cara terbaik untuk hidup, persoalan ketuhanan, persoalan kehidupan selepas mati, perkara-perkara ghaib seperti malaikat, syurga dan neraka, pembalasan amal dan sebagainya.
Buku ini memfokuskan aspek pengembangan ilmu berkaitan pandangan Islam sebenar dengan kesedaran yang ilmu ini adalah aspek penting dalam memastikan masyarakat Islam terus maju dan cemerlang. Perkara-perkara dasar dalam Islam perlu sentiasa diulang kaji supaya ia terus mengukuhkan pendirian kita pada pegangan agama. Justeru, saya berusaha dalam memastikan dasar-dasar ajaran Islam diperjelaskan secara komprehensif di dalam buku ini. Ini termasuk rukun iman yang merupakan perkara paling asas bagi seorang Muslim. Jangan sekali-kali kita memandang ringan kepentingan rukun iman ini kerana ia berupaya menjulang seorang manusia tinggi ke langit mengatasi kemuliaan malaikat yang tidak pernah melakukan dosa.
Buku ini sesuai dijadikan rujukan bagi mereka yang ingin mendapatkan jawapan, Ada apa dengan Islam? Saya berusaha memberikan yang terbaik namun hanya Allah yang berupaya melakukan yang terbaik. Oleh itu, ini sahaja yang mampu saya usahakan daripada ilmu yang Allah anugerahkan kepada saya yang pastinya sedikit. Namun, daripada yang sedikit itulah, saya berusaha menyebarkannya kepada manusia seluruhnya. Semoga mereka mendapat mendapat kebaikan dunia dan akhirat. Allah sahaja yang maha mengetahui dan kepada Allah jua kita memohon taufik dan hidayah.
ISBN: 983-3604-29-3
Dato' Dr. Haron Din,
PTS Millennia Sdn Bhd
Harga: RM 16.00 / RM 18.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-3604-29-3
Barcode: 9789833604296
Sinopsis
Allah menjadikan manusia dengan asas saling memerlukan antara satu sama lain. Tidak ada seorang pun yang dapat hidup bersendirian tanpa bantuan daripada orang lain. Ada orang mempunyai setengah alat-alat kemudahan sedangkan orang lain tiada. Ada setengah orang mempunyai bahan makanan sedangkan setengahnya tiada. Ada orang mempunyai kemahiran tetapi tidak ada modal, begitu juga sebaliknya. Begitu juga sistem kehidupan di dunia ini.
ISBN: 983-192-043-0
Ainon Mohd, Nabilah Hasan, Arieff Salleh Rosman,
PTS Islamika
Harga: RM 5.00 / RM 8.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-192-043-0
Barcode: 9789831920435
Jumlah Halaman: 72 halaman
Sinopsis
"Kebajikan itu adalah budi pekerti yang elok...." (Muslim)
"Orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku majlisnya pada Hari Kiamat adalah orang yang baik budi pekertinya...." (Tarmizi)
Buku kecil ini diolah daripada kitab Riyadus Solihin. Mengandungi koleksi hadis dan ayat al-Quran berkaitan dengan budi pekerti
Isi Kandungan
1. Berziarah Kerana Allah
2. Berkasih Kerana Allah
3. Meninggalkan yang Diragui
4. Menjaga Maruah Diri
5. Merendah Diri
6. Larangan Sombong
7. Baik Budi Pekerti
8. Selalu Maafkan
9. Bertenang Selalu
10.Menanggung Keperitan
ISBN: 983-3604-26-9
Dato Dr. Haron Din,
PTS Millennia Sdn Bhd
Harga: RM 16.00 / RM 19.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-3604-26-9
Barcode: 9789833604265
Jumlah Halaman: 144 halaman
Sinopsis
"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang) dan jangan pula kamu melampau-lampau. Ssesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas. Katakanlah (wahai Muhammad), siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang dikeluarkannya untuk hamba-hambanya dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal daripada rezeki yang dikurniakannya? Katakanlah, semuanya itu adalah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia (nikmat-nikmat itu pula)lah kami jelaskan ayat-ayat keterangan kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui." (al-A'raf, ayat 31-32)
ISBN: 983-3604-23-4
Dato Dr. Haron Din,
PTS Millennia Sdn Bhd
Harga: RM 16.00 / RM 18.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-3604-23-4
Barcode: 9789833604234
Jumlah Halaman: 128 halaman
Sinopsis
Tujuan Allah mengadakan undang-undang munakahat atau undang-undang keluarga adalah bagi membentuk peribadi yang baik kerana peribadi yang baik dapat membina keluarga yang baik. Daripada keluarga yang baik pula terbina masyarakat yang berdisiplin, seterusnya daripada masyarakat yang berdisiplin membangun negara yang diredai oleh Allah dan rasulnya. Inilah rahsia pengertian kata-kata Allah.
ISBN: 983-3604-21-8
Dato Dr. Haron Din,
PTS Millennia Sdn Bhd
Harga: RM 16.00 / RM 19.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-3604-21-8
Barcode: 9789833604210
Jumlah Halaman: 128 halaman
Sinopsis
Buku ini menerangkan Islam sebagai cara hidup. Apakah yang dimaksudkan dengan Islam sebagai cara hidup? Apakah kita sudah menjadikan Islam sebagai cara hidup? Buku ini juga membicarakan berkenaan rukun Islam secara mudah difahami, sesuai bagi semua golongan, bemula daripada syahadah, solat, puasa, zakat dan haji.
Siapakah saya? Dari manakah saya datang? Siapakah yang menciptakan saya? Mengapa saya diciptakan? Apakah peranan saya di dunia ini? Apakah pula misi dan visi saya dalam kehidupan ini? Apakah kesudahan selepas kewujudan saya ini? Ke manakah saya selepas mati? Ini adalah persoalan yang wajib dijawab oleh setiap manusia yang hidup di dunia.
Manusia diciptakan Allah dengan matlamat tertentu. Matlamat itu dinyatakan dalam surah al-Zariyat, ayat 56 yang bermaksud, Dan tiadalah aku menciptakan jin dan manusia kecuali supaya mereka memperhambakan diri kepadaku. Ayat ini menjelaskan matlamat penciptaan manusia iaitu beribadah kepada Allah. Lalu, ramai yang mempersoalkan, bagaimana dengan manusia itu sendiri? Sekiranya matlamat penciptaan manusia adalah untuk beribadah, maka jangan pula diberikan akal dan nafsu kepada manusia. Tanpa akal dan nafsu, manusia mampu patuh tetapi dengan akal dan nafsu, manusia juga perlu fikirkan kepentingan dirinya sendiri.
Inilah yang cuba saya perincikan di dalam buku ini. Ramai yang keliru dengan menganggap ibadah adalah bagi Allah. Ramai juga yang keliru, ibadah hanyalah solat, zakat, puasa, haji dan segala aspek ritual yang tidak ada kaitan dengan kehidupan seharian. Sebenarnya, ibadah adalah untuk manusia yang beribadah itu sendiri. Allah tidak memerlukan ibadah kita tetapi kita beribadah demi kepentingan dan kebahagiaan diri kita di dunia dan akhirat. Ibadah yang kita lakukan tidak pernah menambah ataupun mengurangkan kehebatan Allah. Ia sepenuhnya untuk diri kita sendiri.
Ruang lingkup ibadah dalam Islam juga luas. Oleh kerana manusia dicipta untuk beribadah kepada Allah, maka sudah tentu dalam Islam, seluruh kegiatan manusia adalah ibadah kepada Allah. Asalkan ia diniatkan untuk Allah, maka segala-galanya menjadi ibadah. Cara fikir seumpama inilah yang masih kurang dalam masyarakat dan dengan penerbitan buku ini, saya berdoa semoga ia berupaya menjadi penyumbang dalam membetulkan semula pandangan Muslim berkenaan konsep ibadah dalam kehidupan.
Saya sentiasa berdoa semoga usaha kecil ini dapat membantu dalam memberatkan timbangan amal saya sewaktu menghadap Allah di padang mahsyar nanti. Semoga saya juga berupaya menjadikan seluruh hidup yang singkat ini menjadi ibadah berpanjangan.
ISBN: 983-3604-27-7
Dato Dr. Haron Din,
PTS Millennia Sdn Bhd
Harga: RM 16.50 / RM 19.50 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-3604-27-7
Barcode: 9789833604272
Jumlah Halaman: 160 halaman
Sinopsis
Manusia mungkin dapat dipisahkan daripada bidang ilmu ataupun pemikiran. Malahan manusia dapat dipisahkan daripada agama dan kepercayaan. Tetapi manusia tidak dapat dipisahkan daripada akhlak dan moral. Manusia tidak dapat dipisahkan daripada akhlak walaupun sedikit daripada umurnya. Setiap perbuatan, tingkah laku ataupun tindakan yang diambil oleh seseorang itu tidak terlepas daripada hukuman baik ataupun tidak sama ada ia disedari ataupun tidak.
ISBN: 983-192-066-X
Muzayyanah Abdullah, Arieff Salleh Rosman,
PTS Islamika
Harga: RM 5.90 / RM 8.90 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-192-066-X
Barcode: 9789831920664
Jumlah Halaman: 88 halaman
Sinopsis
Sembahyang yang lima menghilangkan dosa sebagaimana air menghilangkan daki. (Muslim)
Sembahyang tiang agama. Sembahyang penghapus dosa. Untuk berjaya, sembahyang perlu dipelihara. Bukan sahaja diberi pahala, malah kelebihannya dirasai di dunia.
Buku kecil ini diolah semula daripada kitab Riyadus Solihin. Mengumpulkan koleksi ayat al-Quran dan hadis bertemakan keistimewaan dan kelebihan sembahyang.
ISBN: 983-192-090-2
Wan Shuhairi Wan Mohamad,
PTS Islamika
Harga: RM 5.90 / RM 8.90 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-192-090-2
Barcode: 0123456
Jumlah Halaman: 72 halaman
Sinopsis
Ya Allah, keluarkan kami daripada kegelapan serta keraguan dan muliakan kami dengan cahaya kefahaman.
Doa bukan sahaja diperlukan apabila buntu menjawab soalan peperiksaan.Bukan juga semasa tidak memahami pelajaran. Tetapi ia diperlukan setiap masa dan tempat. Buku kecil ini mengumpulkan koleksi doa yang dapat digunakan dalam kehidupan harian khusus buat pelajar.
ISBN: 983-192-079-1
Ainon Mohd, Nabilah Hasan, Arieff Salleh Rosman,
PTS Islamika
Harga: RM 5.90 / RM 8.90 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-192-079-1
Barcode: 9-789831-920794
Jumlah Halaman: 72 halaman
Sinopsis
... Tujuh kategori manusia yang akan mendapat naungan daripada Allah pada Hari Kiamat apabila tidak ada naungan melainkan naungan Allah. Mereka adalah pemimpin yang adil....
(Bukhari & Muslim)
Nabi Muhammad pemimpin tiada tolok bandingan. Pembela kebenaran, penentang kebatilan. Memimpin umat bagi mencari redha Tuhan. Bukan kerana pujian ataupun kebendaan.
Buku kecil ini diolah semula daripada kitab Riyadus Solihin. Mengumpulkan koleksi ayat al-Quran dan hadis bertemakan tip-tip menjadi pemimpin.
Reviews
No posts found
New post
BUKU TERBARU
Categories
BERITA TERKINI
- 03-09-2010
- Operasi Penghantaran Buku Dihentikan Sementara Waktu Sempena Hari Raya Aidilfitri
- 02-06-2010
- Pembalut Hadiah dan Kad Ucapan Percuma
- 21-05-2010
- Dapatkan Novel-Novel Terbaru di E-kedai.net
- 28-09-2009
- The Next Store Mengambil Alih Pengurusan e-Kedai.net : Kedai Buku Online Anda
- 27-02-2009
- e-Kedai.net Menjadi Pengedar Online Buku Penerbit Universiti Sains Malaysia



















