General Management
ISBN: 983-3585-72-8
Mohd. Fitri Abdul Rahman,
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Harga: RM 19.00 / RM 22.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN 983-3585-72-8
Barcode: 9789833585724
Sinopsis
Panduan langkah demi langkah merancang serta mengurus harta pusaka orang Islam dan bukan Islam.
Ini adalah petikan kata-kata daripada individu-individu yang sudah membaca buku ini;
Pertelingkahan dalam mewarisi harta pusaka antara ahli keluarga dapat diselesaikan sesudah membaca Bagaimana Mengurus Harta Pusaka. Ia lengkap dengan panduan mengikut undang-undang Islam dan sivil bagi merungkai segala kekeliruan dalam menyelesaikan peninggalan harta si mati. Haji Abdullah Muhammad, Pengarah Seksyen Pembahagian Pusaka Kecil, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan.
Sekiranya anda mengatakan buku ini untuk orang Islam sahaja, anda sebenarnya silap! Buku ini sesuai dibaca bagi sesiapa sahaja. Mohd. Fitri Abdul Rahman menulis Bagaimana Mengurus Harta Pusaka bagi semua agama, bangsa dan status kehidupan rakyat Malaysia. Zamari Hj. Mohd Ramli (A.M.P), Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah) Manjung, Perak.
Dengan harapan sesudah membaca Bagaimana Mengurus Harta Pusaka ini, ia mampu mengubah paradigma masyarakat berkenaan harta pusaka. Rumah, tanah, wang ringgit dan sebarang peninggalan si mati jangan dijadikan nilai sentimental semata-mata. Ia ada nilai ekonomi yang tinggi! Jamaludin Mustaffa, Pensyarah Fakulti Pembangunan Sosial dan Manusia, Universiti Utara Malaysia.
ISBN: 978-983-0682-46-4
Huraian 1001 Istilah Pengurusan
Pengarang : Dr. Tarcisiu Chin
Penerbit : Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad
ISBN : 978-983-0682-46-4
Harga : RM 48.00
Sinopsis
Buku ini merupakan koleksi istilah yang berguna dalam pengurusan dan disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami. la mengandungi banyak konsep asas dan istilah pengurusan yang biasa digunakan.
Penyampaiannya yang berbentuk kamus akan menjadi sumber rujukan yang berguna kepada para pengurus di Malaysia untuk memahami leksikon jargon pengurusan yang terdapat dalam kebanyakan buku pengurusan.
Buku ini merupakan alat panduan yang amat penting dalam kehidupan seorang pengurus.
ISBN: 978-983-0682-18-1
Ke Arah Glokal : Dimensi Budaya Dalam Pengurusan Malaysia
Pengarang : Asma Abdullah
Penerbit : Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad
ISBN : 978-983-0682-18-1
Harga : RM 40.00
Sinopsis
Buku yang lebih berbentuk tinjauan ini ditulis untuk menjelaskan anggapan dan nilai budaya dengan menggunakan proses penyelidikan etnik (Iaitu dari dalam). Karya ini berdasarkan kajian kualitatif tentang bagaimana budaya yang banyaj terselindung dan tidak diketahui, yang sentiada diandalkan dan diambil ringan mempengaruhi anggota masyarakatnya dalam membuat tanggapan berfikir, merasai dan menilai dunia di sekeliling mereka.
Hasil pengalaman hariannya dalam mengajar, melatih, memberikan khidmat rundingan dan kaunseling kepada pengurus Malaysia dan juga pengurus asing. Asma mendokumentasikan pemerhatian beliau untuk dimanfaatkan oleh pembaca yang terdiri daripada pengurus, golongan profesional sumber manusia yang ingin mengetahui resmi masyarakat Malaysia dengan lebih mendalam.
Buku ini menampilkan nilai dan amalan interaksi peringkat intrabudaya dalam kalangan kumpulan etnik yang sama, peringkat antarabudaya dengan kumpulan etnik yang berlainan di Malaysia dan juga peringkat silang budaya antara pekerja Malaysia dengan pekerja asing.
Reviews
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
New post
BUKU TERBARU
Categories
BERITA TERKINI
- 03-09-2010
- Operasi Penghantaran Buku Dihentikan Sementara Waktu Sempena Hari Raya Aidilfitri
- 02-06-2010
- Pembalut Hadiah dan Kad Ucapan Percuma
- 21-05-2010
- Dapatkan Novel-Novel Terbaru di E-kedai.net
- 28-09-2009
- The Next Store Mengambil Alih Pengurusan e-Kedai.net : Kedai Buku Online Anda
- 27-02-2009
- e-Kedai.net Menjadi Pengedar Online Buku Penerbit Universiti Sains Malaysia



