Loading...

International Economics

View as:  List

Benua Maya

ISBN: 978-983-0682-00-6

Old price: RM40.00

Price: RM36.00

You save: RM4.00 (10%)
-10%
3 item(s)

Benua Maya
Pengarang : Kenichi Ohmae
Penerbit : Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad
ISBN : 978-983-0682-00-6
Harga : RM 40.00

Sinopsis

Buku ini mendedahkan empat kuasa asas yang terbit daripada e-ekonomi untuk melakarkan revolusi akan datang serta kesan revolusi ini terhadap kegiatan perniagaan di seluruh dunia. Buku ini perlu dibaca oleh sesiapa sahaja yang ingin mencari kelebihan bersaingan dalam pasaran masa kini.

Kebanyakan kita telah pun menjalinkan hubungan secara tangsung dengan keempat-empat dimensi benua maya. Apabila kita membeli sebuku roti, kita berurusan dalam dimensi pertama yang nyata. Pembelian kereta membawa kita ke dimensi kedua atau dimensi tanpa sempadan kerana sekurang-kurangnya sebahagian daripada kereta itu telah dibuat, direka bentuk atau dirancang di luar negara tempat kita membelinya. Setiap kali kita menggunakan kad kredit, kita menyertai dimensi siber manakala dana pencen kita yang berkembang dengan gandaan tinggi membawa kita ke dimensi keempat.


Rangka Tindakan Ekonomi Digital

ISBN: 978-983-0681-97-9

*****

Old price: RM50.00

Price: RM45.00

You save: RM5.00 (10%)
-10%
3 item(s)

Rangka Tindakan Ekonomi Digital
Pengarang : Don Tapscott
Penerbit : Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad
ISBN : 978-983-0681-97-9
Harga : RM 50.00

Sinopsis

Bertolak daripada kejayaan buku The Digital Economy oleh Don Tapscott, kini lahir pula buku Rangka Tindakan Ekonomi Digital yang menampilkan wawasan dan strategi untuk membantu organisasi perniagaan masa kini menempa kejayaan cemerlang dalam persekitaran digital yang bersaingan.

Berdasarkan siri program penyelidikan yang disusun untuk menyelidiki Internet dan kesannya terhadap perniagaan, buku ini menghimpunkan pemikiran dan strategi organisasi teknologi, pembuatan, perkhidmatan dan kerajaan yang unggul di dunia. la meninjau tindak-tanduk organisasi gergasi global seperti General Motors, IBM, MCI dan Nortel dalam memanfaatkan kemunculan perangkaian dan teknologi multimedia.


Menangani Cabaran Dunia

ISBN: 978-983-0682-03-7

Old price: RM55.00

Price: RM49.50

You save: RM5.50 (10%)
-10%
3 item(s)

Menangani Cabaran Dunia
Pengarang : Sieh Lee Mei Ling
Penerbit : Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad
ISBN : 978-983-0682-03-7
Harga : RM 55.00

Sinopsis

Buku ini harus dibaca oleh semua golongan profesional perniagaan, penggubal dasar dan pemerhati perkembangan globalisasi dan strategi di Malaysia. Ditulis oleh Sieh Lee Mei Ling, seorang ahli ekonomi antarabangsa terkemuka negara, buku ini memaparkan tentang ekonomi global dan hubungan perdagangan dan pelaburan yang merapatkan Malaysia dengan negara jirannya. Beliau mengemukakan beberapa rumusan daripada analisis ini dan membentangkan saranan bagi dasar kerajaan, selain strategi perniagaan bersaingan dalam dunia global. Beliau turut menekankan kepentingan kerjasama antara kerajaan ekonomi yang terletak di Asia Tenggara, dengan mengambil kira kewujudan serantau di samping memupuk keyakinan antarabangsa.

Ciri menonjolkan buku ini adalah analisis terperinci dalam lima industri elektronik, automotif, tekstil dan pakaian, makanan cdan kewangan yang menjadi agen proses globalisasi Malaysia. Syarikat dalam industri inilah yang memungkinkan aliran barangan, perkhidmatan, teknologi, modal dan manusia ke peringkat antarabangsa. Aktiviti ini mendorong Malaysia ke arah Wawasan 2020. Analisis penulis membekalkan banyak data tentang perdagangan, pelaburan dan pengeluaran yang ternyata bernilai bagi penggiat dan pemerhati proses globalisasi Malaysia.

 

Reviews

No posts found

New post

To ensure that a person, not an automated program, is filling this form, please enter the characters you see in this picture. All letters will be shown in their capitalized form.