Training/Coaching/Research
View as:
List
Sort by:
Default
Panduan Menjadi Fasilitator Efektif
ISBN: 983-192-122-4
Tajuk buku: Panduan Menjadi Fasilitator Efektif
Pengarang: Hamdan Ab. Kadir, MAdon Mawel & Syed Hussin Jaafar
Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
ISBN: 983-192-122-4
Bar code: 9-789831-1227
Harga: Semenanjung: RM 23.50
Sabah/Sarawak: RM 25.50
Sinopsis:
Terdapat banyak program dan kursus dijalankan dengan tujuan membuat perubahan kepada seseorang. Salah satu program yang mendapat sambutan masyarakat kita adalah Training and Development (T&D). Pelbagai gaya dan kaedah dibuat bagi menunjukkan bahawa kursus begini adalah penting bagi setiap individu bersedia menghadapi cabaran globalisasi. Tujuan diadakan program T&D adalah untuk melakukan perubahan peningkatan diri supaya seseorang itu lebih diperlukan di mana saja dia berada. Perubahan diyakini boleh berlaku apabila ada pembelajaran perubahan sikap yang disusun rapi dengan sistematik dan disampaikan dengan serius.
Ramai merasakan pembangunan diri sangat penting dalam menangani perubahan sejagat yang sangat pesat dan bercapah hari ini. Pakar dan pereka bentuk program pembangunan manusia, menggeledah segala khazanah ilmu kemanusiaan supaya mereka cukup bersedia dan benar-benar tahu keperluan peningkatan yang diidamkan itu. Di dalam bidang kemahirannya mereka mengaplikasikan teori pembelajaran yang paling mereka yakini dan kuasai dan membentuk program Training and Development. Usaha yang mereka jalankan itu diharap merintis penerokaan baru dan hasil bakti mereka akan menyediakan penuntut, pekerja, pentadbir dan penggiat pembangunan yang sentiasa bersedia dan dapat menangani apa juga perubahan yang mungkin berlaku dewasa ini.
Usaha yang dijalankan menghasilkan banyak program pembangunan manusia. Pelbagai proses kursus dirancang dan beberapa bentuk program diatur bagi menentukan setiap keperluan ada proses yang dirancang rapi. Kursus yang bermacam jenis dan tahap dijalankan supaya setiap orang diharap berpeluang melalui proses yang dirancang itu sekurang-kurangnya sekali. Salah satu daripada pembelajaran yang popular di kalangan masyarakat penuntut dan pekerja adalah yang berasaskan teori kemanusiaan yang menggunakan kaedah kefasilitatoran.

Reviews
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
24-04-2009, 05:04 PM
New post
BUKU TERBARU
Categories
BERITA TERKINI
- 28-09-2009
- The Next Store Mengambil Alih Pengurusan e-Kedai.net : Kedai Buku Online Anda
- 27-02-2009
- e-Kedai.net Menjadi Pengedar Online Buku Penerbit Universiti Sains Malaysia
- 02-02-2008
- Buku-buku Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhadi Kini di e-Kedai.net
- 03-01-2008
- Book Pro Sales & Distributors Mengambil Alih e-Kedai.net
- 10-08-2007
- e-Kedai.net di Iklan Harakah 8 Ogos 2007