Loading...

Teamworking

View as:  List

55 Petua Kerja Berpasukan

ISBN: 983-3372-10-4

Old price: RM18.00

Price: RM16.20

You save: RM1.80 (10%)
-10%
4 item(s)

Mohd Fadzilah Kamsah, Ahmad Naim Jaafar,
PTS Millennia Sdn Bhd

Harga: RM 18.00 / RM 21.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN: ISBN 9833372104
Barcode: 9799833372101
Jumlah Halaman: 172 halaman
Tarikh Terbit: 01 May 2005

Sinopsis

Buku kecil ini menyediakan 55 petua ringkas yang berguna sebagai panduan apabila bekerja dengan orang lain. Ia merangkumi asas-asas kerja berpasukan, menghadapi kerenah orang yang beraneka ragam, bagaimana hendak membina kebersamaan, mengagihkan kerja dan peranan, mengendalikan mesyuarat, teknik komunikasi dan menghadapi konflik

Anda sememangnya perlukan orang di sekeliling bagi meneruskan hidup ini. Tidak kira sama ada melakukan kerja sekolah, kerja rumah, bercedung di bendang, tugasan universiti, kertas kerja pejabat, projek korporat, jual beli saham, konsert amal dan hampir kebanyakan kerja; kita perlukan orang lain di sekeliling kita. Justeru, kita semua perlu memahirkan diri bekerjasama dengan orang lain. Salah satu kemahiran penting adalah kemahiran bekerjasama dalam satu pasukan.

Buku kecil ini menyediakan 55 petua ringkas yang mungkin berguna sebagai panduan untuk anda semasa bekerja dengan orang lain. Ia merangkumi asas-asas kerja berpasukan, menghadapi kerenah orang yang beraneka ragam, bagaimana hendak membina kebersamaan, mengagihkan kerja dan peranan, mengendalikan mesyuarat, teknik komunikasi, dan menghadapi konflik. Selain daripada itu, terdapat tiga aktiviti pilihan yang sesuai untuk ‘menyegarkan’ semangat kerjasama anda dan rakan-rakan.

Sebahagian petua di dalam buku ini diadaptasi daripada buku Mengurus Kerja Berpasukan yang diterbitkan pada awal 2004. Jika anda sudah pun memiliki buku itu, jangan pula rasa rugi memiliki buku ini. Ini kerana, idea-idea itu diolah dan ‘dicanai’ semula dengan tambahan fakta dan ilmu daripada sumber-sumber lain. Selain daripada itu, buku idea-idea di dalam buku ini disampaikan dalam bentuk yang lebih mudah dan menarik. Tidak sedikit idea-idea baru berdasarkan cerita-cerita benar dan pengalaman-pengalaman yang diperoleh sepanjang penglibatan kami dalam bidang pembinaan insan. Apabila ada idea yang sudah anda tahu, anggaplah ia sebagai satu tazkirah. Apabila ada idea baru, anggaplah ia ilmu yang patut dimanfaatkan.

 

Reviews

*****

09-08-2008, 02:11 PM

"kerja berpasukan"

*

08-08-2008, 05:10 PM

"buku awak memang tak boleh pakai bodoh.... lain kali bagi ulasan sikit"

New post

To ensure that a person, not an automated program, is filling this form, please enter the characters you see in this picture. All letters will be shown in their capitalized form.